Kali ini saya ingin berkongsi ucapan selamat yang menjadi asas komunikasi.
Di dalam bahasa Korea, ada satu ucapan selamat yang sesuai digunakan pada bila-bila masa.
안녕하세요 : Hello
안 녕 하 세 요
an - nyong - ha - se - yo
*Kalau ㅇ berada di hadapan sukukata, ianya tidak dibunyikan.
Kalau ianya di belakang, bunyinya '~ng'
* tiang ㅔ tu bunyinya 'e' seperti mana kita menyebut 'sepak'.
안녕 (an-nyong) bermaksud keadaan yang bagus (well di dalam Bahasa Inggeris)
manakala 하세요 (haseyo) pula bermaksud 'sila jadi' atau to be di dalam bahasa Inggeris.
Ucapan ini adalah ucapan sopan dan sesuai digunakan apabila pertemuan antara dua pihak. Kiranya macam beri salamlah.
Selamat berlatih!
Perkataan hari ini :
저 (cho) : Saya (bahasa sopan)
나 (na) : Saya (bahasa biasa)
saya rasa cara sbutan (na) dalam bahasa biasa adalah cara kita menyebut a dalam Apple (bahasa inggeris)
ReplyDeleteassalamualaikum.. nak tanya kalau macam cara ejaan dan sebutan dekat atas tu kan utk perkataan nyong kalau dieja dalam bahasa korea jadi nyeong ker??
ReplyDeletekalau yang yo tu kenapa ada bulat kt atas yer???
wassalam..
Deletekalau yg 'yo' tu ada 'ㅇ' sebab dia huruf vowel.huruf vowel xleh dibiarkan lonely dya kena ada huruf sebelumnya,jadi 'o' tu kena letak sebab 'yo' tu huruf single ja...
and dlm korea kena eja sekali dgn 'e' jadi yg betul 'nyeong'
sebab dyer vowel,mula vowel kena ade O
ReplyDelete