Salam semua,
Berikut adalah tulisan Hangul yang saya telah pelajari. Bunyi bagi sesetengah konsonan dan vowelnya sedikit berbeza dan kita perlu fahami cara membunyikannya dan juga membezakan apabila mendengarnya agar pelajaran kita lebih mudah kelak.
Imej dari sini.
Rasa-rasanya kalau tengok jadual kat atas ni pun dah faham lebih kurang bagaimana nak sebut kan. Tapi saya akan cuba jelaskan yang tertentu saja yang saya rasa sedikit mengelirukan mengikut sebutan lidah kita ni.
Konsonan
1. ㄱ : Bunyi G atau K. Kedua2 bunyi ini hampir2 tidak dapat dibezakan oleh orang Korea. Untuk lidah kita, lebih selamat kita pakai G untuk membezakannya dengan ㅋ yang membawa bunyi K.
2. ㄷ : Bunyi D atau T. Lidah kita sila pakai D untuk bezakan dengan ㅌ yang berbunyi T.
3. ㄹ : Bunyi R atau L. Sama macam lidah jepun, mereka tak boleh bezakan yang dua ni. Untuk lidah kita, bebas pakai keduanya, sebab tak ada huruf lain yang bunyi dekat2 dengan ini.
4. ㅂ : Bunyi B atau P, untuk permulaan boleh pakai B sebab P ada huruf lain juga iaitu ㅍ .
5. ㅇ : Tiada bunyi kalau di hadapan suku kata. Kalau di belakang, bunyinya ~ng. Yang ni tak payah terangkan, sebab kita pun pakai ~ng juga di dalam BM. Samalah.
Okay, jadi apakah bezanya ㄱ (G,K) dengan ㅋ (K), dengan pasangan yang lain2 yang serupa macam ni?
Saya pun tak pasti sangat sebab baru belajar, tapi nanti kita akan dapat tangkap bezanya setelah kita belajar untuk membentuk suku2kata daripada huruf2 ini.
Vowel
1. ㅏ : Dibunyikan sebagai A seperti di dalam bunyi 'kapal'.
2. ㅓ : Dibunyikan dengan O seperti kita sebut 'roBOT'. Yang '~bot' tu je, sebab lidah kita boleh sebut 'ro~' tu dengan dua jenis bunyi.
3. ㅗ : Dibunyikan dengan O yang memuncung, seperti masa kita sebut 'Bot' yang atas air tu.
4. ㅜ : Dibunyikan dengan U seperti kita sebut 'kutu'.
5. ㅡ : Dibunyikan dengan E seperti menyebut 'tegak' atau 'lega'.
6. ㅣ : Dibunyikan dengan I seperti menyebut 'lidi'.
Yang lain2 yang ada dua palang kat tengah2 tu secara asasnya ditambahkan 'Y' saja di dalam sebutannya menjadi ㅑ (Ya), ㅕ(Yo/yaw* ), ㅛ (Yo/yo!*), ㅠ (Yu)
* dibunyikan di dalam bahasa Inggeris untuk kemudahan.
Oklah setakat ini sahaja untuk kali ini. Kalau boleh hafal dan berlatih menulis huruf2 hangul ni lebih baik lagi. Walaupun nampak remeh dan leceh, namun pada saya, tulisan adalah asas yang sangat penting kepada pembelajaran bahasa.
Selamat berlatih!
mcam mane nak preview tulisan korea tu nyer?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTak dapat bezakan antara ㅓdengan ㅗ ㅣla... boleh bagi contoh beza bunyi dia tak?
ReplyDeleteoh ya macamana pulak dengan ni=
ㅃ dgn ㅍ
ㄸ dgn ㅌ
ㄲ dgn ㅋ
maaf lewat reply.
DeleteBoleh rujuk entri di bawah untuk konsonan berganda
http://blogbelajarbahasa.blogspot.com/2007/09/bahasa-korea-huruf-konsonan-berganda.html
Kalau huruf A-Z dalam Bahasa Japan pulak? :)
ReplyDelete