Yang sama-sama ingin belajar

Selasa, Mei 28, 2013

B.Korea : Bagaikan Dusta...

Salam semua,

Kita bertemu kembali di dalam pelajaran bahasa korea.

Hari ini saya bercadang untuk berkongsi sebuah lagu yang semenjak dua menjak ni saya suka sangat dengar. Di dalam lirik lagu ini, terkandung satu perkataan atau ungkapan yang saya ingin kongsikan iaitu 'bagaikan' ataupun 처럼 (cheoreom).

Bila saya suka dengar sesebuah lagu itu, maka saya pun akan cuba cari liriknya, dan akan cuba fahamkan maknanya.

Lagu yang ingin saya kongsikan adalah lagu daripada kumpulan duo Davichi (다비치) yang bertajuk "녹 는 중"(Nok neun jung) yang bermaksud "Be Warmed" di dalam bahasa orang putehnya.



Oh okay, nampaknya liriknya terlalu panjang untuk saya kopipes kat sini. Makanya saya akan petik bahagian yang saya suka. Apalagi kalau bukan korus. Jom kita tengok.

거짓말처럼
geojitmalcheoreom

차갑게 얼었던 나의 맘
chagapge eoreotdeon naui mam

네 앞에선 녹아내리는 걸
ne apeseon noganaerineun geol

추운 겨울에서
chuun gyeoureseo

봄으로 계절이 바뀌듯
bomeuro gyejeori bakkwideut

너 때문에 녹아내리는 중
neo ttaemune noganaerineun jung

Baiklah maknanya di dalam bahasa melayu adalah seperti di bawah ni : 

Bagaikan dusta, 
Dingin membeku hatiku ini,
Namun di depanmu ia mencair, 
Seperti kesejukan musim dingin, 
Yang berubah menjadi musim bunga, 
Ia mencair kerana kamu..

Ok jiwang tak jiwang lirik lagu ni?
Memang jiwang, ni baru sikit. Biasalah kalau tak jiwang, tak korealah kan.

Baiklah mari lihat ayat pertama chorus untuk lagu ini.

거짓말처럼
geojitmalcheoreom
Bagaikan dusta

 거짓말 (geojitmal) bermaksud dusta atau tipu dan saya rasa anda dah selalu dengar perkataan ni baik di dalam lirik lagu mahupun di dalam drama tv.

 처럼(cheoreom) pula bermaksud 'bagaikan' atau 'seperti' ataupun 'macam'. Macam yang selalu pakai dalam perumpaan kalau di dalam bahasa melayu.

Sebagai contoh : Bagaikan aur dengan tebing.
Okey yang ni jangan suruh saya trenslet pulak, saya pun taktau ada ke tak perumpaan korea yang membawa maksud yang sama dengan perumpaan ini.

Mari kita lihat contoh lain penggunaan 'cheoreom':

1. 바보 처럼(babo cheoreom) = Seperti orang bodoh.
 *frasa ini pun selalu digunakan di dalam lirik lagu. 

2. 아까 처럼 하세요 (akka cheoreom haseyo) = Sila buat macam tadi.

3.  아무것도 없는 처럼 하지마세요 (amugeos do obsneun cheoreom hajimaseyo) = Janganlah buat bagaikan tak ada apa-apa.

Boleh tangkap kan sedikit sebanyak makna dan penggunaan 'cheoreom' ni? 

Ianya satu ungkapan yang menarik dan mudah kita tangkap apabila kita mendengar perbualan atau lagu. Kalau tak pernah perasan, lepas2 ni harap2 boleh perasan ya. Terutamanya bila dengar lagu Davichi kat atas ni. 

Ok setakat itu saja. Ingat nak explain bait2 lirik yang lain, tapi nanti jadi panjang berjela pulak entri ni. Satu-satu dulu ya. 

Baiklah, jumpa lagi di entri seterusnya. 

안녕~~~^^

Nash Azly