Yang sama-sama ingin belajar

Ahad, November 27, 2011

B.Korea : Hari di dalam seminggu



Salam semua dan 안녕하세요.

Pada minggu ini kita akan lihat nama-nama hari di dalam seminggu.

Mari lihat jadual di bawah.


Lebih kurang dengan bahasa Jepun saja kan? Memang pun. Makna kata akarnya pun sama juga dengan b.jepun. Oleh itu bagi siapa yang dah hafal nama-nama hari di dalam b.jepun pada pelajaran yang lepas, lebih mudahlah untuk pelajari yang B.korea ini pulak. 

Seterusnya adalah perkataan-perkataan berkaitan dengan hari. 



Baiklah, mari kita lihat contoh-contoh ayat pula. 

Contoh : 
Hari ini hari Ahad.
오늘은 일요일입니다. 
O-neul-eun il-yo-il imnida.

Semalam hari Sabtu. 
어제는 토요일입니다.
O-jae neun to-yo-il imnida.

Esok tak pergi?
내일 안갈거예요?
Ne-il an-gal-ko-ye-yo?

Kelmarin dia datang.
그저께 그가 왔어요.
Keu-jeo-kke keu-ga wassoyo.

Begitulah lebih kurang contoh-contoh yang dapat kita sama-sama lihat. 

Seperti biasa, ayat-ayat akan berada di dalam past tense atau present tense bergantung kepada perkataan yang mana yang kita pilih. Yang itu kita harus peka dan beri lebih perhatian. Sejujurnya, untuk kita yang berbahasa ibunda bahasa melayu, kita akan selalu terlepas pandang tentang perkara ini. Saya juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan-kesalahan tense ini sehingga sekarang. Oleh itu diharapkan kita sama-sama perbaik diri kita ya.

Baiklah setakat itu saja untuk minggu ini. 
Jumpa lagi minggu hadapan!

안녕히 계세요!




Sabtu, November 19, 2011

B.Jepun : Hari di dalam seminggu.

Imej hiasan


Salam semua dan こんにちは、

Selamat datang saya ucapkan kepada para pembaca yang baru mengikuti blog ini. Dan selamat kembali kepada para pembaca yang setia mengikuti pelajaran2 di sini.

Sudah beberapa lama pelajaran di sini tertumpu kepada tatabahasa. Maka pada hari ini saya ingin berkongsi tentang kosa kata pula agar tatabahasa2 yang telah dipelajari boleh dipraktikkan.

Baiklah pada hari ini saya ingin berkongsi tentang nama-nama hari di dalam bahasa jepun.
Okey mari kita mulakan. Sila lihat jadual di bawah.




Jadual di atas menunjukkan secara mudah nama-nama hari di dalam seminggu. [Furigana] tu sebenarnya cara baca kanji, sepatutnya dia duduk atas kanji, kecil saja, tapi saya belum boleh buat begitu lagi buat masa ni. 

Cara baca :  月(getsu) 曜 (yo) 日(bi)  dan seterusnya.. 

Cara yang paling senang untuk hafal kesemuanya adalah dengan menghafal kolum [Akar]. Kerana itu saja yang berubah. Yang belakangnya (~youbi) tu semua sama. Cuma bila digunakan kenalah gunakan secara keseluruhan, baru orang faham. 

Mudah bukan? 

Oklah mungkin tak mudah sangat tapi bolehlah. Tinggal nak hafal saja. Mari saya tambah lagi sedikit. Selain nama-nama hari, berikut adalah beberapa perkataan lain yang berkaitan. 




Kalau kita lihat, semuanya ada kanji 日. Namun begitu bacaan semuanya tak sama dengan nama2 hari yang hujungnya ada 日(bi). Ini adalah kerana perkataan2 di atas ini sedikit istimewa dan kanjinya dibaca dengan cara berbeza daripada biasa. 

Dari segi penggunaannya, samalah seperti kita menggunakan perkataan tersebut di dalam bahasa kita. Marilah lihat satu dia contoh. 

contoh ayat : 

Hari ini hari Sabtu. 

今日は土曜日です。(kyou wa doyoubi desu)

Semalam hari Jumaat. 

昨日は金曜日でした。(kinou wa kinyoubi deshita)

Esok bukan hari Selasa. 

明日は火曜日ではありません。(ashita wa kayoubi dewa arimasen)

Kelmarin hari apa?

一昨日は何曜日でしたか?(ototoi wa nanyoubi deshita ka?)


Perhatikan penggunaan present tense dan past tense di dalam ayat2 contoh di atas. Ya untuk semalam dan kelmarin kita mesti guna past tense, walaupun di dalam soalan. Kalau nak ulangkaji pasal tense2 ni, boleh la search kat searchbar kat belah kanan tu untuk entri2 dulu. 

Oklah itu saja buat kali ini. Selamat menghafal dan berlatih ya. 

頑張りましょうね!
 Marilah berusaha! <-- trenslet direct je.. (-_-;)









Selasa, November 01, 2011

B.Korea : Kata soal bila?

gambar hiasan


Salam semua,
안녕하세요.

Hari ini kita belajar pelajaran ringkas sahaja, iaitu kata soal. Sebelum ini kita dah belajar kata soal apa dan siapa, maka hari ini mari kita lihat tentang kata soal bila pula.

Kata soal 'bila' di dalam bahasa korea adalah 언제 dan disebut 'onjae'.
Mari kita lihat dialog contoh di bawah.

B.Melayu

F: Bila dia nak datang ni?
G : Manalah aku tahu.
F : Betul semalam kau dah ajak dia?
G : Ya, dah ajak.
F : Bagitau bila tak?
G : Ah! Aku terlupa lah.
F : ...

B.Korea (한국어)

F: 언제 그가 올 거예요? (Onjae keu-ga ol-koeyeyo?)
G: 몰아요. (mol-a-yo)
F: 정말 어제 그를 초대 했어요? (cheong-mal o-jae keu-lel cho-dei hessoyo?)
G: 네, 초대 했어요. (ne, cho-dei hessoyo)
F: 언제 라구 했어요? (onjae ragu hessoyo?)
G: 아, 잊어 버렸어요. (ah, ich-o bo-ryoss-oyo)
F: ...

Begitulah lebih kurang. Seperti di dalam bahasa2 lain, kata soal bila ini agak mudah dan straightforward.

Oklah setakat ini saja untuk kali ini. Saya akan cuba update lagi dengan lebih kerap ya.

 Sampai jumpa lagi. 안녕하세요!