Pada entri lepas, kita belajar struktur asas bahasa Korea. Perasan tak pada ayat tu ada macam tambahan2 selepas subjek mahupun objek. Cuba tengok kat bawah ni.
Saya adalah John
저는 전 이에요.
cho-nen John i-e-yo.
Saya = 저 (cho)
John = 전
adalah = 이에요 (i-e-yo)
Habis tu, yang 는 selepas 저(cho) tu apa? Ha, di sini kita masuk bab tatabahasa atau grammar di dalam bahasa orang putih.
Yang 는 (disebut 'nen') tu adalah partikel. Partikel adalah penanda sesuatu perkataan untuk menjadikannya subjek, objek atau topik di dalam sesebuah ayat.
Ada beberapa jenis partikel asas di dalam bahasa Korea, dan 는 ini adalah partikel penanda fakta untuk struktur ayat yang mengikut formula seperti di bawah;
fakta A + partikel 는 = fakta B + 이에요 (adalah)
Hm, dah macam matematik pulak. Okay, secara ringkasnya jika nak terangkan A adalah B maka kita perlu letak partikel 는 selepas A untuk menandakannya.
Perlu diingat yang A dan B haruslah kata nama atau frasa yang membawa maksud serupa, tak boleh kata kerja atau kata sifat secara tunggal. Yang ini asaslah kan, salah kalau kita kata 'Saya adalah makan' atau 'saya adalah cantik'. Sebetulnya adalah 'saya adalah si kuat makan' atau 'saya adalah orang cantik'.
Okay, mari kita lihat contoh2 ayat supaya lebih jelas.
1. Saya adalah pelajar.
저 는 학생 이에요.
cho-nen hak-seng i-e-yo.
2. John adalah lelaki.
전 은 남자 예요.
John-en nam-ja ye-yo.
Perasan tak pada contoh no 2 macam dah jadi lain sikit pulak partikelnya. Yang ni saya akan terangkan pada entri seterusnya ya. Buat masa ini, biar kita faham fungsi partikel yang satu ni dulu.
Okay, selamat berlatih!
Perkataan hari ini :
학생 (hak-seng) : pelajar
남자 (nam-ja) : lelaki
Salam,
ReplyDeletekalau tak ada ayat partikel bila nak buat ayat..salah ke?
Waalaikumussalam,
ReplyDeleteBoleh kalau di dalam percakapan. Itupun jika ayat itu mudah sehingga partikel boleh digugurkan. Selagi ayat boleh difahami, selagi itu tak salah :)
Cuma biasanya kita belajar dahulu, bila dah kuasai penggunaannya, baru kita boleh gugurkan.
terima kasih kerana sudi bertanya :)