Yang sama-sama ingin belajar

Friday, January 17, 2014

B.Korea : Ayat Rambang 1



Salam semua,

Oleh kerana saya belum tahu apa nak update lagi, maka entri hari ini adalah entri ayat rambang. Kalau bahasa omputehnya, random sentence gitu.

Dengan menulis ayat rambang, kita boleh test segala pelajaran yang kita dah belajar selama ini kan. Satu hari satu dua ayat pun dah cukup.

Baiklah, berikut adalah ayat rambang saya untuk hari ini.

*************************

안녕하세요~
오늘은 금요일 입니다.
휴일있으니까 회사에는 가지않습니다.
오늘은 예정이 아무것도 없어서, 그냥 집에 있습니다.

Annyeong haseyo~
O-neul-eun keum-yo-il ib-ni-da.
Hyu-il iss-eu-ni-kka hwi-sa-e-neun ka-ji-anh-seup-ni-da.
O-neul-eun ye-jong-i a-mu-gos-do obs-eo-seo, keu-nyang jib-e iss-seub-ni-da.

Helo~
Hari ini hari Jumaat.
Sebab cuti, maka saya tak pergi ofis.
Hari ini tak ada apa-apa plan, hanya duduk di rumah.

**************************

Oklah, ayat-ayat rambang sebenarnya sebab ada tiga ayat.

Rasanya banyak daripada strktur ayat-ayat di atas ni telah pun saya kongsikan, kan?
Kalau ada yang belum, dan macam tak faham ke, bagitaulah ya.

Okey, tu saja untuk hari ini.
Selamat menyambut hari minggu dengan bermalas-malasan.

안녛~~

Nash