Yang sama-sama ingin belajar

Selasa, Ogos 31, 2010

Asas Bahasa Jepun : Tulisan Katakana


Salam semua,

Apa khabar? Bagaimana dengan tulisan Hiragana yang kita pelajari minggu lepas? Sudah hafal kesemuanya? Jika belum, sila hafalkan ya untuk kemudahan di masa hadapan. Bak kata pepatah, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. Biar susah menghafal asasnya dahulu, untuk kelak lebih mudah kita pelajari peringkat2 seterusnya.

Jika sudah hafal Hiragana, bagus dan syabas saya ucapkan. Komitmen anda memang saya hargai. Dan kini kita boleh teruskan dengan tulisan seterusnya iaitu Katakana.

Janganlah risau ya, Katakana ini sama sahaja jumlah hurufnya dan gaya sebutannya dengan Hiragana. Cuma tulisan saja yang berbeza. Jadi yang perlu kita lakukan adalah untuk menghafal dan berlatih menulis tulisannya. Mari kita lihat senarai di bawah.


Imej dari sini

Katakana tulisannya lebih 'tajam' dan 'keras' berbanding Hiragana. Namun sama seperti Hiragana, Katakana juga ada derivatif2nya juga seperti di bawah.


Imej dari sini pula

Dan syarat2 sebutan yang berbeza juga sama dengan Hiragana. Seterusnya, mari lihat gabungan sukukata asas 'yayuyo'.


Bunyinya sama seperti urutan hiragana ya, jika tidak jelas boleh rujuk pada entri Hiragana yang lepas.

Mengikut pengalaman saya, tulisan Katakana ini sedikit susah untuk dihafal kerana kekeliruan yang pasti ujud di antara kedua2 tulisan Hiragana dan Katakana. Nasihat saya, sila hafal Hiragana terlebih dahulu, kemudian baru Katakana. Saya sendiri mengambil masa yang lama untuk mengingati kesemua huruf Katakana ini. Penggunaannya juga agak terhad untuk permulaan ini, jadi janganlah risau ya. Take your time.

Baiklah, itu saja pelajaran untuk hari ini. Jika ada apa2 soalan janganlah segan2 untuk bertanya ya. Chewah. Bunyi macam cikgu sekolah la pulak.

Ok, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Sedikit peringatan daripada saya, walau betapa minatnya kita sekalipun dengan bahasa, cara hidup atau budaya Jepun mahupun Korea, saya harap moga2 kita semua tidak sekali2 leka hingga terlupa akan jati diri kita sebagai anak bangsa Malaysia dengan Bahasa Melayu sebagai lidah ibunda kita. Kuasailah berpuluh bahasa sekalipun, jika Bahasa Melayu sendiri kita abaikan, lama kelamaan kita akan hilang identiti dan jati diri kita. Kita akan menjadi seperti bahtera yang tiada bendera. Berlabuh di sini salah si sana pun salah, akhirnya hanyut dan hilang begitu saja di lautan. Ingatlah, bahasa mencerminkan jiwa bangsa kita.

Salam Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia!

Isnin, Ogos 23, 2010

Asas Bahasa Jepun : Tulisan Hiragana


Salam semua,

Hari ini kita teruskan dengan pembelajaran tulisan bahasa Jepun yang utama iaitu tulisan Hiragana. Di bawah ini adalah senarai huruf2 yang terdapat di dalam tulisan Hiragana ini.

Setiap huruf mewaikili satu sukukata dan jumlah kesemuanya adalah 46 huruf dan perlu dihafal semuanya jika ingin menguasai bahasa Jepun. Nampak seperti susah, tapi sebenarnya taklah sesusah mana pun, kerana bunyi setiap sukukata adalah mudah dan tidak ada bunyi2 yang lidah melayu/malaysia kita tidak biasa sebut seperti di dalam Bahasa Korea.

Kalau ada yang sedikit istimewa pun hanyalah pada bunyi huruf2 di bawah.

1. を - dibunyikan sebagai 'wo' atau 'o' (bunyi yang sama dengan お )

2. ち - dibunyikan sebagai 'chi' dan bukan 'ti' walaupun berada di dalam baris sukukata 'T'

3. つ - dibunyikan sebagai 'tsu' (perlu dibezakan dengan す yang berbunyi 'su')

4. ん - dibunyikan 'n' atau didengari sebagai 'ng' jika letaknya di hujung perkataan.

Selain 46 huruf asas di atas, ada beberapa set huruf2 ini yang boleh diletakkan tanda dua calit di bahagian atas kanan untuk membentuk bunyi sukukata yang baru. Sila rujuk jadual di bawah agar lebih jelas.


Di sini ada beberapa huruf yang bunyinya sedikit berbeza.

1. じ - dibunyikan sebagai 'ji' walaupun berada di dalam baris 'z'

2. ぢ - dibunyikan sebagai 'ji' sama seperti じ tapi sangat jarang digunakan jadi tak perlu risau.

3. づ - dibunyikan sebagai 'tzu' dan boleh keliru dengan ず (zu).


Selain ini juga, sedikit kombinasi di antara huruf tertentu dengan huruf2 や(ya), ゆ(yu), dan よ(yo) [yang ditulis lebih kecil di tepinya] akan membentuk sukukata lain seperti di bawah ini.



Hanya sedikit saja perkara yang perlu diberi perhatian di sini;

1. Sebutan baris しゃ adalah berbunyi 'sha' dan bukan 'sia'.
2. Sebutan baris じゃ adalah berbunyi 'ja' dan bukan 'jia'.

Pada pendapat saya ianya tidaklah susah untuk kita mengingati kesemua huruf Hiragana ini. Apa yang perlu kita lakukan adalah menyediakan beberapa keping kertas dan tulis semua huruf2 ini di atas kertas tersebut satu persatu sehingga kita hafal kesemuanya.

Tentang cara menulisnya, kita boleh rujuk video Youtube di bawah ini atau cari video2 lain yang berkaitan (ada banyak di youtube) :


Yang penting di sini adalah untuk mengikut stroke yang betul apabila menulis huruf2 ini. Bila dah biasa dengan stroke itu kelak kita boleh menulis dengan laju namun masih boleh difahami walaupun tulisan kita serabut :p

Baiklah, agak panjang pula perkongsian saya kali ini. Sila berlatih dahulu tulisan Hiragana ini sehingga lancar sebelum kita mulakan dengan pembelajaran lain kerana kita tidak akan menggunakan tulisan rumi untuk pembelajaran2 selepas ini (hehe kasi ugut sikit baru gerak..). Ala, gurau saja. Awal2 ni saya bubuhla rumi di mana yang perlu ok.

Oh ya, lepas ini ada tulisan Katakana pulak. Belum masuk Kanji lagi ni.. Agak2 semangat masih ada tak ni? Janganlah patah semangat ya. InsyaAllah kalau ada kemahuan, kita akan boleh kuasai apa sahaja ilmu yang kita mahu.

Ok, sampai di sini saja dahulu. Jumpa lagi di lain kali. Selamat berlatih! Mata ne! (Jumpa lagi!)

Wassalam.

Ahad, Ogos 22, 2010

Asas Bahasa Jepun : Tulisan

Salam semua,

Apa khabar? Saya harap semuanya sihat di dalam bulan Ramadhan ini dan terus sehingga ke bulan Syawal kelak. Baiklah hari ini saya akan mulakan pelajaran Bahasa Jepun di blog ini sebagai selingan kepada pelajaran Bahasa Korea kita.

Sebagaimana yang ramai sudah pun maklum, Bahasa Jepun mempunyai tulisannya yang tersendiri. Hari ini kita akan sentuh tentang tulisan ini yang menjadi asas kepada sesebuah bahasa. Amalkan belajar bahasa beserta dengan tulisannya ya, kerana bahasa yang mempunyai tulisan sendiri ini tidak akan dapat ditulis secara tepat dengan tulisan rumi yang kita gunakan seharian.

Baiklah, Bahasa Jepun secara amnya ditulis di dalam 3 jenis tulisan.

1. Hiragana
2. Katakana
3. Kanji

Jangan tanya kenapa ada 3 jenis ya. Nasib baik 3 sahaja, dan bukan 5 atau 10. Namun begitu,
setiap tulisan ada fungsi masing2 seperti di bawah.

1. Hiragana - tulisan asas Bahasa Jepun
2. Katakana - digunakan untuk menulis perkataan atau frasa2 pinjaman yang bukan berasal daripada bahasa Jepun turun temurun, contohnya perkataan pinjaman dari Bahasa Inggeris.
3. Kanji - diambil/adaptasi daripada tulisan China untuk mewakili makna suku kata dan perkataan2 , seterusnya memudahkan pembacaan.

Kita teruskan dengan contoh tulisan :

Hiragana  :  ひらがな (hi-ra-ga-na)

Katakana  :  カタカナ (ka-ta-ka-na)

Kanji :  漢字 (kan-ji)

Secara teknikalnya, kita boleh tulis perkataan 'kan-ji' di atas dengan ketiga2 jenis tulisan.

1.  かんじ (di dalam hiragana)
2.  カンジ (di dalam katakana)
3.  漢字 (di dalam kanji)

Ketiga2 di atas dibaca sebagai 'kan-ji' juga. Jadi mengapa tidak digunakan satu jenis saja? Ini adalah kerana walaupun ianya boleh ditulis, tak bermaksud ia akan membawa makna yang sama atau tepat apabila dibaca. Ini adalah kerana perkataan 'kanji' di dalam bahasa Jepun membawa beberapa maksud yang berbeza. Di sinilah perbezaan tulisan itu penting untuk membezakan maksudnya. Oleh sebab itu, tulisan kanji digunapakai kerana tulisan kanji boleh menerangkan makna perkataan dengan tepat.

Seterusnya, kalau diperhatikan dengan teliti, kita boleh bezakan ciri2 setiap jenis tulisan. Hiragana mempunyai ciri2 lengkung2 dan garis, Katakana lebih bercirikan tajam dan keras berbucu2, manakala Kanji pula kelihatan semak dan berserabut dengan stroke tulisan yang banyak.

Di dalam bahasa Jepun, ketiga2 tulisan ini digunakan serentak bercampur2 mengikut kesesuaian fungsi tulisan terhadap apa yang ingin disampaikan. Dengan adanya perbezaan pada ciri2 tulisan ini, ianya akan membantu kita membaca Bahasa Jepun dengan lebih mudah.

Ok, sebelum entri ni jadi thesis bahasa, saya rasa cukuplah dahulu setakat ini sebagai pengenalan. ita akan mempelajari tulisan2 ini di dalam entri yang seterusnya. Sekian dulu buat kali ini ya.

Wassalam.


Sabtu, Ogos 21, 2010

Belajar Bahasa Jepun

Salam semua,

Maaf kerana sudah seminggu tidak post pelajaran baru di sini. Saya sibuk dengan kerja. Namun kini sudah tiba hujung minggu dan sekurang2nya saya ingin jugalah berkongsi beberapa update dengan anda semua.

Baiklah, mengikut poll yang telah dijalankan minggu lepas, keputusan menunjukkan yang rata2 ingin mempelajari Bahasa Jepun juga (walaupun 6 vote saja kan.. ). Oleh itu saya akan cuba juga untuk berkongsi pelajaran bahasa Jepun di dalam blog ini.

Saya pun taktau bagaimana nak mulakan mahupun bagaimana hendak mengasingkan pelajaran Bahasa Jepun dan Bahasa Korea di dalam blog ini, namun saya rasa yang itu semua akan saya fikirkan kemudian sajalah.

Pendapat saya, ada pro dan kontranya di dalam mempelajari kedua2 bahasa ini secara serentak. Yang pronya, kedua2 bahasa adalah mirip dari segi tatabahasa dan struktur. Oleh itu mungkin lebih mudah untuk belajar kedua2nya serentak. Kontranya pulak, saya harap kedua2nya tidak bercampur aduk di dalam kepala kita kelak. Nanti ada yang cakap berselang-seli Jepun dan Korea pula.

Namun saya tidaklah risau. Asalkan niat kita baik untuk menimba ilmu, maka semoga semuanya dipermudahkan untuk kita, InsyaAllah.
Tidak lupa saya ingin ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan solat sunat tarawih. Moga2 amalan kita diberkati.

Sekian, kamsahamnida dan arigatou gozaimasu.
Wassalam.


-Nadd-

Jumaat, Ogos 13, 2010

Ya dan Tidak

Salam semua,

Adakah kita sudah pelajari bagaimana untuk mengatakan 'Ya' mahupun menafikan 'Tidak'? Nampaknya kita terlepas perkara yang asas ini.

Oleh itu, hari ini kita akan pelajarinya bersama-sama.

Ya = (ne) * bunyi ne sedikit panjang lebih kepada ne~

Tidak = 아니오 (anio) * serupa dengan bukan (아닙니다/아니에요) tapi tak sama.


Mari kita lihat contoh ayat.

1.
A : 이것 은 책 입니까? (i-gots-eun chek imnikka?)
B : 네, 저것 은 책입니다. ( ne~, cho-gots-eun chek imnida)
C : 아니오, 저것은 책아닙니다. (anio, cho-gots-eun chek animnida)

A : Ini adalah buku?
B : Ya, itu adalah buku.
C : Tidak, itu bukan buku.


2.
A : 잘 했어요. (chal hessoyo)
B : 네, 감사합니다. (ne~, kamsahamnida)

A : Bagus awak buat.
B : Ya, terima kasih.


Ok itu saja entri ringkas untuk hari ini. Moga terus bersemangat!

Perkataan :

buku : 책 (chek)
bagus : 잘 (chal)
buat/lakukan : 하다 (hada) (했어요 adalah past tense)



Khamis, Ogos 12, 2010

Kata Soal : Apa ini?

Salam semua,

Hari ini mari kita belajar kata soal pula.

Apa = (muo tetapi seringkali didengari sebagai buo/bo)


Contoh2 penggunaan adalah seperti di bawah :

1. Apakah?
무엇입니까?
mu-os-imnikka?

Ayat soal di dalam bahasa korea sentiasa ada 'ka' (까) di hujung ayat. Tapi ini hanya untuk stail hamnida. Kalau stail heyo seperti di bawah ini.

2. Apakah benda ini?
이것은뭐예요?
i-go seun muo ye yo?

Untuk stail heyo, cuma naikkan saja ton bunyi 'yo' di hujung ayat untuk menjadikannya ayat soal.

Berikut adalah contoh2 lain.

3. Apa?! *
뭐?!
muo

4. Apa ni? *
이게뭐야?
i-ge muo-ya?

*ayat pasar

5. Apa nama (anda)?
이름은 무엇입니까?
ireum-eun muosimnikka?

Begitulah kira-kiranya. Selamat berlatih.

Perkataan hari ini :

nama : 이름 (ireum)
benda : 것 (got/go)

* Saya dah letakkan widget Perkataan Hari Ini untuk memudahkan kita belajar perkataan baru setiap hari :)

Rabu, Ogos 11, 2010

Ada dan tiada

Salam semua,

Hari ini kita belajar tentang kata kerja 'ada' dan 'tiada'.

ada : 있다 ( itta)

tiada : 앖다 (opta)

Satu peringatan ya, kalau kata kerja ditulis dengan pengakhiran 다 (ta), ianya bermaksud yang kata kerja itu di dalam bentuk 'kamus' atau dictionary form kata orang putihnya. Apa ini bentuk 'kamus'2 bagai ni? Bentuk kamus ialah bentuk perkataan yang kita jumpa di dalam kamus sahaja dan tidak digunakan selain itu (tapi sebenarnya digunakan juga).

Ok jadinya bila digunakan di dalam ayat maka ianya akan berubah bentuk. Mari kita lihat contoh ayat. Stail heyo.


Saya ada air.
저는물이있어요.
cho-nen mul-i issoyo.

Dia tak ada kawan.
그는친구가없어요.
keu-nen chingu ga opsoyo.

Walaupun kedua2 ini kata kerja, partikel yang digunakan adalah 이/가 dan bukan 를/을. Kenapa ya? Sebab kata kerja ini jenis intransitif, yang bermaksud ia tidak memerlukan objek khusus untuk ujud. Maka sebarang benda boleh dijadikan objek dengan meletakkan partikel 이/가 ini.

Mari lihat contoh dengan stail hamnida pula.


Perempuan itu ada duit.
그 여자는 돈이 있습니다.
keu youja nen toen-i issumnida


Saya tak ada masa.
저는 시간 이 앖습니다.
chonen shigan-i opsumnida


Boleh kan? Mudah saja, ingat ada = issoyo, tak ada = opsoyo.

Ok selamat berlatih.


perkataan hari ini :

duit : 돈 (toen)
masa : 시간 (shigan)



Oh ya, kalau berkesempatan, silalah beri maklumbalas kepada poll di sebelah ini. Ada request minta saya ajar bahasa Jepun di sini sebenarnya. Saya sedang pertimbangkan. Nak lihat feedback dululah. Saya risau kalau buat kedua2nya serentak kelak habis bercampuraduk, last2 apa pun tak dapat. Tapi kalau ada permintaan, boleh saja.

Terima kasih! 감사합니다.


Selasa, Ogos 10, 2010

Negatif negatif

Salam semua,

Hari ini kita belajar ayat negatif. Bukan fikiran negatif ya, tapi ayat negatif. Tidak, bukan, dan sebagainya.

Strukturnya sama, cuma hujungnya ditukar kepada bentuk negatif.

contoh :

+ve
Saya Jason.
저는 제슨입니다.
cho-nen Jason imnida.

-ve
Saya bukan Jason.
저는제슨이아닙니다.
cho-nen Jason-i animnida.

Ok kalau perasan, ayat positif takde partikel tapi bila negatif ada partikel 이/가 ni pulak. Kalau kita rujuk entri saya yang lepas tentang partikel ini, ianya digunakan untuk penekanan, dan untuk ayat negatif, biasanya kita ingin menekankan yang objek itu bukanlah subjek.

Tapi penggunaan partikel ini biasanya digugurkan kerana bila sudah biasa, memang boleh faham objek dan subjek hanya melihat pada susunan perkataan di dalam ayat. Di bawah adalah contoh di mana partikel digugurkan.

Saya bukan Jason.
저제슨아닙니다.
cho Jason animnida.

*boleh digunakan untuk perbualan tapi bukan penulisan ya.


Baiklah mari lihat contoh ayat negatif untuk stail heyo pula.

+ve
Sayalah orang itu.
저는 그사람 이에요.
cho-nen keu-saram ieyo.

-ve
Saya bukanlah orang itu.
저는 그사람 아니에요.
cho-nen keu-saram anieyo


Beberapa contoh ayat lain :

Bukan saya!
저아니에요!
cho anieyo!

Lelaki yang mencintai awak, bukanlah lelaki ini.
너를 사망하는 남자는, 이남자 가 아닙니다.
no-leul sarang hanun namja neun, i namja ga animnida.


Mudah kan. Baiklah sampai di sini saja. Selamat berlatih ya.





Khamis, Ogos 05, 2010

Drama Drama Drama




Salam semua,

Berehat seketika daripada pembelajaran, kali ini saya ingin cerita tentang drama korea. Dahulu, saya cukup tak boleh tengok drama Korea. Pada zaman 'Winter Sonata' dulu adik dan kakak perempuan saya memang kaki drama korea dan saya terpaksa juga tonton apabila mereka bolot tv untuk pasang drama2 mereka. Dan daripada situ saya rasa yang drama2 Korea terlalu panjang dan meleret2. Satu episod sejam dan sampai 20 episod untuk satu cerita. Memang tak larat nak layan.

Malangnya tabiat adik saya itu masih berterusan hingga ke hari ini. Saya pulak boleh tahan drama Jepun saja yang rata2nya sepuluh episod dan tak banyak airmata yang perlu ditumpahkan sewaktu penggambaran. Dan adik saya pun tengok juga drama Jepun, maka secara tak rasmi dia menjadi sumber pembekal drama2 jepun kepada saya.

Dan dalam membekal drama2 jepun tu, dia selit2lah jugak drama korea dia. Promosi habis2an jugalah kalau ada yang sedap tu. Tapi hati saya tetap keras. Winter Sonata? Lagu dia bolehlah layan. Autumn in my Heart? Banyak sangat menangis daripada dialog. Dan bermacam2 lagi alasan yang saya berikan.

Pernah sekali saya mengalah kepada adik saya dan mula menonton drama Korea bermula dengan cerita Wedding lakonan Jang Nara (kot). Kalau tak nanti dia kecil hati pulak penat2 dia supply saya tak tengok. So saya pun gagah2kan juga menonton. Itu pun sejak mula tengok tahun 2008 sampailah sekarang 2010 baru 6 episod saja yang mampu saya tonton. Memang tak boleh belah.

Tibalah ke tahun ini 2010, adik saya mengatur strategi. Tiba-tiba dia supply saya drama jepun bertajuk Hana Yori Dango. Lepas saya habis tonton, adik saya kata yang Korea dan Taiwan pun ada terbitkan drama yang serupa bertajuk Meteor Garden dan Boys Over Flowers (tengok, drama taiwan pun dia layan!). Dan kedua2nya tu lagi sedap daripada Hana Yori Dango katanya.

Apa lagi, ego matahari terbit saya pun berasaplah. Walaupun saya taklah suka sangat pun Hana Yori Dango (sebab pelakon2 Johnny's bersepah2 dalam tu), tapi saya rasa saya perlu tonton versi2 lain untuk perbandingan. Dan di antara Meteor Garden dan Boys Over Flowers, aduh dua2 pun saya taknak tengok tapi akhirnya saya memilih untuk menonton Boys Over Flowers. Itupun saya taklah, tapi adik saya paksa saya tengok sewaktu kami sekeluarga bercuti di Pulau Tioman tidak lama dahulu. Mentang2 malam2 takde apa2 nak buat, dia pasang laptop dia dan nak taknak saya pun tengoklah.

Ya, kali ini saya tengok sampai habis 25 episod. Panjang sungguh! Macam mana saya boleh tengok sampai habis pun saya taktau. Dan keputusannya... drama jepun dan drama korea berbeza. Tak boleh nak banding sangat. Dua-dua pun ok. Ada kelebihan dan kelemahannya.



Ditambah lagi dengan keinginan saya untuk mempelajari bahasa korea, maka bermula dengan Boys Over Flowers (Koetpoda namja), saya mula menonton drama2 korea yang lain dengan serius (cheh!). Setakat ini saya dah tonton You're Beautiful (Minam-i shineyo) dan sekarang sedang menonton Cinderella Sister (Cinderella Unni). Tidak dinafikan proses ini sedikit sebanyak membantu saya mendalami bahasa korea, walaupun belum dalam mana pun lagi..

Oklah panjang pula membebel. Kalau ada drama2 korea yang best2 sila bagitahu saya ya, bolehlah saya suruh adik saya carikan. OK selamat menonton!

Selasa, Ogos 03, 2010

Partikel 이 dan 가

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi tentang partikel 이 dan 가 (disebut 'i' dan 'ga').

Kedua2nya mempunyai fungsi yang sama iaitu menjadi penanda objek (object marker) di dalam sesuatu ayat.

Seperti biasa, 이 diletakkan selepas objek yang berakhir dengan konsonan dan 가 diletakkan selepas objek yang berakhir dengan vowel.


Strukturnya adalah seperti berikut ;

Objek + 이/가 + kata kerja/kata sifat/predikat.

contoh :

Epal ini sedap.
이사과가맛있어요.
i-sagua ga mas-iss-o-yo

Epal adalah objek kepada kata sifat 'sedap'

Dia ada duit.
그는돈이있어요.
ke-nen toen-i iss-o-yo

'Duit' adalah objek kepada kata kerja 'ujud' ataupun 'ada'.

Saya yang makan.
제가먹어요.
che-ga mok-o-yo.

'Saya' adalah objek yang ditekankan di dalam ayat ini. Di sini kita boleh lihat, kenapa kita tak gunakan partikel 는 untuk ayat ini? Mari kita lihat bezanya.

1. Saya makan nasi.
저는밥을먹어요.
cho-nen pap-el mog-o-yo

'Saya' di sini adalah subjek dan objeknya 'nasi'. Penekanan ayat adalah terhadap perlakuan makan nasi.

2. Saya (yang) makan nasi.
제가밥을먹어요.
che-ga pap-el mog-o-yo

Di dalam ayat ini, yang hendak ditekankan adalah 'saya' sebagai objek di dalam ayat.

Beza penggunaan partikel 은/는 dan 이/가 memang sedikit mengelirukan, namun kelak alah bisa tegal biasa. Janganlah risau ya.

Untuk memahirkan diri kita, rajin2lah buat ayat menggunakan perkara2 yang telah dipelajari. Ok, selamat berlatih!


perkataan hari ini :

kata nama
epal : 사과 (sa-gua)
sedap : 맛있다 (mas-it-ta)
duit : 돈 (toen)

kata kerja
ada : 있다 (it-ta)