Yang sama-sama ingin belajar

Khamis, Jun 30, 2011

B. Korea : Lama tak jumpa!



Salam semua,

Lama tak jumpa! Kita bertemu semula di dalam pelajaran B.Korea selepas er... sebulan daripada pelajaran terakhir bahasa korea. Heheh.. maaflah ya lama tak post. Ok2 kalau dah lama tak jumpa seseorang itu, apa kita akan cakap? Sudah tentulah "Lama tak jumpa!" kan. Dan itulah yang akan kita pelajari hari ini.

Tanpa berlengah lagi, mari lihat perbualan di bawah.

B.Melayu

Amat : Selamat pagi.
Usin : Selamat pagi.
Amat : Lama tak jumpa. 
Usin : Ya, saya baru2 ni sangat sibuk.
Amat : Oh, begitu.

B. Korea

아마드 : 안녕하세요. (annyeong-haseyo)
우신 : 안녕하세요. (annyeong-haseyo)
아마드 : 오랜만이에요. (o-ren-man-i-e-yo)
우신 : 네,저는 요즈음에 너무바빠요. (ne, cho-neun yojeueum e nomu pappa yo)
아마드 : 아,그래. (a, geurae)


Di dalam perbualan ringkas di atas, ucapan 'lama tak nampak' akan diucapkan samada selepas ucapan selamat ataupun sebagai ucapan pertama apabila bertemu setelah sekian lama tak berjumpa.

오  랜   만   이  에  요
 o  ren man   i   e  yo


Biasanya ucapan ini akan dijawab dengan ucapan yang sama sebab biasanya kedua2 pihak yang lama tak nampak masing-masing. Tapi di zaman facebook ini kadang2 sorang saja yang rasa macam lama tak nampak kawan dia, tapi yang sorang lagi selalu je stalk member dia kat fb, so di dalam kes seperti itu sorang sajalah yang ucap seperti di atas.

Ok setakat itu saja untuk kali ini. Jika ada peluang, amal2kanlah walaupun bukan dengan orang korea. Sebut je biarlah orang nak kata poyo ke apa ke. Untuk kita juga. Hanya dengan berlatih kita akan dapat kuasai sesuatu itu.

Jumpa lagi di lain kali.
안녕!





Isnin, Jun 13, 2011

B.Jepun : Kata soal Apa?



Salam semua,
こんにちは。

Hari ini mari kita belajar tentang kata soal lagi. Lama dahulu kita ada belajar kata soal "apa" di dalam bahasa Korea, dan saya cari pelajaran yang sama di dalam bahasa Jepun tapi tak jumpa. Rupa-rupanya saya tak buat lagi :p. Maaflah ya. Baiklah biar terlambat daripada tak ada (better late than never), jadi hari ini mari kita belajar tentang kata soal "apa" di dalam B.Jepun.

Seperti biasa, mari berdialog.

Bahasa Melayu

A : Apa tu ?
B : Ini?
A : Aah, itu. Apa tu?
B : Eh, tak tau ke?
A : Sebab taktau la tanya.
B : Ini epal lah.
A : Oh, begitu.
B : Kau OK ke ni?

Bahasa Jepun.

A: それはですか?(sore wa nan desuka?) [apa itu?]
B: これですか?(kore desuka?)[Ini ke?]
A: はい、それです。ですか?(hai, soredesu. nandesuka?) [ya, itu. apakah ianya?]
B: え、知らないですか?(e, shiranaidesuka?)[eh, taktahu ke?]
A: 知らないから聞いています。(shiranaikara kiiteimasu)[sebab taktahulah tanya]
B: これはりんごですよ。(kore wa ringo desu yo)[ini epal lah]
A: なるほど。(naruhodo)[oh begitu ]
B: あなたは大丈夫ですか?(anata wa daijoubu desuka?) [kau ok ke?]


Secara amnya "apa" = なに (nani) di dalam hiragana atau 何 di dalam tulisan kanji.
Namun begitu, ianya hanya dibaca sebagai なに(nani) apabila ia berdiri sendiri, dan akan dibaca sebagai なん(nan) sekiranya di belakangnya bersambung dengan sukukata lain. Boleh kata 99% di belakangnya akan bersambung dengan sukukata2 lain. Mari lihat contoh .

何?=nani? (bahasa pasar dan kasar bermaksud "Apa??" untuk kegunaan di antara kawan2 rapat)
何ですか?=nandesuka? (bahasa sopan dan baik untuk kegunaan selain di atas)

何時ですか?=nanji desuka? = pukul berapa?
何個ですか?=nanko desuka? = berapa biji?

.. dan sebagainya lagi. Mudah bukan?
Baiklah, jika ada apa2 soalan sila jangan segan2 untuk bertanya ya.

Jumpa lagi di lain kali.

またね!