Yang sama-sama ingin belajar

Sabtu, Disember 31, 2011

B. Korea : Nombor 1 - 10




As-salam kepada semua dan 안녕하세요!

Hari ini adalah hari terakhir sebelum kita meninggalkan tahun 2011. Esok kita akan mengucapkan selamat datang kepada tahun 2012 pula. Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan untuk update juga blog ini sementara tahun ini masih berbaki beberapa jam ini.

Di samping itu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pembaca-pembaca baru, semoga semangat belajar anda kekal sehingga tahun hadapan dan hadapan lagi dan lagi dan lagi..

OK, pada entri yang lepas kita sudah lihat bagaimana untuk menyebut nombor 1 hingga 10 di dalam bahasa Jepun, maka hari ini mari kita belajar sebutnya di dalam bahasa korea pula.

Di dalam bahasa korea, ada dua jenis sebutan untuk nombor, iaitu nombor korea dan nombor sino-korea. Ada kalanya pakai yg korea punya, dan ada kalanya pakai yang sino-korea punya. Buat masa ini, kita tak perlu fikir nak pakainya bila, kita cuma kena hafal saja dulu nombor2 ini.


Nombor Korea

 (klik untuk besarkan)

Nombor Sino-Korea

  (klik untuk besarkan)
 
Mungkin untuk permulaan ni agak susah untuk hafal sebab ada dua set kan. Kedua-duanya pun penting dan selalu digunakan. Cuma mungkin nombor Sino-Korean lebih mudah untuk dihafal kerana ianya berasal daripada China, seperti juga nombor di dalam bahasa Jepun yang kita telah pelajari sebelum ini. 

Ok, kalau rasa bila nak pakai nombor2 ni semua..? Ingatlah, malam ini dah malam tahun baru. So kalau dah hafal nombor-nombor dari satu hingga sepuluh ini, malam ni boleh lah pergi menyambut tahun baru dan masa countdown nanti boleh jerit di dalam bahasa korea pula ya tak? Berlatih untuk countdown, yeah!

Baiklah setakat itu saja untuk hari ini, kita jumpa lagi di tahun hadapan, insyaAllah.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012!

새해 복 많이 받으세요!
(Se-he bok man-i pat-eu-se-yo!)



Khamis, Disember 15, 2011

B. Jepun : Mari mengira!

gambar hiasan


Salam semua dan こんにちは!

Pada hari ini kita akan belajar mengira di dalam bahasa Jepun. Kita akan mula dengan nombor 1 sampai 10.
Mari sama-sama lihat rajah di bawah. Klik gambar untuk besarkan ya.

 
Bagi sesiapa yang tahu bahasa cina dan korea, adalah mudah untuk menghafal nombor-nombor di dalam bahasa Jepun kerana keserupaannya. Tulisannya pun sama dengan tulisan cina. Oleh itu anda semua bertuah kerana dapat belajar mengira di dalam 3 bahasa sekaligus pada hari ini! Tepuk tangan sket.. ok terima kasih.

Jika kita perhatikan ada beberapa nombor yang mempunyai dua jenis bacaan iaitu nombor 4 , 7 dan 9.
Kalau nombor 9 tu kita boleh faham lah juga apabila bacaan ‘kyu’ mungkin nak dipendekkan maka jadilah ‘ku’. Tapi bagaimana dengan nombor 4 dan 7 ni?

Secara ringkasnya untuk no 7, bacaan ‘nana’ dan ‘sichi’ boleh bertukar ganti sesuka hati. Suka hatilah nak pakai mana satu.

Tapi untuk no 4 dan 9 ni dia ada situasinyalah. Nak terangkan nanti pening pulak. Takpelah nanti saya terangkan bila sampai masanya. Buat masa ni pakai saja yang mana suka.  
Don’t worry too much okay, bak kata orang putih.

Tentang cara menulis, ingat tak cara menulis Kanji yang saya dah kongsikan satu ketika dahulu? Kalau tak ingat boleh rujuk semula ya. Saya nak terangkan dengan rajah semua, tapi belum beli lagi telefon yang boleh tulis2 tu kan. Kalau ada benda alah tu senang sikit saya nak tunjukkan.

Oklah setakat itu saja buat kali ini. Maaflah banyak membebel daripada mengajar. Saya harap agar ilmu yang dikongsi ini dapat menjadi manfaat kepada semua.

Jumpa lagi next time.

また次にね!

バイバーイ!