Yang sama-sama ingin belajar

Wednesday, June 23, 2010

Rileks seketika

Salam semua,

Nampaknya saya dah miss satu hari untuk post di sini, mungkin sebab saya sendiri stressed tengok kuliah saya yang sebelum2 ini. Oleh itu hari ini saya mahu rileks!!! dari pembelajaran buat seketika dan ingin berkongsi perkara lain.

Kenapa saya belajar Bahasa Korea? Dah tak ada bahasa lain ke nak belajar? Sebab suka drama korea ke? Kenapa?

Ha, entahlah, saya pun taktau sebenarnya kenapa. Saya suka belajar bahasa kot. Bukan korea saja, ada lagi bahasa-bahasa lain yang saya ingin pelajari. Tapi buat masa ini saya nak fokus pada yang ini saja.

Saya dah mula belajar dah lama sebenarnya. Sejak dari 2 ke 3 tahun lepas. Namun masa tu lebih kepada melepaskan batuk di tangga je. Apa yang saya belajar masa tu ya? Ha, siap tak ingat tu, maksudnya memang tak masuk apa2 punlah dalam kepala ni.

Habis tu kenapa tiba2 sahaja pulak kali ini? Ya, saya setuju, mesti ada pencetusnya. Dan pencetusnya bukan Wondergirls ya, sebab saya dah dengar lagu Wondergirls sejak lagu So Hot lagi. Okay berbalik kepada topik, pencetusnya kalau saya fikir, adalah seorang kawan saya. Kawan baru saya.

Di ofis saya, tempat duduk sebelah saya memang sentiasa bertukar orang. Dan sejak awal tahun yang lepas, seorang lelaki telah diletakkan kat sebelah saya menggantikan mamat indonesia yang tukar ke tempat duduk lain. Ya, lelaki itu lelaki Korea (ayat ni macam gay la pulak).

Dipendekkan cerita, saya mula borak2 dengan dia dan mungkin sebab dia tak pandai sangat cakap orang putih, maka saya mula belajar cakap Korea dengan dia. Dari situlah bermulanya saya menjadi serius di dalam mendalami bahasa ini. Selain daripada saya belajar sendiri di internet ni, dia adalah son-seng-nim (선생님, cikgu) saya yang banyak mengajar saya.

Namun begitu tempoh hari dia telah menyerahkan surat berhenti kerja kerana dapat kerja di tempat lain. Maka tempoh beberapa minggu ini merupakan waktu2 terakhir saya dapat belajar dengan dia secara terus. Sedih la pulak. Harap2nya semangat saya untuk menguasai bahasa ini akan berterusan walaupun cikgu saya dah tak ada nanti.

재순선생님,정말고맙숩니다!!!!!


5 comments:

  1. Nad, buka kelas bahasa Jepun juga la..selain dari Doraemon dan teriyaki tu nak gak tahu sepatah dua hi hi

    ReplyDelete
  2. nad, cikgu berhenti nad jangan berhenti pulak. heheh.. ini dah jadi tempat lepak baru ni. saya memang minat segalanya tentang korea. cuma nak belajar secara formal tu belum ada rezeki lagi. so kiranya ini medan belajar saya jugaklah. teruskan ya?

    ReplyDelete
  3. wah ada juga org nk komen di sini.. terharu kejap.. :)

    terima kasih atas sokongan akak dan farah.. saya pun sedang belajar.. dan sekadar berkongsi apa yang saya telah belajar.. moga sama2 kita dapat manfaat kan..

    insyaAllah saya akan teruskan.. pasal kelas jepun tu kak, kalau dah tahu korea senang je belajar bahasa jepun kot.. heheh

    ReplyDelete
  4. jom belajar bahasa korea kat sini.
    sapa2 nk dtg korea pun boleh.

    ReplyDelete
  5. seronok belajar ngan nad sunbae..hahaha..bestnyer ade kwan korea..nak jugak

    ReplyDelete