Yang sama-sama ingin belajar

Selasa, Jun 26, 2012

B.Korea : Sekarang!

 Foto hiasan

As-salam dan selamat sejahtera,

Moga semuanya sihat menghadapi cabaran hidup hari ke hari. Jangan disesali perkara yang telah lepas dan jangan pula leka dibuai angan-angan yang belum tentu tiba. Nikmatilah masa sekarang, kerana setiap saat yang berlalu tidak akan kembali.

Dengan mukadimah tersebut, saya ingin berkongsi tentang satu perkataan yang mudah dan selalu digunakan di dalam bahasa korea, jepun mahupun apa-apa saja bahasa lain. Perkataan tersebut ialah 'sekarang'. Di dalam bahasa melayu ianya bolehlah ditafsir dengan makna 'pada saat ini' atau 'pada ketika ini'.

Mari kita lihat pula di dalam bahasa korea.

Sekarang  =  지금 (ji-geum)

Mari lihat contoh-contoh penggunaannya pula di dalam ayat.

B.Melayu

Takeshi : Hiro, sekarang kau sibuk tak?.
Hiro : Tak, kenapa?
Takeshi : Jom kuar jap.
Hiro : Bila?
Takeshi : Sekarang la, sekarang!
Hiro : Er..baiklah!

B.Korea

따깨시: 히로, 지금 바빠?  (Hiro, ji-geum pa-ppa?)

히로 : 아니오, 왜요? (anio, owe-yo?)

따깨시:좀 밖에 나가자. (jom pakk-e nakaja)

히로: 언제요? (on-jae yo?)

따깨시: 지금이야, 지금! (ji-geum iya, ji-geum!)

히로: 아,알겠습니다! (a, al-ge-sseum-nida!)


Okey begitulah lebih kurang. Harap-harapnya dialog kat atas ni taklah susah sangat untuk difahami.

Tentang perkataan 'sekarang' ni, kalau kita tengok di dalam bahasa lain ianya satu atau dua suku kata saja. Di dalam bahasa inggeris satu sukukata saja iaitu 'now'. Pada saya ianya bersesuaian dengan makna perkataan tersebut iaitu 'pada saat ini'.

Namun begitu kalau kita lihat b.melayu kita, ianya digambarkan dengan tiga sukukata (se-ka-rang). Bukanlah saya nak kutuk bahasa ibunda sendiri, cuma pada saya tiga sukukata adalah terlalu panjang untuk perkataan yang mempunyai maksud yang 'pinpoint' sebegini. Bayangkan bila kita habis sebut 'sekarang' saja, tika dan saat yang kita maksudkan tu dah pun berlalu. Itu sebab timbulnya singkatan untuk perkataan ini di dalam kamus anak muda iaitu 'skunk'. Yang ini saya tak bersetuju dengan caranya lah, tapi saya faham kenapa terjadi sebegini. Walaubagaimanapun, ini hanyalah pendapat saya saja. Mungkin ada sebab yang saya tak tahu tentang asal usul perkataan 'sekarang' itu kan.

Akhir kata, masa kini lebih cepat berlalu pergi, samada kita setuju atau tidak, samada kita sedar atau tidak. Oleh itu, janganlah bertangguh di dalam apa jua yang kita ingin lakukan. Kejarlah impian kita bermula dari sekarang!

Jumpa lagi sekarang! Er.. taklah, minggu depan pulak ya :p

안녕!

Nash Azly


Khamis, Jun 14, 2012

B. Jepun : Partikel 'Dan' ( と)

Gambar hiasan


As-salam semua dan selamat sejahtera,

Sekejap saja seminggu telah berlalu, dan saya kena tulis entri baru. Entri sebelum ni dah ada orang baca ke belum agaknya ya.. entahlah. Takpelah mari kita teruskan saja.

Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang pertikel 'dan' di dalam bahasa Jepun pula. Kalau pada minggu depan kita belajar yang partikel 'dan' di dalam bahasa korea ada dua iaitu 와 atau 과 bergantung pada syaratnya, namun di dalam bahasa jepun ianya lebih mudah.

Ada satu saja, dan ianya dipakai setiap hari untuk menyambungkan antara kata nama.

Dan  =   (to)

Contoh :

1)
B.M : Saya dan dia

B.J : 私  彼  (watashi to kare)

2)
B.M : Kereta dan kapalterbang.

B.J : 自動車  飛行機 (jidousha to hikouki)

3)
B.M : Tiga, empat dan lima.

B.J : 三、四  五 (san, yon to go)


Ianya mudah saja, namun begitu ia hanya boleh digunakan dengan kata nama dan objek saja. Ianya tidak boleh digunakan untuk kata sifat, kata kerja dan lain-lain. Di sini kita dapat lihat bahawa bahasa melayu lebih fleksibel dengan penggunaan 'dan' untuk menyambung apa sahaja baik kata nama, sifat, kerja dan sebagainya :)

Oklah sampai di sini saja untuk kali ni.

Jumpa lagi!

またね!

Nash Azly


Isnin, Jun 04, 2012

B.Korea : Partikel 'Dan' 와 / 과

 Sumber (blog.naver.com)


As-salam semua dan selamat sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi tentang partikel asas yang nampaknya belum kita sentuh walaupun dah selalu gunapakai. Partikel tersebut adalah 'dan' iaitu penyambung dua kata nama.

Baiklah jika sebelum ini kita ada belajar tentang perkataan 'keurigo' 그리고 yang bermaksud 'dan' juga, namun ianya lebih kepada penyambung dua ayat yang berkaitan. Yang akan kita belajar kali ini adalah lebih mudah dan asas lagi. 

Mari kita lihat :

Dan  / (oa / kwa)

Kenapa ada dua? Nak pakai yang mana satu?
Seperti partikel-partikel yang kita telah lihat sebelum ini, pemilihan yang mana satu untuk digunakan adalah bergantung kepada huruf terakhir perkataan sebelumnya.Tetapi untuk partikel ini, pemilihannya adlaah terbalik. Kalau huruf hujung sebelum pertikel adalah konsonan, maka 과 (kwa) digunakan. Kalau vowel, maka 와 (oa) digunakan. Kalau tak berapa nak ingat, boleh rujuk semula entri2 tentang partikel sebelum ini di sini.  Maksud kedua2nya tetap sama.

Mari lihat contoh.

B.M  : Siang dan malam.
B.K  : 하루 밤 (haru oa bam)

B.M  : Tembikai dan durian.
B.K  : 수박 도리안.(subag kwa dorian)

B.M :  Malaysia, Korea dan Jepun.
B.K : 말레이시아, 한국 일본.(Malleisia, Hanguk kwa Ilbon)


Begitulah sedikit sebanyak penggunaan partikel 'dan' di dalam bahasa korea ini. Mudah saja kan?

Di sini saya ingin nyatakan yang partikel 와/과 ini biasanya digunakan di dalam penulisan sahaja. Untuk penggunaan di dalam perbualan, ada perkataan 'dan' yang lain yang lebih biasa digunakan iaitu 하고 (hago). Saya akan perkenalkan di lain waktu ya.

Baiklah, sekian saja entri ringkas saya untuk hari ini. Moga dapat memberi manfaat kepada semua.

Selamat berlatih dan jumpa lagi!

Annyeong! 안녕!


Nash Azly