Yang sama-sama ingin belajar

Monday, June 21, 2010

Tatabahasa Asas : Partikel 는 (nen) Bhg.2

Salam semua,

Hari ini saya sambung yang entri sebelum ini tentang partikel 는. Mari lihat contoh ayat no 2 yang saya beri pada entri lepas.

2. 잔은남자예요.
john-en nam-ja ye-yo.
John adalah lelaki.

Di sini partikel 는 (nen) ditulis sebagai 은 (en) saja. Ini adalah kerana perkataan sebelum partikel itu iaitu 'John' dieja dengan huruf akhirnya konsonan.

Peraturannya di sini, jika perkataan itu berakhir dengan konsonan, maka partikelnya akan jadi 은.
Jikalau perkataan itu berakhir dengan vowel, partikelnya jadi 는 .

Contohnya :

잔 + 은
John en (Konsonan n --> en 은 )

자 + 는
Cho nen (Vowel o --> nen 는 )

Sifat berubah ini sama juga dengan penutup ayat 이에요 (i-e-yo).
Jika perkataan sebelumnya berakhir dengan konsonan, maka penutupnya adalah 이에요.
Jika berakhir dengan vowel, penutupnya adalah 예요 (ye-yo).

Kita lihat contoh semalam :

저는이에요.
cho-nen hak-seng i-e-yo. (Konsonan g --> ieyo 이에요)
Saya adalah pelajar.

전은예요.
John-en nam-ja ye-yo. (Vowel  a --> yeyo 예요)
John adalah lelaki.


Perubahan partikel terhadap vowel dan konsonan ini kita akan dapat lihat lagi lepas2 ini. Janganlah pening dahulu ya. Saya mungkin tak pandai berkongsi secara santai, sebab itu nampak macam kuliah bahasa pulak.

Ok itu saja untuk hari ini, saya akan beri contoh2 ayat untuk biasakan kita dengan partikel2 ini pada entri seterusnya ya.

Selamat berlatih!


Perkataan hari ini :

여자 (yo-ja) = perempuan
친구 (chin-gu) = kawan





2 comments:

  1. John last huruf last dia bknkah konsonen? Tapi kenapa contoh yg bawah tu John dirujuk kepada huruf vowel? Mana satu yg betul? Harap beri tunjuk ajar,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi komen dan tegur :)
      Huruf terakhir John adalah konsonan, namun di dalam contoh yg di bawah itu saya ingin terangkan tentang pengakhiran konsonan pada perkataan hak-seng(학생) bertemu (ieyo)이에요 dan vowel pada perkataan nam-ja(남자) bertemu(yeyo)예요.

      Maaf kerana macam buat dua entri dalam satu entri sampai mengelirukan pula.
      Saya dah highlight agar lebih jelas.
      Terima kasih sekali lagi :)

      Delete