Yang sama-sama ingin belajar

Selasa, Mac 20, 2012

B.Korea : Dan sebenarnya..


As-salam dan selamat sejahtera,

Selamat bertemu kembali. Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang kosa kata untuk bahasa korea. Tidak susah, dan mungkin ramai yang sudah tahu. Kalau belum tahu pun mungkin sudah selalu dengar.

Okey perkataan yang ingin saya kongsikan hari ini adalah perkataan asas iaitu '그리고' yang bermaksud 'Dan'.

Mari kita ikuti dialog ringkas di bawah :

Hiro : Kita keluar jom.
Azusa : Ke mana?
Hiro : Pergi tengok wayang ke. Dan pergi shopping.
Azusa : Shopping? Jom!

히로: 우리 나가자. (Uri nagaja)
아주사: 어디에? (Oedi e?)
히로: 영화라도 보자. 그리고, 쇼핑하자. (Yeonghwa rado poja. Keurigo, sho-pping haja.)
아주사: 쇼핑? 가자!(Sho-pping? Kaja!)

*dialog di atas ni menggunakan bahasa tak formal yang sesuai digunakan sesama rakan rapat saja.

Begitulah salah satu contoh penggunaan 'keurigo' ini. Biasanya digunakan pada permulaan ayat, sebagai menunjukkan kesinambungan dua ayat. Kalau dalam bahasa melayu kira macam penanda wacanalah, cuma dalam bahasa melayu 'Dan' tak boleh digunakan di permulaan ayat.  

Keurigo juga digunakan di pertengahan ayat seperti 'dan' yang biasa kita gunakan.

Contoh : 
"Di sini ada epal, oren, dan kucing."
" 여기에 사과, 오렌지, 그리고 고양이가 있어요."
 (yeogi e sagwa, orenji, keurigo koyangi ga isseoyo)

 Ok mudah kan? Sebenarnya selain 'keurigo' ini ada beberapa perkataan lain juga yang digunakan untuk menyatakan maksud 'dan'. Namun yang boleh diletakkan di hadapan ayat setakat yang saya tahu hanya 'keurigo' ini saja, maka sebab itu saya perkenalkannya hari ini.

Oh ya Hiro dan Azusa tu nama bagi watak2 di dalam e-novel saya 'Lagu Cinta Osaka' (selit promo sat). Linknya ada di sebelah kanan ni. Kalau berminat bolehlah baca dan komen ya.

Baiklah itu saja daripada saya untuk kali ini. Kita jumpa lagi di kali seterusnya ya. Selamat berlatih.

안녕히계세요! Bye!

 Nash Azly




Selasa, Mac 06, 2012

B. Jepun : Kata Ganti Nama




As-salam dan selamat sejahtera,
こんにちは。

Hari ini saya ingin berkongsi tentang kata ganti nama di dalam bahasa jepun. Mungkin ramai yang sudah tahu namun begitu bagi yang belum tahu, bolehlah belajar ya. 

Kata ganti diri seperti biasa terbahagi kepada tiga:

1. Kata ganti diri pertama ; untuk membahasakan diri sendiri.

Saya = Watashi (わたし : 私)

Ini merupakan yang paling kerap digunakan, dan ianya formal. Oh ya, seperti bahasa melayu, ada juga perkataan yang tak formal untuk kata ganti diri pertama ini.

Saya = Atashi (あたし) * ini hanya digunakan oleh perempuan di dalam suasana tidak formal.

Aku = Ore (おれ : 俺)* ini hanya digunakan oleh lelaki di dalam suasana tidak formal. 

Untuk selamat, gunakan 'watashi' saja untuk semua keadaan. Tidak akan ada apa2 masalah.

contoh ayat :

Saya tidak makan malam.
あたしは晩ご飯(ばんごはん)食べません(たべません)。
Atashi wa bangohan tabemasen.
*daripada contoh di atas, secara automatik kita tahu yang bercakap itu perempuan. 

2. Kata ganti diri kedua ; ditujukan kepada lawan kita bercakap.

Anda= Anata (あなた)
Awak= Kimi (きみ)

Secara amnya, kata ganti diri kedua sangat jarang digunakan di dalam percakapan. Biasanya nama ditambah ~san akan digunakan untuk membahasakan orang lain.

Contohnya : Matsumura-san, Nash-san etc.

'Anata' dan 'kimi' boleh digunakan tapi biasa dalam drama atau tv saja. Untuk perbualan seharian agak pelik sedikit jika digunakan.

Oleh itu tak perlulah pakai kata ganti diri yang ini ya. Panggil dengan nama+san saja sudah cukup. Kalau tak perlu panggil, gugurkan saja.

contoh ayat :

Esok awak datang?
明日(あした)あなたは来ますか?
Ashita anata wa kimasuka?

3. Kata ganti diri ketiga ; untuk 'dia' atau orang ketiga yang tiada di tempat kejadian.

Dia = Kare (かれ : 彼) untuk lelaki
      = Kanojo (かのじょ : 彼女) untuk perempuan

Boleh juga digantikan dengan nama+san seperti kata ganti diri kedua mengikut penyesuaian. 

contoh ayat :

Dia belum tidur lagi.
彼はまだ寝ていません(ねていません)。
Kare wa mada neteimasen.

Begitulah sedikit sebanyak tentang kata ganti diri ini. Sebagai peringatan, jika membahasakan/memanggil seseorang yang lebih tua atau bukan kawan rapat di dalam bahasa jepun, jangan sekali-kali tinggalkan ~san di hujung nama. Ianya dianggap kurang sopan. 

contoh :

Nishimura-san! -- sopan
Nishimura! -- kurang sopan

Namun begitu, di dalam komuniti antarabangsa, boleh kita gugurkan ~san, dan panggil dengan gelaran Encik Nishimura atau Mr Nishimura contohnya.

Oh ya, untuk diri sendiri, tak payah tambah ~san okey! Akan kedengaran pelik heheh.. 

Oklah itu sahaja untuk kali ini. Semoga bertemu di pelajaran seterusnya.

皆さん、がんばってください!

またね!

Nash 
Rileks sebentar :)