Yang sama-sama ingin belajar

Tuesday, August 31, 2010

Asas Bahasa Jepun : Tulisan Katakana


Salam semua,

Apa khabar? Bagaimana dengan tulisan Hiragana yang kita pelajari minggu lepas? Sudah hafal kesemuanya? Jika belum, sila hafalkan ya untuk kemudahan di masa hadapan. Bak kata pepatah, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. Biar susah menghafal asasnya dahulu, untuk kelak lebih mudah kita pelajari peringkat2 seterusnya.

Jika sudah hafal Hiragana, bagus dan syabas saya ucapkan. Komitmen anda memang saya hargai. Dan kini kita boleh teruskan dengan tulisan seterusnya iaitu Katakana.

Janganlah risau ya, Katakana ini sama sahaja jumlah hurufnya dan gaya sebutannya dengan Hiragana. Cuma tulisan saja yang berbeza. Jadi yang perlu kita lakukan adalah untuk menghafal dan berlatih menulis tulisannya. Mari kita lihat senarai di bawah.


Imej dari sini

Katakana tulisannya lebih 'tajam' dan 'keras' berbanding Hiragana. Namun sama seperti Hiragana, Katakana juga ada derivatif2nya juga seperti di bawah.


Imej dari sini pula

Dan syarat2 sebutan yang berbeza juga sama dengan Hiragana. Seterusnya, mari lihat gabungan sukukata asas 'yayuyo'.


Bunyinya sama seperti urutan hiragana ya, jika tidak jelas boleh rujuk pada entri Hiragana yang lepas.

Mengikut pengalaman saya, tulisan Katakana ini sedikit susah untuk dihafal kerana kekeliruan yang pasti ujud di antara kedua2 tulisan Hiragana dan Katakana. Nasihat saya, sila hafal Hiragana terlebih dahulu, kemudian baru Katakana. Saya sendiri mengambil masa yang lama untuk mengingati kesemua huruf Katakana ini. Penggunaannya juga agak terhad untuk permulaan ini, jadi janganlah risau ya. Take your time.

Baiklah, itu saja pelajaran untuk hari ini. Jika ada apa2 soalan janganlah segan2 untuk bertanya ya. Chewah. Bunyi macam cikgu sekolah la pulak.

Ok, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Sedikit peringatan daripada saya, walau betapa minatnya kita sekalipun dengan bahasa, cara hidup atau budaya Jepun mahupun Korea, saya harap moga2 kita semua tidak sekali2 leka hingga terlupa akan jati diri kita sebagai anak bangsa Malaysia dengan Bahasa Melayu sebagai lidah ibunda kita. Kuasailah berpuluh bahasa sekalipun, jika Bahasa Melayu sendiri kita abaikan, lama kelamaan kita akan hilang identiti dan jati diri kita. Kita akan menjadi seperti bahtera yang tiada bendera. Berlabuh di sini salah si sana pun salah, akhirnya hanyut dan hilang begitu saja di lautan. Ingatlah, bahasa mencerminkan jiwa bangsa kita.

Salam Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia!

2 comments:

  1. tulisan katakana ni complicated...xmacam hiragana

    ReplyDelete
  2. ya sedikit susah utk nk hafal.. tp personally saya suka sbb stroknya yg tajam tu lebih elegan..

    ReplyDelete