Maaf kerana sudah seminggu tidak post pelajaran baru di sini. Saya sibuk dengan kerja. Namun kini sudah tiba hujung minggu dan sekurang2nya saya ingin jugalah berkongsi beberapa update dengan anda semua.
Baiklah, mengikut poll yang telah dijalankan minggu lepas, keputusan menunjukkan yang rata2 ingin mempelajari Bahasa Jepun juga (walaupun 6 vote saja kan.. ). Oleh itu saya akan cuba juga untuk berkongsi pelajaran bahasa Jepun di dalam blog ini.
Saya pun taktau bagaimana nak mulakan mahupun bagaimana hendak mengasingkan pelajaran Bahasa Jepun dan Bahasa Korea di dalam blog ini, namun saya rasa yang itu semua akan saya fikirkan kemudian sajalah.
Pendapat saya, ada pro dan kontranya di dalam mempelajari kedua2 bahasa ini secara serentak. Yang pronya, kedua2 bahasa adalah mirip dari segi tatabahasa dan struktur. Oleh itu mungkin lebih mudah untuk belajar kedua2nya serentak. Kontranya pulak, saya harap kedua2nya tidak bercampur aduk di dalam kepala kita kelak. Nanti ada yang cakap berselang-seli Jepun dan Korea pula.
Namun saya tidaklah risau. Asalkan niat kita baik untuk menimba ilmu, maka semoga semuanya dipermudahkan untuk kita, InsyaAllah.
Tidak lupa saya ingin ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan solat sunat tarawih. Moga2 amalan kita diberkati.
Sekian, kamsahamnida dan arigatou gozaimasu.
Wassalam.
-Nadd-
japanese? bestnya!!! Hana lewat sept ni dh exam japanese ;) tp still sangkut lg kat kanji2 tu. berbelit2 sgt~~
ReplyDeletegasaklah, Nad. kalau bercampur, kita bercakap bahasa Ko-Pun
ReplyDeletehana : hana dah memang belajar bahasa jepun ya? bguslah.. pasal kanji tu.. takde cara lain selain belatih menulis dan membacanya.. gambatte kudasai :)
ReplyDeleteakak MK : ya kak, Ko-Pun pun boleh saja kan.. barulah dikatakan unik hahaha..
wahhhh....bahase jepun!!!!! nihon ni ikitai!!!
ReplyDeleteGanbattemasu
ReplyDelete