Berehat seketika daripada pembelajaran, kali ini saya ingin cerita tentang drama korea. Dahulu, saya cukup tak boleh tengok drama Korea. Pada zaman 'Winter Sonata' dulu adik dan kakak perempuan saya memang kaki drama korea dan saya terpaksa juga tonton apabila mereka bolot tv untuk pasang drama2 mereka. Dan daripada situ saya rasa yang drama2 Korea terlalu panjang dan meleret2. Satu episod sejam dan sampai 20 episod untuk satu cerita. Memang tak larat nak layan.
Malangnya tabiat adik saya itu masih berterusan hingga ke hari ini. Saya pulak boleh tahan drama Jepun saja yang rata2nya sepuluh episod dan tak banyak airmata yang perlu ditumpahkan sewaktu penggambaran. Dan adik saya pun tengok juga drama Jepun, maka secara tak rasmi dia menjadi sumber pembekal drama2 jepun kepada saya.
Dan dalam membekal drama2 jepun tu, dia selit2lah jugak drama korea dia. Promosi habis2an jugalah kalau ada yang sedap tu. Tapi hati saya tetap keras. Winter Sonata? Lagu dia bolehlah layan. Autumn in my Heart? Banyak sangat menangis daripada dialog. Dan bermacam2 lagi alasan yang saya berikan.
Pernah sekali saya mengalah kepada adik saya dan mula menonton drama Korea bermula dengan cerita Wedding lakonan Jang Nara (kot). Kalau tak nanti dia kecil hati pulak penat2 dia supply saya tak tengok. So saya pun gagah2kan juga menonton. Itu pun sejak mula tengok tahun 2008 sampailah sekarang 2010 baru 6 episod saja yang mampu saya tonton. Memang tak boleh belah.
Tibalah ke tahun ini 2010, adik saya mengatur strategi. Tiba-tiba dia supply saya drama jepun bertajuk Hana Yori Dango. Lepas saya habis tonton, adik saya kata yang Korea dan Taiwan pun ada terbitkan drama yang serupa bertajuk Meteor Garden dan Boys Over Flowers (tengok, drama taiwan pun dia layan!). Dan kedua2nya tu lagi sedap daripada Hana Yori Dango katanya.
Apa lagi, ego matahari terbit saya pun berasaplah. Walaupun saya taklah suka sangat pun Hana Yori Dango (sebab pelakon2 Johnny's bersepah2 dalam tu), tapi saya rasa saya perlu tonton versi2 lain untuk perbandingan. Dan di antara Meteor Garden dan Boys Over Flowers, aduh dua2 pun saya taknak tengok tapi akhirnya saya memilih untuk menonton Boys Over Flowers. Itupun saya taklah, tapi adik saya paksa saya tengok sewaktu kami sekeluarga bercuti di Pulau Tioman tidak lama dahulu. Mentang2 malam2 takde apa2 nak buat, dia pasang laptop dia dan nak taknak saya pun tengoklah.
Ya, kali ini saya tengok sampai habis 25 episod. Panjang sungguh! Macam mana saya boleh tengok sampai habis pun saya taktau. Dan keputusannya... drama jepun dan drama korea berbeza. Tak boleh nak banding sangat. Dua-dua pun ok. Ada kelebihan dan kelemahannya.
Ditambah lagi dengan keinginan saya untuk mempelajari bahasa korea, maka bermula dengan Boys Over Flowers (Koetpoda namja), saya mula menonton drama2 korea yang lain dengan serius (cheh!). Setakat ini saya dah tonton You're Beautiful (Minam-i shineyo) dan sekarang sedang menonton Cinderella Sister (Cinderella Unni). Tidak dinafikan proses ini sedikit sebanyak membantu saya mendalami bahasa korea, walaupun belum dalam mana pun lagi..
Oklah panjang pula membebel. Kalau ada drama2 korea yang best2 sila bagitahu saya ya, bolehlah saya suruh adik saya carikan. OK selamat menonton!
Nadd, semua cerita di atas sudah saya tonton. Hahah...ini pun hantu drama korea/jepun/taiwan juga ni. Tapi bab drama korea ni kena pilih jugak sebab bukan semuanya kena dengan selera. Saya kalau cerita yang asyik lima minit sekali menanggis memang tak layan lah. Penat tengok cerita macam tu! Sekarang ni suka tengok drama yang boleh buat kita gelak2 je.
ReplyDeleteTerbaru drama Pasta dan Personal Taste (Kaeinui Chwihyang) (lakonan Lee Min Ho yang bawak watak Goo Jun Pyo dalam Koetpoda Namja). Boleh tahanlah cerita2 ni. Boleh buat kita gelak.
byk lg citer2 korea yg best
ReplyDeleteMy 19 Years Sister in Law
Biscuit Teacher and Star Candy (lawak habisan!)
Princess Hours
My Girl
Sassy Girl, Chun Hyang
Brilliant Legacy
Full House
...........byk sgt jd xleh nak ingat baik2 :)
farah : wah, ni boleh geng adik saya la ni kot.. cerita pasal nangis, drama cinderella unni yg saya tgh tgk ni pun setiap 5 minit nangis2 jugak.. tp saya layan jugak.. aduhh dah kena dah.. hahaha..
ReplyDeletehana : bnyknye.. semua best2 ke? ok terima kasih boleh saya suruh adik saya cari.. (ntah2 dia dah ada, saya je yg tak pernah tanya)
Hah, ini saya nak bongkar rahsia. Esklusif di blog Abang Nadd ni. Hehehe...
ReplyDeleteKalau nak tahu dari mana saya dapat idea menulis kisah cinta, jawapannya melalui drama Korea! Ya, saya ini 'hantu' drama Korea. Memang kumpul segala macam koleksi sampai ke kumpulan-kumpulan muzik dia pun saya tonton.
Pada saya, mahu cerita yang ada moral yang tinggi, tentu sekali drama Jepun. Cerita yang romantis, drama Korea. Drama Taiwan layan juga tapi tengok pelakonlah.
Sekarang, dah terbongkar rahsia saya. Hahaha... Jangan beritahu orang lain ya. ;)
p/s: drama Personal Taste yang Kak Farah cadangkan tu memang best! Yang baru habis kat 8TV tajuk My Fair Lady tu pun boleh tahan juga. (*^_^*)
ooo Ridh pun kaki drama korea juga ya.. haha patutlah hari tu bila tanya Ridh baca novel2 cinta ke tak Ridh cakap tak, tu yg pelik tu cmne boleh tulis kisah cinta.. rupa2nya ini rahsianya.. heheh
ReplyDeletebagus2 sekurang2nya biarlah apa yang kita tonton itu memberi manfaat kan, dan bukan sekadar hiburan yang melekakan..