Yang sama-sama ingin belajar

Monday, August 23, 2010

Asas Bahasa Jepun : Tulisan Hiragana


Salam semua,

Hari ini kita teruskan dengan pembelajaran tulisan bahasa Jepun yang utama iaitu tulisan Hiragana. Di bawah ini adalah senarai huruf2 yang terdapat di dalam tulisan Hiragana ini.

Setiap huruf mewaikili satu sukukata dan jumlah kesemuanya adalah 46 huruf dan perlu dihafal semuanya jika ingin menguasai bahasa Jepun. Nampak seperti susah, tapi sebenarnya taklah sesusah mana pun, kerana bunyi setiap sukukata adalah mudah dan tidak ada bunyi2 yang lidah melayu/malaysia kita tidak biasa sebut seperti di dalam Bahasa Korea.

Kalau ada yang sedikit istimewa pun hanyalah pada bunyi huruf2 di bawah.

1. を - dibunyikan sebagai 'wo' atau 'o' (bunyi yang sama dengan お )

2. ち - dibunyikan sebagai 'chi' dan bukan 'ti' walaupun berada di dalam baris sukukata 'T'

3. つ - dibunyikan sebagai 'tsu' (perlu dibezakan dengan す yang berbunyi 'su')

4. ん - dibunyikan 'n' atau didengari sebagai 'ng' jika letaknya di hujung perkataan.

Selain 46 huruf asas di atas, ada beberapa set huruf2 ini yang boleh diletakkan tanda dua calit di bahagian atas kanan untuk membentuk bunyi sukukata yang baru. Sila rujuk jadual di bawah agar lebih jelas.


Di sini ada beberapa huruf yang bunyinya sedikit berbeza.

1. じ - dibunyikan sebagai 'ji' walaupun berada di dalam baris 'z'

2. ぢ - dibunyikan sebagai 'ji' sama seperti じ tapi sangat jarang digunakan jadi tak perlu risau.

3. づ - dibunyikan sebagai 'tzu' dan boleh keliru dengan ず (zu).


Selain ini juga, sedikit kombinasi di antara huruf tertentu dengan huruf2 や(ya), ゆ(yu), dan よ(yo) [yang ditulis lebih kecil di tepinya] akan membentuk sukukata lain seperti di bawah ini.



Hanya sedikit saja perkara yang perlu diberi perhatian di sini;

1. Sebutan baris しゃ adalah berbunyi 'sha' dan bukan 'sia'.
2. Sebutan baris じゃ adalah berbunyi 'ja' dan bukan 'jia'.

Pada pendapat saya ianya tidaklah susah untuk kita mengingati kesemua huruf Hiragana ini. Apa yang perlu kita lakukan adalah menyediakan beberapa keping kertas dan tulis semua huruf2 ini di atas kertas tersebut satu persatu sehingga kita hafal kesemuanya.

Tentang cara menulisnya, kita boleh rujuk video Youtube di bawah ini atau cari video2 lain yang berkaitan (ada banyak di youtube) :


Yang penting di sini adalah untuk mengikut stroke yang betul apabila menulis huruf2 ini. Bila dah biasa dengan stroke itu kelak kita boleh menulis dengan laju namun masih boleh difahami walaupun tulisan kita serabut :p

Baiklah, agak panjang pula perkongsian saya kali ini. Sila berlatih dahulu tulisan Hiragana ini sehingga lancar sebelum kita mulakan dengan pembelajaran lain kerana kita tidak akan menggunakan tulisan rumi untuk pembelajaran2 selepas ini (hehe kasi ugut sikit baru gerak..). Ala, gurau saja. Awal2 ni saya bubuhla rumi di mana yang perlu ok.

Oh ya, lepas ini ada tulisan Katakana pulak. Belum masuk Kanji lagi ni.. Agak2 semangat masih ada tak ni? Janganlah patah semangat ya. InsyaAllah kalau ada kemahuan, kita akan boleh kuasai apa sahaja ilmu yang kita mahu.

Ok, sampai di sini saja dahulu. Jumpa lagi di lain kali. Selamat berlatih! Mata ne! (Jumpa lagi!)

Wassalam.

8 comments:

  1. ..terima kasih atas perkongsi ilmu..sgat berterima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  2. sama-sama. moga cekal dan terus gigih belajar ya :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih. perkongsian yg sgt berguna.. bleh xmntak izin nk print ???

    ReplyDelete
  4. sama-sama. boleh, silakanlah selagi bukan untuk tujuan penerbitan.. :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih,nampak senang nk ingat tpi bila nk tulis asyik pikir 'betul ke macam ni hurufnye,nampak mcm lain' hahahah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. tips daripada saya, tulis banyak kali sampai penuh kertas, nanti tangan akan ingat macam mana nak tulis. selamat mancuba! :)

      Delete
  6. thanks..banyak membantu saya..

    ReplyDelete
  7. terima kasih...ia bnyk membantu saya mengenali huruf hiragana

    ReplyDelete