Yang sama-sama ingin belajar

Thursday, October 28, 2010

B.K & B.J : Past Tense

Salam semua,

Maaflah sudah seminggu tidak bertemu. Di dalam entri kali ini saya ingin berkongsi tentang tatabahasa pula iaitu tentang past tense. Apa ya di dalam BM? Tensa lepas? Macam pelik saja bunyinya. Mungkin sebab tak ada konsep tense di dalam BM? Maafkan kekhilafan saya ya.

Mengapa kita belajar past tense dulu dan bukan present tense? Sebab selama ini contoh2 ayat saya di dalam present tense, so kiranya dah belajar lah secara tak langsung sebenarnya.

Untuk permulaan, kita lihat contoh ayat penyata tanpa kata kerja dahulu.

Present tense :

Hari ini hari Khamis.

今日(きょう)は 木曜日(もくようび)です。
(kyou wa mokuyoubi desu)

오늘은 목요일이에요.
(oneul-en mok-yo-il ieyo)

Di sini penghujung ~です dan ~이에요 menunjukkan present tense. Mari bandingkan dengan past tense.

Past tense :

Semalam adalah harijadi saya.

昨日(きのう)は 私(わたし)の 誕生日(たんじょうび)でした。
(kinou wa watashi no tanjoubi deshita*) * tulis 'deshita' baca sebagai 'deshta' ya

어제는 나의 생일(이었)였어요.
(ojey neun na-e seng-il (i-oss*)yoss-oyo) * dua2 pun boleh sama je bunyinya pun

Di sini kita lihat penghujung ayat sudah berubah.

BJ : Penghujung ~です (~desu) berubah menjadi ~でした (~deshita).
BK : Penghujung ~이에요 (~ieyo) berubah menjadi ~이었어요 (~iossoyo) atau ~였어요(~yossoyo).

Senang saja kan? Mari lihat beberapa contoh yang lain.

"Ya, yang tadi itu dia."

"はい、さっきは彼(かれ)でした."
(hait, sakki wa kare deshita)

"조금 전은 그(이었)였어요."
(jo-geum jon-eun keu (ioss)yoss-oyo)


"Semuanya adalah penipuan."

"すべて 嘘(うそ)でした."
(subete uso deshita)

"다거짓말(이었)였어요."
(ta kojimmal ioss/yoss -oyo)


Baiklah itu sahaja untuk kali ini. Selepas ini kita lihat bentuk past tense untuk ayat negatif pula ya. Ok, selamat berlatih semua. Jumpa lagi. またね。안녕!


perbendaharaan kata :

hari ini : 今日(きょう): 오늘 (o-neul)
khamis : 木曜日(もくようび): 목요일 (mok-yo-il)
semalam : 昨日(きのう): 어제 (o-jey)
saya punya : 私(わたし)の : 나의 (na-e)
harijadi : 誕生日(たんじょうび): 생일 (seng-il)
tipu/penipuan : 嘘(うそ): 거짓말 (kojimmal)
semuanya : すべて : 다 (ta)
tadi : さっき : 조금 전 (jo-geum jon)


Saturday, October 16, 2010

B.Jepun : Ayat Negatif




Salam semua,

Hari ini juga saya akan berkongsi pelajaran bahasa jepun. Bahasa Jepun lagi.. Asik bahasa jepun saja, bila nak belajar bahasa korea pula? Sebab kita mula belajar bahasa jepun lebih lambat dari bahasa korea, maka kita sebenarnya ketinggalan. Oleh itu saya cuba kejar secepat yang boleh. Bagi peminat drama korea, harap bersabar ya. Eh, drama korea pulak.. bahasa korea :p ( sapa tengok drama my girlfriend is a gumiho?)

Baiklah kembali ke topik asal, hari ini kita belajar ayat negatif. Ya, tidak. Maksud saya, ya, kita akan belajar untuk berkata 'tidak' di dalam bahasa Jepun. Seperti biasa, pelajaran ini untuk bahasa korea sudah pun saya kongsikan di sini. Boleh lah rujuk untuk ulangkaji.

Perkataan 'tidak' di dalam bahasa jepun adalah いいえ (dieja iie disebut iiyek). Oh ya, sudahkah saya beritahu yang bunyi え adalah 'e' dengan sebutan 'e taling' seperti di dalam perkataan 'bola sepak'. Bahasa jepun tiada sebutan 'e pepet', maka sila hati-hati ya.

Untuk menyatakan negatif di dalam bahasa jepun adalah mudah. Hanya perlu sedikit penukaran di penghujung ayat. Secara asasnya ada 2 jenis. Mari kita lihat satu persatu.

1. Yang pertama, jika hujungnya ~です(~desu)、maka kita tukarkan jadi ~ではありません (~de-wa arimasen). Biasanya selepas kata nama.

Contoh ayat :

(+ve)
Saya kaya.
私(わたし*)は金持ち(かねもち)です。(watashi-wa kanemochi desu)
*yang di dalam ( ) tu saya tulis cara baca huruf kanji di dalam hiragana :)

(-ve)
Tidak, saya tidak kaya.
いいえ、私は金持ち ではありません。(iiyek, watashi-wa kanemochi de-wa arimasen)

Ingatlah, penghujung '~desu' adalah untuk ayat positif dan penghujung '~dewa arimasen' adalah untuk ayat negatif. Dan kita boleh letak 'iiyek' mahupun tidak di hadapan, bergantung kepada situasi ayat.

Mari lihat beberapa contoh lagi :

Tidak, bukan saya.
いいえ、私ではありません。(iiyek, watashi dewa arimasen)

Dia bukan pelajar.
彼(かれ)は 学生(がくせい)ではありません。(kare-wa gakusei dewa arimasen)

Itu bukan kereta. Itu bas.
あれは 車(くるま)ではありません。あれはバスです。(are-wa kuruma dewa arimasen. are-wa basu des)


2. Yang kedua, jika hujungnya ~ます、(~masu), kita tukarkan kepada ~ません (~masen). Ini kebiasaannya ada pada penghujung ayat dengan kata kerja.

Contoh :

(+ve)
Saya pergi.
私(わたし)は 行きます(いきます)。(watashi-wa ikimasu) *disebut 'ikimas'

(-ve)
Saya tak pergi.
私は行きません。(watashi-wa ikimasen)

Mudah kan? Mari lihat beberapa contoh lain.

Dia tak datang.
彼(かれ)は 来ません(きません)。(kare wa kimasen)

Ayah tak makan.
お父さん(おとうさん)は 食べません(たべません)。(otousan wa tabemasen)

Azman tak tidur.
アズマンさんは 寝ません(ねません)。( azman-san wa nemasen)


Begitulah caranya untuk membuat ayat negatif di dalam bahasa Jepun. Mudah kan? Namun begitu ini adalah untuk bentuk formal '~masu' dan '~desu'. Untuk bentuk tak formal saya akan kongsikan di entri yang lain saja. Yang itu pun tak susah, cuma saya tak mahu lambakkan sekali banyak pelajaran pada satu masa.

Saya harap anda janganlah berasa 'overwhelmed' dengan pelajaran hari ini dengan segala jenis tulisan dan contoh2 ayatnya ini. Bacalah perlahan-lahan sedikit demi sedikit. Ilmu itu perlu masa untuk dicerna. Insya-Allah kita akan dapat kuasainya satu hari nanti.

Baiklah, sehingga bertemu di entri seterusnya. Mata-ne!


Perkataan hari ini :
1. kaya = 金持ち(かねもち)= 부자 (puja)
2. bas = バス(ばす)= 버스 (boseu)
3. pergi (kata kerja) = 行きます(いきます)=가요 (kayo)
4. makan (k.kerja) = 食べます(たべます)=먹어요 (mogoyo)
5. datang = 来ます(きます)=와요 (wayo)
6. tidur =寝ます(ねます)=자요 (jayo)
7. ayah = お父さん(おとうさん)=아버지 (aboji)

Sunday, October 10, 2010

Tatabahasa Asas B.Jepun : Partikel は (wa)

Salam semua,

Kita bertemu lagi di episod baru pelajaran bahasa jepun. Macam episod drama pulak ya. Di dalam entri kali ini saya ingin perkenalkan tentang partikel. Seperti di dalam bahasa Korea, bahasa Jepun juga punyai partikel2 di dalam ayatnya. Penggunaannya sama dengan bahasa Korea, iaitu untuk menanda subjek, objek mahupun predikat.

Partikel yang ingin saya perkenalkan hari ini adalah partikel は yang dibaca 'wa' walaupun huruf itu adalah huruf 'ha'. Fungsi partikel ini serupa dengan partikel 는 (neun) di dalam bahasa Korea. Bagi yang sudah terlupa, boleh rujuk entri tersebut di sini.

Secara asasnya partikel はdigunakan untuk menandakan subjek seperti di bawah.

subjek + は + predikat + です。

です (dibaca 'des') di sini hanyalah pengakhir ayat penyata positif dan digunakan selepas apa saja kecuali kata kerja. Ianya serupa dengan 입니다 / 이에요 (imnida/ieyo) di dalam bahasa korea. Mari lihat contoh.

私は学生です。(watashi wa gakusei desu)
Saya adalah pelajar.
저는학생이에요. (cho neun hak-seng ieyo)

Senang kan? Bila sesuatu kata nama atau frasa diikuti dengan partikel ini, ia bermaksud yang itu adalah subjek yang ingin diperkenalkan atau diterangkan di dalam ayat tersebut. Namun begitu di dalam ayat seterusnya, ada kemungkinan subjek tidak akan disebut lagi. Mari lihat di bawah.

私はアブです。学生です。マレーシア人です。
(watashi wa Abu desu. gakusei desu. malaysia-jin desu)

Saya adalah Abu. (Saya) Pelajar. (Saya) Orang Malaysia.

저는아부입니다.학생입니다. 말레이시아사람입니다.
(cho-neun Abu imnida. hak-seng imnida. malaysia saram imnida.)

Di dalam contoh di atas, pada ayat pertama kita tahu yang subjek yang hendak diperkatakan adalah watashi (saya) dan disebabkan itu, ianya tidak perlu diulang2 lagi di dalam ayat2 seterusnya.

Mari kita lihat contoh2 penggunaan yang lain.

Hari ini panas.
今日は暑いです。(kyou-wa atsui desu)
오늘은더워요. (oneur-en towo yo)

Kereta itu mahal.
あの車は高いです。(ano kuruma wa takai desu)
그자동차는비싸요. (keu jadongcha neun pissa yo)

Dia (perempuan) sangat cantik.
彼女はとてもきれいです。 (kanojo wa totemo kirei desu)
그녀는정말예쁘다.(keu-nyo neun chongmal yeppuda.)

Di samping belajar partikel, contoh2 ayat ini juga boleh membiasakan kita dengan struktur ayat dan juga perkataan2 baru.

Baiklah setakat itu saja untuk kali ini. Sehingga entri seterusnya ya.

Mata-ne!

perkataan baru :
今日(きょう)= hari ini = 오늘
暑い(あつい) = panas = 더워
車(くるま)= kereta = 자동차
高い(たかい)= mahal/tinggi = 비싸다
彼女(かのじょ)= dia(perempuan) = 그녀
きれい = cantik = 예뿌다
とても = sangat = 정말

Tuesday, October 05, 2010

B.Jepun : Kenapa Guna Tulisan yang Berbeza

Salam semua,

Selamat bertemu lagi. Hari ini adalah sedikit lanjutan daripada entri yang lepas. Saya ingin tambah sedikit tentang penggunaan tulisan di dalam contoh2 ayat yang digunakan. Saya pasti anda perasan di dalam kedua2 contoh ayat yang diberikan, ada 3 jenis tulisan jepun digunakan. Mari kita teliti semula.

Contoh ayat :

私はアブです。

私 : watashi (tulisan kanji)
アブ : Abu (tulisan katakana)
は, です : ha(dibaca wa), desu (tulisan hiragana)

Kenapa campur2 ni? Peninglah kepala.

Sebenarnya campur2 ni membuatkannya lebih mudah difahami. Ini adalah kerana kita tahu apa yang hendak dibaca sekali imbas. Cuba saya tulis seluruhnya dengan Hiragana.

わたしはあぶです。(watashi-wa Abu desu)

Ok mungkin ayat sepotong sebegini masih mudah difahami. Namun cuba bayangkan seperenggan penuh dengan tulisan Hiragana seperti di atas. Kemudian bayangkan semuka penuh. Cukup dua muka mungkin mata akan berpinar.

Kenapa keliru? Sebab utamanya adalah kerana ujudnya perkataan sama yang mempunyai banyak maksud. Contohnya perkataan 'watashi' di atas, selain membawa makna 'saya' ia juga boleh membawa makna 'serah'. Begitu juga dengan 'Abu' yang juga adalah nama sejenis lalat.

Oleh tu untuk membezakannya dan memudahkan pembacaan, maka perkataan2 ini ditulis di dalam Kanji mahupun di dalam Katakana seperti di bawah :

わたし (H'gana): 'watashi' (makna mengikut konteks ayat)
私 (Kanji) : watashi = saya
渡し ( Kanji) : watashi = serah

あぶ (H'gana) : 'abu' (makna mengikut konteks ayat)
アブ (K'kana) : Abu (nama orang)
虻 (Kanji) : abu (nama sejenis lalat)

Sekarang makna perkataan menjadi lebih jelas kerana terdapat tulisan yang spesifik mewakili makna yang spesifik. Cuma kelemahan sistem sebegini adalah pengguna bahasa Jepun perlu menghafal sejumlah karakter2 Kanji beserta cara bacaannya untuk dapat menggunakannya dengan betul. Terus terang saya juga masih tidak mahir di dalam menulis Kanji. Lagilah dengan ada teknologi menaip, memang mudah lupa kalau tak ditulis selalu. Membaca masih ok lagi, itupun ada juga karakter yang saya faham maknanya tapi tak reti nak baca.

Buat masa ini saya tidak akan berkongsi pelajaran menulis Kanji kerana ianya sukar diajar secara online begini. Mungkin anda boleh cari video2 tutorial di dalam youtube jika ingin belajar lanjut tentang cara2 menulis Kanji dengan strok2 yang betul. Namun saya tetap akan menggunakan Kanji di dalam contoh2 ayat dengan memberi cara bacaannya sekali. Lama2 kelamaan insyaAllah dapat juga kita hafal serba sedikit karakter2 yang selalu digunakan walaupun di dalam tulisan Kanji.

Baiklah, itu sahaja dari saya untuk hari ini. Jika ada apa2 kemusykilan bolehlah kemukakan di ruangan komen ya. Terima kasih!

Mata ne!



Friday, October 01, 2010

Bahasa Jepun : Struktur ayat asas

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi tentang struktur ayat asas di dalam bahasa jepun. Bahasa Jepun lagi? Asik2 bahasa jepun saja, bila nak sambung belajar bahasa korea pulak? Maaflah ya kepada yang lama menunggu, kali ini masih bahasa jepun, namun saya akan cuba kaitkan dengan bahasa korea ya.

Ok secara asasnya struktur bahasa jepun dan bahasa korea adalah serupa. Bagi yang belum tahu struktur bahasa korea, boleh rujuk di sini untuk entri awal2 dahulu ya.

Jika sudah baca entri yang saya rujukkan di atas ni, maka tak perlulah saya terangkan secara panjang lebar ya. Secara asasnya struktur ayat bahasa jepun terbalik berbanding bahasa melayu seperti di bawah;


subjek + objek + kata kerja


Kita teruskan dengan contoh.

Contoh 1 :

BM : Saya (adalah) Abu. subjek + kata kerja + objek

BJ : 私はアブです。(watashi-wa Abu desu) subjek + objek + kata kerja

BK : 저는 아부 예요. (chonen Abu yeyo)

* watashi = saya

Mungkin contoh pertama ni tak nampak sangat bezanya. Mari kita lihat contoh kedua pula.


Contoh 2 :

BM : Abu pergi sekolah.

BJ : アブさんは学校へ行きます。(Abu-san wa gakkou he ikimasu)

BK : 아부시는학교에가요. (Abu-shi neun haggyo e kayo)

* sekolah = gakkou = haggyo
* pergi = ikimasu = kayo

Ok rasanya jelas kan keterbalikan struktur ayatnya. Dan kita juga boleh lihat keserupaan di dalam struktur ayat bahasa jepun dan korea. Macam tukar perkataan saja. Perkataan pun dekat-dekat juga bunyinya. Ya secara asasnya begitu, namun tetap ada perbezaan2nya yang tersendiri.

Mari lihat lagi satu contoh.

BM : Dia makan nasi.

BJ : 彼はご飯を食べます。(Kare-wa gohan wo tabemasu)

BK : 그는밥을먹어요. (keu-nen pap el mogoyo)

* dia = kare = keu
* makan = tabemasu = mogoyo
* nasi = gohan = pap

Jelas tak? Jika masih tak jelas, sila beritahu ya. Jika sudah jelas pun kalau nak beritahu apa salahnya. Penat cakap sorang2 di dalam blog ini. Oh ya, kalau rasa pelik melihat tulisan jepun yang pelbagai jenis di dalam ayat2 contoh di atas, saya akan terangkan lebih lanjut di entri seterusnya.

Baiklah setakat itu saja untuk kali ini. Kita jumpa lagi di entri hadapan.

Mata ne!