Yang sama-sama ingin belajar

Saturday, July 03, 2010

Kata ganti nama

Salam semua,

Hari ini saya nak berkongsi tentang kata ganti nama.

Rasanya secara tak langsung saya dah pun perkenalkan beberapa kata ganti nama di dalam entri-entri sebelum ini. Kali ini saja je nak sentuh secara khas tentang topik ini.

Seperti bahasa-bahasa lain juga, bahasa Korea ada 3 jenis kata ganti nama, iaitu pertama, kedua dan ketiga. Mari lihat di bawah.

1. Kata ganti nama pertama.
Saya : Cho (저)
Aku : Na (나)

2. Kata ganti nama kedua.
Awak : Tangsin (당신)
Kau : No (너)

3. Kata ganti nama ketiga.
Dia (lelaki) : Ke (그)
Dia (wanita) : Kenyo (그녀)
Mereka (lelaki) : Ke-del (그들)
(wanita) : Kenyo-del (그녀들)


Kalau selalu menonton drama Korea, cuba perhatikan permulaan ayat, pasti akan perasan ada dialog2 yang bermula dengan 'Na' atau 'No' yang bermaksud 'aku' atau 'kau'. Kedua ini selalu digunakan sesama rakan-rakan.

Untuk 'cho' dan 'tangsin' pula, digunakan terhadap orang yang lebih tua atau yang belum kenal rapat.

Untuk kata ganti diri ke-3, adalah lebih sopan menyebut nama orang ke3 itu berbanding menggunakan 'ke' atau 'kenyo'. Kedua2 ini lebih meluas digunakan di dalam bahasa pasar.

Kenapa asik-asik ada bahasa sopan dan pasar? Ya, seperti bahasa2 lain, bahasa korea ada beberapa tahap kesopanan bahasa, tapi memadailah untuk kita mengetahui dua tahap saja. Selepas-selepas ini kita akan selalu jumpa pemisahan dua tahap bahasa in iaitu bahasa sopan dan bahasa pasar.

Ok setakat ini saja dahulu. Maaf kerana dah beberapa hari tak post, ada masalah kesihatan sikit. InsyaAllah saya cuba post lebih kerap lagi.

Selamat berlatih!

Perkataan hari ini :

Bahasa sopan : 존뎃말 (chon-den-mal)
Bahasa pasar : 반말 (pan-mal)


7 comments:

  1. terima kasih Nadd!post lg byk2..mau belajar ni..hehe

    ReplyDelete
  2. sama2, kalau ada apa2 nak dikongsikan, silalah juga ya..

    ReplyDelete
  3. nak tumpang tnya...you will be blesssed dlm bahasa pasar korea ap ya..kamsahabnida~~~(^_^)

    ReplyDelete
  4. you will be blessed ni dalam konteks yg macam mana ya? 'semoga anda dirahmati' macam mendoakan begitu ke?

    ReplyDelete
  5. ap perkataaan syasya faseha dlm bhasa korea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. er.. saya taktau betul ke tidak.. saya cuba tulis ya..

      샤샤 파새하 (Sya-sya Pa-sae-ha)

      tak ada huruf F dlm korean.. kena pakai P atau HW.. :)

      Delete