Sesudah kita belajar huruf dan beberapa struktur ayat serta contoh-contoh ayat, kini saya rasa kita sudah boleh membuat ayat-ayat mudah di dalam bahasa Korea.
Oleh itu, mari kita cuba dengan perkara yang paling asas, iaitu dengan memperkenalkan diri kita di dalam bahasa korea.
Hello!
안녕하세요!
an-nyong haseyo!
Saya John.
저는전입니다.
cho-nen John im-nida.
Saya orang Malaysia.
말레이시아사람입니다.
Malaysia sa-ram im-nida.
Gembira dapat bertemu!"
만나서반갑습니다!
man-na-so pan-gap-sum-nida!
Begitulah kiranya cara memperkenalkan diri. Oh ya! Mengapa semua ayat di atas pakai versi ham-nida dan bukan he-yo seperti yang kita belajar selama ini?!
Saja je supaya kita boleh cepat menyesuaikan diri dengan kedua-dua jenis bentuk ini. Jika diteliti, perbezaannya hanya di hujung ayat sahaja.
Baiklah, biar saya tulis juga dengan bentuk he-yo untuk perbandingan.
Saya John.
저는전이에요.
chonen John ieyo.
Saya orang Malaysia.
말레이시아사람이에요.
Malaysia saram ieyo.
Gembira bertemu awak!
만나서반가워요!
man-na-so pan-ga-wo-yo!
Ok ada perbezaan yang perlu dipelajari apabila menggunakan bentuk he-yo dan ham-nida apabila ayat yang dibuat mengandungi kata kerja seperti ayat terakhir di atas. Ini akan dibincangkan kelak ya!
Buat masa ini, selamat berlatih!
Perkataan hari ini :
jumpa : 만나다 (man-na-da)
gembira : 반갑다 (pan-gap-ta)
No comments:
Post a Comment