Yang sama-sama ingin belajar

Thursday, December 30, 2010

Belajar Bahasa Korea dengan lebih cepat!


Imej dari sini.


Salam semua,

Saya berterima kasih di atas kesudian anda semua menjengah ke sini dan bersama2 saya mempelajari Bahasa Korea dan Bahasa Jepun.

Namun begitu saya pasti ada di antara anda merasakan yang pelajaran yang saya kongsikan di sini terlalu asas atau terlalu lambat perjalanannya.

Mungkin ada yang sudah berasa letih ataupun kecewa kerana rasa2nya dah banyak dah belajar, tapi kenapa bila tengok drama korea atau jepun masih tidak dapat tangkap atau tidak faham, apatah lagi untuk bertutur di dalam kedua2 bahasa ini.

Di sini saya meminta maaf kerana pace atau langkah saya memang perlahan. Saya ada sebab2 saya tersendiri.

Namun begitu, saya juga suka jika ada yang bersemangat dan ingin kuasai dengan cepat. Untuk anda yang bersemangat ini, saya rekomen anda untuk melayari satu laman bernama TalkToMeInKorean .

Saya juga belajar di sini. Laman ini ada forum, pelajaran audio beserta nota pdf , video dan macam2 lagi. Memang sangat berguna. Yang bestnya, audio dan nota2 boleh dimuat turun dan semuanya adalah percuma! Cuma ianya dalam bahasa Inggeris, tapi saya rasa tiada masalah kan dengan bahasa Inggeris.

Nanti bila dah pandai, jangan lupa pula untuk bertandang ke sini lagi sekali sekala untuk berkongsi pendapat atau idea atau apa yang telah dipelajari ke ok. Saya tetap akan teruskan pelajaran di sini dan anda sentiasa dialu2kan :)

Yang penting di sini adalah kita sama-sama maju jaya, kan?

Ok jumpa lagi.

안녕!




4 comments:

  1. salam Nad,
    sy baru je menjengah ke blog ni n terima kasih atas kesudian Nad menyebar ilmu..
    sy nak tanya sikit, ade x website untuk belajar bahasa jepun sepertimana yg Nad bagi info website untuk belajar bahasa Korea..
    sy betul2 nak mendalami bahasa jepun tapi masih tak jumpa cara yg sesuai..terima kasih..

    ReplyDelete
  2. salam pharm_chan,

    terima kasih kerana sudi berkunjung. tentang website untuk belajar bahasa jepun, buat masa ini saya tidak dapat berikan sebarang cadangan kerana saya tiada pengalaman belajar bahasa jepun melalui internet.

    walaubagaimanapun, saya cadangkan anda ke youtube dan cari video2 pelajaran bahasa jepun di sana. jika ada yang menarik perhatian, cuba lihat jika pemilik video itu ada website khusus atau tidak. Beginilah caranya saya terjumpa dengan website TTMIK di atas setelah menelaah pelbagai jenis website yang lain.

    Selamat mencuba! :)

    ReplyDelete
  3. thanks! minat sangat nak belajar bahsa korea :D
    terima kasih bnyak2 yea! selalu2 la update ek. huhu

    ReplyDelete
  4. blog ni sgt berguna n bestlahh...rajinlah update selalu ok :)
    정말 정말 감사합니다 ㅋㅋㅋ

    ReplyDelete