Foto ihsan dari sini
Salam semua,
Ada yang bertanya bagaimana nak menaip di dalam bahasa Korea atau Jepun. Dah lama saya nak berkongsi perkara ini tapi sebab takde orang tanya jadi saya rasa semua orang dah tahu hehe.
Namun begitu cara yang saya akan kongsikan ini hanyalah untuk komputer yang menggunakan Windows XP. Bagi yang menggunakan Vista atau windows 7, saya rasa konsepnya lebih kurang sama, cuma mungkin interfacenya berlainan. Coba2lah sendiri ya.
Baiklah, kita mulakan dengan settings dulu.
1. Tekan butang 'Start' dan pergi ke 'Control Panel'.
2. Buka "Regional and Language Options'.
3. Pergi ke 'Language' tab, dan pastikan kotak pada 'Install files for East Asian Languages' sudah bertanda seperti di bawah.
4. Jika belum, maka tandakannya dan klik 'OK'. Windows akan install tulisan2 yang diperlukan. Di sini ada kemungkinan Windows akan meminta anda memasukkan CD Windows XP untuk installation, sila ikut arahannya. Jika tiada CD.. kenalah cari CD Windows Installer yang bersesuaian ya.
* Biasanya Windows XP sudah pun pre-install tulisan2 ini maka secara defaultnya kotak itu akan bertanda.
5. Jika ianya sudah bertanda, maka lihat bahagian atas yang bertulis 'Text services and input languages'. Sila klik pada 'Details'.
6. Secara defaultnya anda akan nampak skrin di bawah. Sila tekan butang 'Add'.
7. Sila pilih Japanese atau Korean mengikut citarasa anda daripada drop down menu seperti di bawah. Tekan 'OK'.
8. Anda akan lihat kemunculan seperti di bawah ini. Ini bermakna anda telah berjaya! Tekan 'Apply' dan kemudian 'OK'.
* Kalau nak tambah Korean lepas pilih Japanese, tekan 'Add' sekali lagi dan tambah Korean pula.
Ok itu baru install. Sekarang cara guna pula. Cara gunanya berbeza untuk kedua2 bahasa. Saya mulakan dengan bahasa Jepun dahulu.
1. Cuba lihat di taskbar, defaultnye EN, cuba klik dan pilih JP seperti di bawah.
* Kalau tiada EN tu kat taskbar, right-click di mana2 bahagian taskbar (celah2 ikon ke jam ke), dan pilih seperti di bawah. Pastikan ada tanda pada 'Language Bar' baru dia akan muncul.
2. Apabila dah keluar JP di bawah tu, kira persediaan dah mencapai 93.51% dah ni. Sekarang tinggal nak pilih jenis tulisan saja. Macam mana nak pilih? Tekan yang huruf 'A' di sebelah JP tu (ditulis sebagai 'Input Mode' ) dan pilih 'Hiragana'. Sila lihat di bawah kalau tak faham.
3. Sila pastikan taskbar anda kelihatan seperti di bawah.
Jika ya, maka saya ucapkan tahniah! Sekarang anda sudah boleh menaip di dalam bahasa jepun.
Cuba buka apa2 fail atau website dan taip 'watashi' dan huruf yang keluar sepatutnya わたし dengan garisan di bawahnya. Tekan enter dan garisan akan hilang dan akan jadi わたしsemula.
Kalau nak tulis Kanji pula, taip 'watashi', dan akan keluar わたし , tapi kali ini tekan spacebar dan わたし itu akan bertukar menjadi 私, dan tekanlah enter untuk menetapkannya. Jika mahu pilih kanji yang lain, tekan spacebar tu dua kali dan senarai kanji akan keluar dan boleh pilih mana yang sesuai. Ingat ya Spacebar – pilih, Enter – tetapkan.
Satu tips tambahan. Selain daripada klik 'input mode' dan pilih 'hiragana' seperti yang saya tunjukkan di atas, anda juga boleh gunakan hotkeys Left Alt + [~] untuk switching antara 'hiragana' dan 'direct input' (rumi). Lebih pantas :) Ok itu saja. がんばってください!
Dan sekarang untuk bahasa Korea pula.
1. Sila rujuk langkah no 1 di atas, dan pilih KO seperti rajah di bawah.
2. Taskbar anda akan kelihatan seperti di bawah.
3. Untuk menukar tulisan daripada rumi ke hangul, tekan butang Right-Alt.
Sekarang anda boleh cuba taip di dalam bahasa Korea. Namun begitu, ianya masih belum mencukupi.
Kalau bahasa Jepun, kita boleh eja saja 'watashi' atau 'aishiteru' dengan papan kekunci kita, namun untuk bahasa Korea, layout bagi papan kekuncinya berbeza.
Dan tiada cara lain (setakat ini) selain menghafal dari ㅂ sampai ㅡ (hujung ke hujunglah).
Saya terangkan secara ultra-ringkas ya. Kalau nak penerangan lanjut rajin2lah google sendiri :p
Layout papan kekunci Korea seperti di bawah.
Ihsan dari sini
Cara menaipnya ;
- Tangan kiri jaga belah kiri iaitu huruf konsonan dan tangan kanan jaga belah kanan iaitu vowel.
- Menaip mesti dengan rentak kiri-kanan-kiri-kanan.. kerana ejaan hangul mesti dengan konsonan-vowel-konsonan-vowel.
- Kalau sukukata dengan 3 huruf seperti 안녕, taip ㅇ ,ㅏ, ㄴ dan teruskan saja dengan ㄴ, ㅕ, ㅇ, dan tekan spacebar untuk tetapkan.
Menaip di dalam bahasa korea perlu belajar dan berlatih dan mengambil masa. Jangan pula anda expect hari ini juga boleh master. Berlatihlah perlahan2 ya. Lama2 nanti biasalah.
Tips menaip di dalam bahasa Korea : Sila google 'korean typing practice' dan anda akan jumpa website2 di mana kita boleh berlatih menaip. Sebagai contoh
dan penerangannya boleh didapati di sini.
Ini salah satu contoh saja. Cubalah cari yang mana sesuai dengan diri anda ya.
Oklah selamat berlatih!
Sampai jumpa lagi! 안녕!
またね!
* kalau ada yang dah boleh, silalah tinggalkan komen sikit barang sepatah dua di bawah ya ;)
Salam.
ReplyDeleteLau kite tak setting yg ni dulu, ade kaitan ke kt browser? mksud sy mcm mozilla firefox,google chrome. bila kite search web or blog yg ade tulisan korea/jepun, tulisan tu tak bole read. just kuar simbol2 lain. Macam mane ye? da setting kt tools tp still tak bole read jugak. Help me! =(
salam Qema..
ReplyDeleteuntuk paparkan japanese characters pada browser, boleh pergi ke (chrome) tools -> encoding, dan pilih salah satu daripada pilihan japanese (shift-jis atau euc-jp)..
kebanyakan website sekarang dah pakai standard character encoding iaitu utf-8, so kebanyakannya akan paparkan dengan betul.. tp pasti masih ada yg terkecuali kan.. cubalah dulu ya..
salam....
ReplyDeleteboleh tak terangkan lagi mcm mana nak menaip b.korea ? atau ada mana mana web blh d suggestkan ? help me please ! tq :))
w'salam Azah,
ReplyDeletepenerangan yang bagaimana yg saudari perlukan ya?
jikalau saudari sudah boleh hasilkan huruf2 ㅁㄴㅇㄴㅇ dengan keyboard, maka saudari sudah boleh mula menaip.
yang tinggal hanya berlatih menaip dan website yg saya beri di atas iaitu http://www.yamtaja.com/typing/hangultyping.html
ada beberapa latihan menaip yang boleh dilakukan. (pakai IE sbg browser sbb entah knp browser lain takleh nampak javascriptnya).