Yang sama-sama ingin belajar

Tuesday, December 21, 2010

Keputusan Pengundian

Imej dari sini


Salam semua,

Terima kasih kepada yang telah meluangkan masa mengundi. Keputusan pengundian adalah seperti di bawah :

Senang dan mudah difahami.
3 (30%)
Perlu baca beberapa kali baru faham.
4 (40%)
Agak susah difahami, perlu dipermudah lagi.
2 (20%)
Tak faham langsung.
0 (0%)
Keliru mana satu Jepun mana satu Korea
1 (10%)

Memang memberangsangkan. Tapi tak kisahlah. Asalkan ada yang beri feedback pun saya dah berterima kasih.

Ok kalau mengikut keputusan di atas, saya pun tak pasti apa yang boleh saya simpulkan. Kalau beri pada pelajar UPSR suruh buat rumusan pun pening kepala mereka nak buat kesimpulan. Mungkin poll saya sendiri yang mengelirukan kot. Kesimpulan mudah daripada saya, pelajaran2 yang saya kongsikan boleh difahami sebab ditulis di dalam bahasa Melayu, namun isinya sedikit sukar difahami kerana ada tulisan2 bahasa lain di situ.

Saya pun tak pasti lagi bagaimana untuk menambahbaik (perkataan ni macam popular pulak baru2 ni kan) pelajaran2 di blog ini, namun dari semasa ke semasa saya akan cuba memperbaiki ke arah yang lebih mudah tapi berkesan. Ya, kata kuncinya mudah tapi berkesan.

Saya juga terima jika ada sebarang cadangan. Pandangan dari pasang mata yang lain pastinya akan dapat melihat apa yang saya tidak nampak selama ini. Moga kita sama2 dapat manfaat daripada perkongsian ilmu ini, insyaAllah.

Oklah takat ini saja. Jumpa di entri selepas ini ya. またね!

No comments:

Post a Comment