Yang sama-sama ingin belajar

Thursday, December 23, 2010

B.J : Partikel Penunjuk Arah へ (he)


Imej dari sini


Salam semua,

Hari ini mari kita belajar pasal partikel へ (he).

Partikel へ ini digunakan untuk menunjukkan arah.

Di dalam Bahasa Melayu bolehlah disamakan dengan penunjuk arah 'ke'.

Juga kerap disebut dengan bunyi 'e' atau 'ek' saja, mungkin kerana nak cepat.

Digunakan bersama-sama kata kerja yang mempunyai arah (pergi, datang, pandang, lompat dsb)

Mari lihat contoh :

Saya pergi ke kedai.

私は店(みせ)へ行きます。(watashi wa mise ek ikimasu)

Dia sudah balik ke kampung.

彼(かれ)はもう田舎(いなか)へ帰りました(かえりました)。
(kare wa mou inaka e kaerimashita)

Tengok ke sini!

こっちへ見て(みて)!(kocchi he mite!)


Senang saja kan.

Ok itu saja untuk hari ini.

またね!

Perbendaharaan kata :

kedai = 店(みせ)
kampung = 田舎(いなか)
lihat/pandang/tengok = 見る(みる)

3 comments:

  1. kalau HE bagaimana pula dengan GA & WA. saya kurang faham..

    ReplyDelete
  2. Salam.boleh x share pggunaan partikel goro dan gurai.?

    ReplyDelete
  3. Pink Bunny : HE adalah partikel penunjuk arah manakala GA dan WA pula adalah partikel berkaitan subjek dan predikat.
    Buleh rujuk di :
    http://blogbelajarbahasa.blogspot.com/2010/11/tatabahasa-asas-bjepun-partikel-ga.html
    dan
    http://blogbelajarbahasa.blogspot.com/2010/10/tatabahasa-asas-bjepun-partikel-wa.html

    Tinta Zanky :
    w'salam.. Tentang goro dan gurai, secara mudahnya Goro digunakan untuk menunjukkan waktu dan gurai digunakan untuk menunjukkan jangkawaktu..
    InsyaAllah saya akan jelaskan lebih lagi pada entri selepas ini :)

    ReplyDelete