Yang sama-sama ingin belajar

Sunday, October 10, 2010

Tatabahasa Asas B.Jepun : Partikel は (wa)

Salam semua,

Kita bertemu lagi di episod baru pelajaran bahasa jepun. Macam episod drama pulak ya. Di dalam entri kali ini saya ingin perkenalkan tentang partikel. Seperti di dalam bahasa Korea, bahasa Jepun juga punyai partikel2 di dalam ayatnya. Penggunaannya sama dengan bahasa Korea, iaitu untuk menanda subjek, objek mahupun predikat.

Partikel yang ingin saya perkenalkan hari ini adalah partikel は yang dibaca 'wa' walaupun huruf itu adalah huruf 'ha'. Fungsi partikel ini serupa dengan partikel 는 (neun) di dalam bahasa Korea. Bagi yang sudah terlupa, boleh rujuk entri tersebut di sini.

Secara asasnya partikel はdigunakan untuk menandakan subjek seperti di bawah.

subjek + は + predikat + です。

です (dibaca 'des') di sini hanyalah pengakhir ayat penyata positif dan digunakan selepas apa saja kecuali kata kerja. Ianya serupa dengan 입니다 / 이에요 (imnida/ieyo) di dalam bahasa korea. Mari lihat contoh.

私は学生です。(watashi wa gakusei desu)
Saya adalah pelajar.
저는학생이에요. (cho neun hak-seng ieyo)

Senang kan? Bila sesuatu kata nama atau frasa diikuti dengan partikel ini, ia bermaksud yang itu adalah subjek yang ingin diperkenalkan atau diterangkan di dalam ayat tersebut. Namun begitu di dalam ayat seterusnya, ada kemungkinan subjek tidak akan disebut lagi. Mari lihat di bawah.

私はアブです。学生です。マレーシア人です。
(watashi wa Abu desu. gakusei desu. malaysia-jin desu)

Saya adalah Abu. (Saya) Pelajar. (Saya) Orang Malaysia.

저는아부입니다.학생입니다. 말레이시아사람입니다.
(cho-neun Abu imnida. hak-seng imnida. malaysia saram imnida.)

Di dalam contoh di atas, pada ayat pertama kita tahu yang subjek yang hendak diperkatakan adalah watashi (saya) dan disebabkan itu, ianya tidak perlu diulang2 lagi di dalam ayat2 seterusnya.

Mari kita lihat contoh2 penggunaan yang lain.

Hari ini panas.
今日は暑いです。(kyou-wa atsui desu)
오늘은더워요. (oneur-en towo yo)

Kereta itu mahal.
あの車は高いです。(ano kuruma wa takai desu)
그자동차는비싸요. (keu jadongcha neun pissa yo)

Dia (perempuan) sangat cantik.
彼女はとてもきれいです。 (kanojo wa totemo kirei desu)
그녀는정말예쁘다.(keu-nyo neun chongmal yeppuda.)

Di samping belajar partikel, contoh2 ayat ini juga boleh membiasakan kita dengan struktur ayat dan juga perkataan2 baru.

Baiklah setakat itu saja untuk kali ini. Sehingga entri seterusnya ya.

Mata-ne!

perkataan baru :
今日(きょう)= hari ini = 오늘
暑い(あつい) = panas = 더워
車(くるま)= kereta = 자동차
高い(たかい)= mahal/tinggi = 비싸다
彼女(かのじょ)= dia(perempuan) = 그녀
きれい = cantik = 예뿌다
とても = sangat = 정말

4 comments:

  1. Lama-lama kan ,nampak cam ulat kering hahah

    ReplyDelete
  2. Yang mana satu nampak macam ulat kering kak? B Jepun ke Korea? Sebenarnya saya pun perasan yang ianya nampak pelik bila ia bercampur2 begini di dalam satu entri. Tapi saya taktahu macam mana nak cakapnya. Gambaran ulat kering akak mungkin yang paling tepat setakat ini heheh..

    ReplyDelete