Yang sama-sama ingin belajar

Sunday, April 03, 2011

B. Korea ; Jom pergi!

Jom!


Salam semua,


안녕하세요. Apa khabar semua? Harap semua sihat2 saja sambil berehat2 di hari minggu ini.

Hari  ini mari kita belajar tentang cara mengajak di dalam bahasa korea. Minggu lepas dah di dalam belajar bahasa jepun kan? Ingat lagi tak agaknya.

Baiklah, secara asasnya, seperti di dalam bahasa jepun juga, jika kita ingin mengajak melakukan sesuatu, maka kita akan menggunakan kata kerja di dalam ayat, dan kata kerja ini yang akan mengalami perubahan di penghujungnya untuk memberikan makna mengajak di dalam ayat kita kelak.

Mari kita lihat contoh di dalam dialog di bawah.

Ramad : Dah makan?

Din : Belum makan lagi ni.

Ramad : Jom pergi restoran. 

Din : Ok. Jom pergi!

*#*#*

Ramad : 밥을 먹었어요? (pap-el mogosso-yo? )

Din : 아직도 안먹었어요. (ajik-to an-mogosso-yo)

Ramad : 레스코랑에 가자요. (reseutorang-e kaja-yo.)

Din :  네.가자요. (ne. kaja-yo)

*#*#*


Di dalam dialog di atas, kita dapat melihat perkataan 가자요 (kaja-yo) yang bermaksud 'jom pergi'.
Kita tahu yang 요 itu adalah tanda sopan, maka bentuk sebenar kata kerja 'jom pergi' adalah hanya 가자(kaja).
Di sini kita lihat perubahan pada bentuk penghujung kata kerja.
Mari lihat bezanya ya.

Pergi ke restoran.
레스코랑에 가요. (reseutorang-e ka-yo)


Jom pergi ke restoran.
레스코랑에 가자요. (reseutorang-e kaja-yo)


Ya, untuk menukar kata kerja biasa kepada ayat mengajak, hanya perlu tambahkan ~자 (~ja) di hujung kata kerja.
Mari lihat contoh-contoh lain.

Jom makan : 먹자   (moeg-ja)
Jom balik : 집에 가자   (chib-e kaja)
Jom belajar : 공부하자  (kongbu haja)
Jom tidur : 자자   (chaja)
Jom duduk : 앉자   (anja)
Jom berlatih : 연습하자  (yonseup haja)

Seperti biasa, sila tambahkan 요 (yo) di belakang perkataan2 ini jika menggunakannya dengan orang yang kita tak rapat atau yang lebih tua, atau yang kita hormati ya sebagai tanda sopan.

Baiklah, sampai di sini saja hari ini. Sampai bertemu lagi nanti.

연습 하자요! Mari berlatih!

아녕하세요.

Saturday, March 26, 2011

B. Jepun : Jom pergi!



Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi cara untuk mengajak dengan menggunakan perkataan 'Jom' atau rasminya "Mari.. " di dalam bahasa Jepun. Hm.. fikir2 balik, dari mana datangnya perkataan Jom ni ya.. hmm.

Tak kisahlah kan, asalkan tahu cara nak guna dengan betul pun dah bagus dah. Baiklah, seperti biasa,  kita mulakan dengan dialog.

#*#*

Pelajar A : Jom pergi.
Pelajar B : Pergi mana?
Pelajar A : Sekolah.
Pelajar B :  Ok, jom.

#*#*

学生A :   行きましょう。(ikimasho)
学生B  : どこへ?(doko he?)
学生A :  学校 へ。(gakko- he)
学生B :  はい、行きましょう。(hai, ikimasho-)

#$#$#

Di sini kita dapat lihat ada sedikit perubahan pada bentuk kata kerja. Perubahan ini adalah penukaran penghujung ~ます(~masu) kepada ~ましょう(~masho-).

Penghujung ~ましょう ini membawa maksud 'mari' di dalam konteks mengajak orang lain melakukan kata kerja yang disebut itu bersama-sama.

Mari lihat beberapa contoh kata kerja lain.

Mari makan : 食べましょう。(tabemasho-)
Mari duduk : 座りましょう。(suwarimasho-)
Mari balik : 帰りましょう。(kaerimasho-)
Mari tidur : 寝ましょう。(nemasho-)
Mari belajar : 勉強しましょう。(bengkyo shimasho-)
Mari berlatih : 練習しましょう。(renshu shimasho-)
Mari jumpa : 会いましょう。(aimasho-)

Ok itu saja untuk hari ini. Rajin-rajinlah berlatih setiap hari jika mahu jadi lebih bagus.
Sampai jumpa lagi!
また会いましょうね!

Friday, March 18, 2011

B. Korea : Betul ke?

 (AP Photo/Asahi Shimbun)

Salam semua,

Hari ini genap seminggu sejak gempa bumi yang melanda negara Jepun. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, kini rakyat Jepun diuji lagi dengan krisis loji nuklear yang semakin meruncing hari demi hari. Walaupun negara kita aman dan damai, saya harap kita semua tidaklah melihat kejadian ini semata-mata sebagai perkara yang berlaku pada orang lain, dan kita tidak ada kena mengena. Sebagai sesama manusia di bumi Tuhan,  sama-samalah kita berdoa agar keadaan pulih segera dan semoga semua yang terlibat tabah menghadapi dugaan Tuhan ini. 

Baiklah, kembali kita kepada pelajaran bahasa korea. Setelah kita belajar bahasa jepun untuk frasa 'betul ke?' di atas, pada hari ini mari kita belajar perkara yang sama, namun di dalam bahasa korea pula.

Mari lihat dialog di bawah.

####

Uda : Di Jepun ada gempa lagi.

Along : Betul ke?

Uda : Ya,betul.

Along : Ish, teruk tu.

#### 

Uda : 일본에서, 또, 지진 일어났어요. ( il-bon-eso, tou, ji-chin ironas-soyo)

Along : 정말요? (jeong-mal-yo?)

Uda :네,정말요. (ne, jeong-mal-yo)

Along :아이구..심했어요.. (ai-gu...shim-hes-soyo)

####


Ada beberapa cara untuk menyatakan 'betul ke?' di dalam bahasa korea. Pada saya 'jeongmal-yo?' ini adalah yang paling sederhana dan boleh digunakan di dalam kebanyakan situasi.

Antara lain adalah seperti di bawah :

Betul ke? 진짜요? (chincha-yo?) <-- digunakan dengan penuh perasaan, mungkin lebih sesuai untuk kes gempa bumi di atas.

Betul ke? 그래요? (geurae-yo?) <-- perasaannya kurang sedikit, macam ada sangsi atau tidak berapa percaya gitu

Ini tafsiran saya sajalah mengikut pengalaman cetek saya. Penggunaan yang paling sesuai adalah mengikut konteks dan keadaanlah. Mungkin anda dapat menggunakan perkataan2 ini dengan lebih sesuai lagi daripada saya.

Oklah setakat itu saja untuk kali ini. Selamat berlatih ya! Practice makes perfect!

Jumpa lagi! 안녕!

perbendaharaan kata :

jepun : 일번 (il-bon)
lagi :또 (tou)
gempa bumi : 지진(ji-chin)
berlaku/terjadi : 일어나다(ir-o-na-da)
ish/oh : 아이구(aigu)
teruk/dashyat : 심했어요 (shim-hes-soyo)