Yang sama-sama ingin belajar

Tuesday, July 27, 2010

Itu ini..

Salam semua,

Hari ini kita belajar 'itu ini' ya. Senang nak buat ayat dan nak tunjuk apa2 nanti.

Ini = 이 ( i )

Itu = 저 (jho)

Tapi biasanya 이 dan 저 ni akan dipasangkan dengan objek ketika digunakan. Contohnya seperti di bawah.

1. Apa (benda) ini?
이것은붜예요?
(i-go-seun bo-e-yo?)

Kalau selalu tengok drama korea, pasti perasan ayat di atas ni. Tapi biasanya ia lebih ringkas lagi tanpa partikel dan pengakhir -yo di hujungnya (i-go bo-ya?).

Ok maaf tersasar jap. Maksud saya, penggunaan 이 di sini akan dipasangkan dengan 거 yang bermaksud 'benda' atau 'objek'. Begitu juga dengan 저 yang akan juga dipasangkan dengan 거. Mari lihat contoh di bawah.

2. (Benda) Itu adalah kereta.
저것은차예요.
(jho-go-seun cha yeyo)

2. Ini adalah air.
이것은물입니다.
(i-go-seun mul imnida)

Ok kalau kita nak cerita pasal manusia atau perkara lain? Boleh2, gantikan saja 거 tu dengan objek lain.

3. Orang itu adalah teman wanita saya.
저사람은내여자친구입니다.
(jho saram-eun nei yojachingu imnida)

4. Rumah ini rumah dia.
이집은 그의집입니다.
(i-jhip-eun keu-i jhip imnida)

Baiklah saya rasa ini senang saja kan untuk dipelajari. Ok selamat berlatih!


perkataan hari ini :

air = 물 (mul)
rumah = 집 (jhip)
kereta = 차 (cha)

Saturday, July 24, 2010

B.Korea : Minta maaf!

Salam semua,

Hari ini kita belajar pasal ucapan maaf pula ya. Ada beberapa jenis ucapan maaf di dalam bahasa Korea bergantung kepada situasi. Mari lihat di bawah.

1. Sewaktu memohon kemaafan.
I'm sorry.
미안해요..
(mi-an-heyo..)

2. Ini pun sama macam di atas, cuma lebih sopan dan formal.
Forgive me.
죄송합니다.
(jhoi-song-hapnida) <-- kalau dengan telinga melayu, akan dengar macam chue-song-hamnida pun ada.. 

3. Yang ini pula biasanya disebut sebelum melakukan sesuatu untuk menunjukkan hormat terhadap orang lain. Contohnya sebelum nak masuk bilik guru, sebelum mencelah perbualan etc.
Excuse me.
실례합니다.
(shil-ley-hamnida)


Dan stail2 -heyo dan -hamnida di atas boleh dicampur2 mengikut kesesuaian masing2. Ok, selamat berlatih!


*pembetulan pada 31/5/2012


Thursday, July 22, 2010

Kata Kerja

Salam semua,

Sudah beberapa hari saya tidak berkongsi apa2 di sini. Saya masih mempelajari bahasa ini, namun maklumlah, belajar sendiri ni tak ada sukatan pelajaran, main sodok saja, jadi di dalam kepala saya ni sedikit bercelaru.

Oleh sebab itu, buat masa ini marilah kita berlatih apa yang sudah kita pelajari. Maka hari ini saya ingin menyenaraikan beberapa kata kerja yang sering digunakan seharian.

pergi : 가다 (kada)

datang : 오다 (oda)

lihat : 보다 (poda)

dengar : 듣다 (dedda)

cakap : 말하다 (malhada)


Jika kita lihat ada -da di belakang setiap kata kerja, ini adalah bentuk asas yang biasa disebut dictionary form. Namun jika digunakan di dalam ayat, ianya perlu disesuaikan mengikut tense yang betul seperti present tense, past tense dan sebagainya.

Kita lihat contoh2 di bawah. Contoh di bawah menggunakan present tense, stail heyo.

1. Saya pergi sekarang.
저는 지금가요.
(chonen jigem kayo)

2. Dia datang.
그는 와요.
(keunen oayo)

3. John melihat langit.
전씨는 하늘을봐요.
(John-sshi neun hanel-el poa-yo)

4. Dengar baik-baik.
잘들어요.
(chal dero-yo)

5. Saya bercakap di dalam bahasa inggeris.
나는영어로말해요.
(na-nen yong-o-ro malheyo)

Di sini kita dapat lihat perubahan2 bentuk kata kerja mengikut stail heyo. Kata kerja di dalam bahasa korea akan berubah dengan tense dan juga berubah mengikut jenis ayat (pasif aktif imperatif dsb). Memang agak kompleks. Ditambah lagi dengan stail -heyo dan -hamnida. Kalau nak belajar sekali harung, sila sediakan panadol dahulu.

Saya sendiri masih belum tamat belajar peraturan2 perubahan kata kerja ini, namun saya berikan juga sedikit contoh supaya kita dapat biasakan membuat ayat2 mudah dengan kata-kata kerja. Kalau nak tunggu saya kuasai baru kongsikan, entah bila agaknya baru boleh. Yang penting jangan patah semangat ya. Fighting!

Oklah setakat itu sahaja untuk hari ini.

Selamat berlatih!


perkataan hari ini :

langit : hanel (하늘)
baik-baik, betul-betul : chal (잘)
sekarang : jigem (지금)

*pembetulan dibuat pada 31/5/2012.