Yang sama-sama ingin belajar

Saturday, February 11, 2012

B.Jepun : Taknak buat apa-apa!



As-salam dan おはようございます。

Selamat datang hujung minggu! Bestnya golek-golek atas katil. Tak nak buat apa-apa? Hm.. terpulanglah. Tapi macam mana nak cakap tanak buat tu di dalam b. Jepun?

Ok di dalam pelajaran lepas, kita dah belajar camne nak cakap nak buat sesuatu, so hari ini kita tengok camne nak cakap taknak pula di dalam b. jepun.

Macam biasa mari lihat dialog di bawah :



F : Nak pergi mana-mana? 
G : Tak nak pergi mana-mana.
F :  Nak belajar?
G : Tak nak belajar.
F : Habis tu, nak buat apa?
G : Tak nak buat apa-apa.
F : Bestnye!

F : どこかに行きたいですか?(doko ka ni ikitai desuka?)
G : どこにも行きたくないです。(doko ni mo ikitakunai desu)
F : 勉強したいですか?(bengkyou shitai desuka?)
G : 勉強したくないです。(bengkyou shitakunai desu)
F : じゃ、何をしたいですか?(ja, nani wo shitai desuka?)
G : 何もしたくないです。(nani mo shitakunai desu)
F : いいね(ii ne)


Secara mudahnya, untuk menjadikan 'nak' kepada 'taknak', hanya tukarkan ~tai kepada ~takunai.
Contoh : 

Nak pergi : 行きた ikita-i
Tak nak pergi : 行きたくないikita-kunai

Maka jadilah dia bentuk negatif yang bermaksud tidak mahu. Mudah saja kan? 
Sebagai latihan, cuba tukarkan kata-kata kerja di bawah ni kepada bentuk negatif 'taknak'. Boleh? 

1. tabetai(食べたい) nak makan ==>
2. ikitai(行きたい) nak pergi ==>
3. nomitai (飲みたい) nak minum ==>
4. kaitai (買いたい) nak beli ==>
5. mitai(見たい)  nak tengok ==>
6. kikitai (聞きたい) nak dengar ==>

Boleh lah cut n paste dan jawab di ruangan komen ya :)
Kalau taknak jawab, boleh juga komen sebegitu heheh.. 

Oklah setakat itu saja untuk hari ini. Rajin-rajinlah berlatih ya.
Jumpa lagi nanti.
またね。

3 comments:

  1. 1. tabetai(食べたい) nak makan ==> tabeta kunai
    2. ikitai(行きたい) nak pergi ==> ikita kunai
    3. nomitai (飲みたい) nak minum ==> nomita kunai
    4. kaitai (買いたい) nak beli ==> kaita kunai
    5. mitai(見たい)  nak tengok ==> mita kunai
    6. kikitai (聞きたい) nak dengar ==> kikita kunai

    Betul tak ? :p

    ReplyDelete
  2. susah juga kan kalau dah tua nak belajar bahasa jepun ni. tapi nak gak belajar. tq saya mohon izin nak copy ye

    ReplyDelete