foto ihsan
Salam semua dan こんにちは,
Tahun 2012 sudah masuk minggu yang kedua. Ramai yang baru lepas cuti panjang. Saya cuti panjang pada hujung tahun lepas sampai tahun baru. Minggu lepas merupakan minggu yang sangat sibuk buat saya. Sebab rakan sepejabat cuti balik Jepun, so kenalah cover kerja mereka. Siaplah raya nanti saya nak cuti puas2 pulak!
Oklah kembali kita kepada tajuk pelajaran hari ini. Hari ini saya ingin berkongsi tentang bagaimana untuk menyatakan kemahuan atau kehendak, atau bahasa ringkasnya, 'nak', di dalam bahasa jepun.
Ada dua cara, dan kali ini kita akan lihat cara menyatakan kemahuan terhadap perlakuan. Di dalam bahasa tak skemanya 'nak buat sesuatu'.
Kita tengok contohlah ya senang. Main dialog2 macam dolu2..
B.Melayu
S: Nak makan durianlah.
K: Durian? Ada kat mana?
S: Kat SS2 macam ada je.
K: Ye ke? Kau nak pergi tak?
S: Nak!
K: Ok. Jom kita pergi.
B.Jepun
S: ドリアン食べたいですね。(dorian tabetai desune)
K: ドリアン? どこにありますか? (dorian? doko ni arimasuka?)
S: SS2にはあるそうです. (SS2 ni wa aru soudesu)
K: 本当? 行きたいですか?(hontou? Ikitaidesuka?)
S: 行きたいです。(ikitaidesu)
K: じゃ、行きましょう。(ja, ikimashou)
OK, secara asasnya, jika hendak menunjukkan kemahuan di dalam perlakuan, kita akan gantikan ~masu di belakang kata kerja dengan ~tai.
Contoh :
Makan = tabemasu (食べます)→ tabetai(食べたい) = nak makan
Pergi = ikimasu (行きます) → ikitai(行きたい) = nak pergi
Minum = nomimasu (飲みます)→ nomitai (飲みたい)= nak minum
Beli = kaimasu (買います)→ kaitai (買いたい) = nak beli
Tengok = mimasu (見ます) → mitai(見たい) = nak tengok
Dengar = kikimasu (聞きます)→ kikitai (聞きたい)= nak dengar
Oh ya, selepas kata kerja bertukar menjadi bentuk ~tai ini, ia mesti ditutup dengan penghujung ~desu sebagaimana kita menutup ayat yang hujungnya ada kata nama.
Contoh :
Ali makan aiskrim.
アリはアイスクリームを食べます。(Ali wa aiskrim wo tabemasu)
Ali nak makan aiskrim.
アリはアイスクリームを食べたいです。(Ali wa aiskrim wo tabetaidesu)
Ya kalau tak tutup dengan ~desu pun tak salah. Masih betul, cuma tidak sopan saja. Dengan kawan2 boleh lah. Ingatlah, ayat sopan berakhir dengan ~masu atau ~desu.
Ok, mudah bukan?
Baiklah sampai di sini saja untuk kali ini. Rajin-rajinlah mengulangkaji dan berlatih okey!
Jumpa lagi! またね!
mantap~ bagus!
ReplyDelete