Yang sama-sama ingin belajar

Saturday, September 10, 2011

B.Jepun : Mari belajar tulisan Kanji



Salam semua,

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin saya ucapkan kepada semua yang menyambutnya. Maaflah cuti raya panjang pula sehingga tak terupdate pelajaran2 kita.

Baiklah hari ini saya ingin menyentuh tentang pelajaran tulisan Kanji, iaitu sejenis tulisan di dalam B. Jepun. Sebagaimana diketahui semua, kalau belajar bahasa jepun, tapi tak belajar tulisan Kanji, takkan lengkap pembelajaran kita. Boleh kata kepentingan kanji tu merangkumi 70% daripada bahasa jepun (andaian sendiri hahaha).

Oklah mari kita bermula.

Kanji adalah tulisan yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu. Ianya lebih kepada gambar daripada huruf walaupun ia berfungsi sebagai huruf. Setiap huruf mewakili satu makna, dan gabungan huruf-huruf dan makna-makna ini yang akan mambentuk perkataan di dalam bahasa Jepun.

Secara amnya beza dengan huruf biasa (rumi, katakana etc) adalah huruf2 biasa tiada makna, hanya mewakili bunyi, manakala kanji mempunyai makna dan tidak mewakili bunyi (bunyinya disebut sebagai cara bacaan)

1. Cara Bacaan
Setiap huruf Kanji ada dua jenis cara bacaan, disebut 'On-yomi' dan 'Kun-yomi'.

Secara asasnya;
On-yomi adalah bacaan apabila sesebuah huruf Kanji itu bergabung dengan huruf lain menjadi sebahagian daripada perkataan lain (perkataan terbitan). Bacaan On-yomi ini berasal dari China.


Kun-yomi pula adalah bacaan apabila sesebuah huruf Kanji itu berdiri sendiri dan membawa makna sendiri. Bacaan ini adalah bacaan Jepun yang asal.

Mari lihat contoh :


On-yomi : じん (Jin )
Kun-yomi :  ひと (Hito)


Kanji di atas membawa makna 'orang'. Kan rupanya macam orang. Ianya serupa dengan tulisan Cina kerana tulisan Kanji memang berasal dari China.

2. Cara Penulisan


Secara amnya, ada cara yang khas untuk menulis Kanji ini. Setiap huruf ada jumlah strok tersendiri. contoh tulisan Kanji di atas (人) ditulis dengan dua strok.

Asas strok di dalam penulisan Kanji adalah atas ke bawah, dan kiri ke kanan. Perkara ini penting untuk membolehkan kita menulis Kanji dengan flow yang lancar dan mudah difahami apabila orang lain membacanya.

Mari lihat contoh lagi :

 = Satu ;
On-yomi : いち (Ichi)
Kun-yomi : ひと (Hito)

Ditulis dengan satu strok dari kiri ke kanan.






 = Sepuluh ;

On-yomi : じゅう (Jyu)
Kun-yomi : とお (to)


Ditulis dengan dua strok;
1) melintang dari kiri ke kanan






2) menegak atas ke bawah







人   = Orang ;


On-yomi : じん (Jin )
Kun-yomi : ひと (Hito)



Ditulis dengan dua strok;
1) dari atas kanan ke bawah kiri (perhatikan asasnya tetap dari atas ke bawah)








2) dari tengah ke bawah kanan.







Kalau kita lihat seperti huruf 人 nampak lain dengan yang saya tuliskan di rajah atas kan. Di sini kita perlu faham yang tulisan dan font untuk percetakan memang ada perbezaan. Itu sebab ianya susah untuk kita pelajari Kanji berdasarkan font kerana bentuknya sedikit berbeza.

3. Gabungan Kanji

Apabila digabungkan, Kanji akan membentuk perkataan terbitan yang membawa maksud yang berbeza namun makna setiap huruf tetap sama.

Contoh :

一人 : seorang (ひとり)
十人 : sepuluh orang (じゅうにん)

Di sini ada perbezaan sedikit pada On-yomi masing-masing. Kalau ikut on-yomi asal maka sepatutnya kedua-dua ini akan dibaca sebagai 'ichi-jin' dan 'ju-jin' namun ianya tidak dibaca begitu. Ini dikira pengecualian dan pengecualian ini ada banyak juga. Dan tiada cara lain selain dihafal saja cara bacaannya yang istimewa itu. Namun begitu janganlah risau, kebanyakan pengecualian adalah pada huruf Kanji yang mudah dan selalu digunakan seperti di atas, maka insyaAllah kita akan cepat menguasainya.

Beginilah serba sedikit asas untuk menulis huruf Kanji bagi mereka yang ingin pelajari cara menulis tulisan ini. Insya-Allah selepas ini saya akan perkenalkan lagi huruf2 Kanji yang lain dari semasa ke semasa.

Jika anda hendak pelajarinya secara online pun, saya pasti ada banyak website yang memperkenalkan huruf2 Kanji untuk dipelajari. Salah satu yang saya jumpa adalah di sini.

Ok setakat ini saja untuk kali ini.
Selamat berlatih!

またね!

1 comment: