Yang sama-sama ingin belajar

Tuesday, September 27, 2011

B.Korea : Kata Kerja Present Tense

Ihsan dari sini


Salam semua,
여러분 안녕하세요.

Hari ini kita akan belajar bagaimana untuk menerbitkan kata kerja di dalam  present tense daripada bentuk kamus. Sebelum ini (dah lama dah dulu) kita ada belajar tentang bentuk kamus, iaitu satu bentuk untuk kata kerja. Kalau tak ingat boleh rujuk di sini.

Pada hari ini kita akan belajar peraturan untuk mengubah bentuk kamus ini kepada bentuk present tense, dengan stail hyeyo.

Mula-mula, mari kita lihat contoh-contoh kata kerja di dalam bentuk kamus.

pergi =  가 (ga-da)
datang =  오 (o-da)
makan = 먹 (meok-da)
laku/buat = 하 (ha-da)
cakap = 말하 (malha-da)

Perhatikan kesemua hujung kata kerja bentuk kamus ini berakhir dengan ~다. Ok sekarang kita togelkannya dengan membuang ~다, tinggalkan kata akarnya saja.

pergi = 가 (ka)
datang = 오 (o)
makan = 먹 (meog)
laku/buat = 하 (ha)
cakap = 말하 (malha)

Kini tinggal kata akar saja tanpa sebarang bentuk. Kalau nak guna kata akar saja pun orang faham juga walaupun tak digalakkan langsung. Tapi kalau saya kata ianya takdigunakan tak betul juga kan, sebab memang ianya digunakan di dalam percakapan bahasa pasar yang tidak formal. Kalau salah audiens, boleh dianggap kurang ajar, oleh itu lebih baik elakkan ya.

Baiklah, untuk menjadikan kata akar ini kata kerja present tense stail hyeyo, kita perlu tambah salah satu daripada di bawah ini menggantikan ~다.

1. ~아요.(a-yo)
2.~어요. (eo-yo)
3.~여요. (yeo-yo)

Yang mana satu nak bubuh ni? Ha, di sini ada 3 peraturan yang perlu dipatuhi. Tak banyak, 3 saja, so hafalkan ok.

1. Jika kata akar itu ejaannya berakhir dengan ㅏ(a) atau ㅗ (o), maka sambungannya adalah ~아요(a-yo).

Contoh :
 pergi = 가 (ka) + 아요 (a-yo) ==> 가요 (ka-yo)
datang = 오 (o) + 아요 (a-yo)  ==> 와요 (oa-yo) *lama2 jadi wa-yo


2. Jika kata akar itu ejaannya berakhir dengan sebarang huruf selain daripada ㅏ(a) ataupun ㅗ(o) , maka sambungannya adalah ~어요(eo-yo).

Contoh :
makan = 먹 (moeg) + 어요 (eo-yo) ==> 먹어요 (moeg-eo-yo)
tangis = 울 (ul) + 어요 (eo-yo) ==> 울어요 (ul-eo-yo)


3. Hanya satu saja kata kerja yang berakhir dengan ~여요(yeo-yo) iaitu kata kerja "buat" iaitu 하다 (ha-da).

Contoh :
laku/buat = 하(ha) + 여요 (yeo-yo) ==> 해요 (hae-yo)
cakap = 말하(malha) + 여요(yeo-yo) ==> 말해요 (malhae-yo)

*kalau kita nak sebut 하여요(ha-yeo-yo) pun boleh, tapi zaman sekarang dah dipendekkan jadi 해요(hae-yo) saja.

Ok itu saja sebenarnya buat masa ini. 3 peraturan ini boleh cover banyak kata kerja. Macam biasa, akan ada pengecualian dan lain-lain tu, tapi tak perlulah fikir dulu buat masa ini ya. Hafalkan saja yang ini dahulu.

Baiklah jika ada yang tak jelas, sila beritahu ya. InsyaAllah kita akan lihat sama-sama.

Ok jumpa lagi nanti. Selamat berlatih.
안녕!


No comments:

Post a Comment