Yang sama-sama ingin belajar

Thursday, October 13, 2011

B. Jepun : Bentuk Kamus

Foto dari sini



Salam semua dan こんにちは、

Apa khabar semua? Saya harap semua sihat sejahtera.

Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang bentuk kamus. Bentuk kamus ini adalah bentuk kata kerja yang ditulis di dalam kamus. Nak kata ianya kata akar, bukan, kerana ianya sejenis bentuk yang boleh berubah manakala kata akar itu tetap sifatnya.

Kalau pening, biar saya jelaskan dengan metafora pula. Contohnya tubuh kita. Bayangkan tubuh manusia sebagai kata akar, dan pakaian kita adalah bentuk2 kata kerja yang ada. Bagaimana pakaian kita berubah mengikut kesesuaian, begitu jugalah bentuk2 kata kerja ini berubah mengikut kesesuaian penggunaannya.

Di dalam berjenis-jenis bentuk dan rupa pakaian ini, 'bentuk kamus' bolehlah kita ibaratkan seperti pakaian dalam. Bukan nak bicara yang bukan2 ya, ini sebagai perbandingan saja. Seperti pakaian dalam, ianya adalah satu bentuk asas yang paling ringkas namun mesti ada dan selalu digunakan, dan juga boleh diubah dan ditambah-tambah dan dipadan2 dengan bentuk2 yang lain. Boleh faham ya?

Seterusnya , unutk kita mengenali bentuk kamus ini adalah mudah. Kata kerja di dalam bentuk kamus mempunyai penghujung  huruf  ~u seperti ~る (~ru), ~く (~ku) dan lain-lain lagi.

Untuk lebih jelas lagi, mari kita lihat beberapa contoh :

Klik gambar untuk besarkan.

Oh ya, kalau tengok contoh2 di atas ni, bentuk kala kini pun hujungnya ~u juga iaitu ~su. Namun begitu bezanya penghujung bentuk kala kini berakhir dengan ~ます (~masu) yang dibunyikan 'mas' saja, oleh itu bila kita dengar kita boleh tahu ianya bentuk kala kini. 

Jadi, apa gunanya bentuk kamus ini?

Antara kegunaannya adalah seperti di bawah : 

1. Sebagai bentuk utama perkataan di dalam kamus. 
2. Selalu digunakan di dalam bahasa pasar/informal. 
3. Digunakan apabila kata kerja berada di tengah-tengah ayat. 

Buat masa ini saya tak mahu terangkan lagi tentang penggunaan bentuk kamus ini. Biar kita kenal saja dahulu apakah ianya bentuk kamus ini. Sebab nanti ia akan muncul di sana sini apabila kita belajar lebih lanjut tentang tatabahasa. 

Oklah setakat itu saja untuk kali ini. Maaf kerana kurang berpeluang untuk post entry. InsyaAllah kita jumpa lagi di pelajaran yang seterusnya ya. 

Selamat belajar!

頑張ってください!

またね!




No comments:

Post a Comment