Yang sama-sama ingin belajar

Friday, September 24, 2010

Bahasa Jepun : Ucapan Asas 2

Salam semua,

Hari ini saya hendak berkongsi sedikit lagi ucapan2 asas di dalam bahasa Jepun. Nak kata asas pun taklah jugak, tapi mungkin kerap digunapakai di dalam banyak situasi.

Ok mari kita mulakan.

1. Selamat berkenalan  はじめまして (Hajimemashite)

Ayat pertama di dalam memulakan perkenalan dengan seseorang. Diikuti dengan pengenalan diri.

2. Minta tolong/Minta tunjuk ajar よろしく おねがいします (Yoroshiku onegaishimasu)

Ucapan yang sentiasa meniti di bibir penutur bahasa Jepun. Digunakan untuk menunjukkan rasa hormat dengan menyatakan pergantungan harapan kepada pihak kedua. Juga menjadi ayat penutup standard sewaktu berkenalan. Sering dipendekkan kepada "yoroshiku" apabila digunakan di antara rakan2.

3. Selamat berusaha  がんばってください (Ganbattekudasai)

Sering juga disebut ringkas hanya dengan "gambatte!". Digunakan untuk memberi semangat kepada pihak kedua atau diri sendiri bergantung kepada penggunaan. Bacaan "gan" akan dibaca "gam", biasalah ia hanya penyesuaian untuk keselesaan lidah.

*Jika anda perasan, tulisan ばって (batte) itu ada つ di tengah2 tapi ditulis dengan kecil dan dibunyikan dengan bunyi "tsu" yang tertahan menjadi "t" sahaja. Oleh itu ia tidak disebut "Ba-Tsu-Te" tetapi "Ba-t-Te"

4. Terima kasih  ありがとうございます (Arigatougozaimasu)

Ucapan terima kasih. Juga dipendekkan kepada "arigatou" saja jika dengan kawan2. Ada juga versi panjang atau versi super-sopan iaitu "Doumo arigatougozaimashita". Di sini hujungnya jadi "~mashita" apabila diucapkan setelah menerima budi baik (past-tense).

Oklah setakat ini saja dulu, selamat berlatih ya!





2 comments:

  1. he~~~
    hana dh tamat exam jepun nie:)
    nihon go no shiken wa kantan na shiken desu:)
    b'angan2 nk jd nihon go no sensei plak instead of pharmacist
    ;)

    ReplyDelete
  2. hana dh pandai bahasa jepun nampaknya. belajar di mana ya? dokode bengkyou shimashitaka?

    baguslah kalau ada perasan mana2 salah bolehlah tolong tunjukkan ya..

    ReplyDelete