As-salam dan selamat sejahtera,
こんにちは。
Hari ini saya ingin berkongsi tentang kata ganti nama di dalam bahasa jepun. Mungkin ramai yang sudah tahu namun begitu bagi yang belum tahu, bolehlah belajar ya.
Kata ganti diri seperti biasa terbahagi kepada tiga:
1. Kata ganti diri pertama ; untuk membahasakan diri sendiri.
Saya = Watashi (わたし : 私)
Ini merupakan yang paling kerap digunakan, dan ianya formal. Oh ya, seperti bahasa melayu, ada juga perkataan yang tak formal untuk kata ganti diri pertama ini.
Saya = Atashi (あたし) * ini hanya digunakan oleh perempuan di dalam suasana tidak formal.
Aku = Ore (おれ : 俺)* ini hanya digunakan oleh lelaki di dalam suasana tidak formal.
Untuk selamat, gunakan 'watashi' saja untuk semua keadaan. Tidak akan ada apa2 masalah.
contoh ayat :
Saya tidak makan malam.
あたしは晩ご飯(ばんごはん)食べません(たべません)。
Atashi wa bangohan tabemasen.
*daripada contoh di atas, secara automatik kita tahu yang bercakap itu perempuan.
2. Kata ganti diri kedua ; ditujukan kepada lawan kita bercakap.
Anda= Anata (あなた)
Awak= Kimi (きみ)
Secara amnya, kata ganti diri kedua sangat jarang digunakan di dalam percakapan. Biasanya nama ditambah ~san akan digunakan untuk membahasakan orang lain.
Contohnya : Matsumura-san, Nash-san etc.
'Anata' dan 'kimi' boleh digunakan tapi biasa dalam drama atau tv saja. Untuk perbualan seharian agak pelik sedikit jika digunakan.
Oleh itu tak perlulah pakai kata ganti diri yang ini ya. Panggil dengan nama+san saja sudah cukup. Kalau tak perlu panggil, gugurkan saja.
contoh ayat :
Esok awak datang?
明日(あした)あなたは来ますか?
Ashita anata wa kimasuka?
3. Kata ganti diri ketiga ; untuk 'dia' atau orang ketiga yang tiada di tempat kejadian.
Dia = Kare (かれ : 彼) untuk lelaki
= Kanojo (かのじょ : 彼女) untuk perempuan
Boleh juga digantikan dengan nama+san seperti kata ganti diri kedua mengikut penyesuaian.
contoh ayat :
Dia belum tidur lagi.
彼はまだ寝ていません(ねていません)。
Kare wa mada neteimasen.
Begitulah sedikit sebanyak tentang kata ganti diri ini. Sebagai peringatan, jika membahasakan/memanggil seseorang yang lebih tua atau bukan kawan rapat di dalam bahasa jepun, jangan sekali-kali tinggalkan ~san di hujung nama. Ianya dianggap kurang sopan.
contoh :
Nishimura-san! -- sopan
Nishimura! -- kurang sopan
Namun begitu, di dalam komuniti antarabangsa, boleh kita gugurkan ~san, dan panggil dengan gelaran Encik Nishimura atau Mr Nishimura contohnya.
Oh ya, untuk diri sendiri, tak payah tambah ~san okey! Akan kedengaran pelik heheh..
Oklah itu sahaja untuk kali ini. Semoga bertemu di pelajaran seterusnya.
皆さん、がんばってください!
またね!
Nash
Rileks sebentar :)
kalau penggunaan 'Boku' pulak? Saya keliru sama ada boleh digunakan untuk lelaki atau lelaki dan perempuan? Boleh terangkan..? Domo~
ReplyDeleteterima kasih Mastura.. saya terlupa dengan 'boku' ini..
ReplyDeleteianya kata ganti diri pertama bermaksud 'saya'.
sering digunakan oleh lelaki di kalangan rakan sekerja atau orang2 yang lebih tua yang sudah agak rapat yang mana jika 'watashi' digunakan akan kedengaran terlalu formal.
orang perempuan tak gunakan 'boku', tetapi akan gunakan 'atashi' juga.
harap penerangan ini jelas :)
penerangannya sudah jelas , arigatou~
ReplyDeleteehm ap perkataan syasya faseha dlm bhasa jepun?
ReplyDeleteSalam admin, leh tanya tak kalau mcm saya beginner bru nak berjinak jinak belajar bahasa jepun apa yg sy perlu tahu dan apa yg perlu saya belajar dahulu? Terima kasih
ReplyDelete