Yang sama-sama ingin belajar

Selasa, November 01, 2011

B.Korea : Kata soal bila?

gambar hiasan


Salam semua,
안녕하세요.

Hari ini kita belajar pelajaran ringkas sahaja, iaitu kata soal. Sebelum ini kita dah belajar kata soal apa dan siapa, maka hari ini mari kita lihat tentang kata soal bila pula.

Kata soal 'bila' di dalam bahasa korea adalah 언제 dan disebut 'onjae'.
Mari kita lihat dialog contoh di bawah.

B.Melayu

F: Bila dia nak datang ni?
G : Manalah aku tahu.
F : Betul semalam kau dah ajak dia?
G : Ya, dah ajak.
F : Bagitau bila tak?
G : Ah! Aku terlupa lah.
F : ...

B.Korea (한국어)

F: 언제 그가 올 거예요? (Onjae keu-ga ol-koeyeyo?)
G: 몰아요. (mol-a-yo)
F: 정말 어제 그를 초대 했어요? (cheong-mal o-jae keu-lel cho-dei hessoyo?)
G: 네, 초대 했어요. (ne, cho-dei hessoyo)
F: 언제 라구 했어요? (onjae ragu hessoyo?)
G: 아, 잊어 버렸어요. (ah, ich-o bo-ryoss-oyo)
F: ...

Begitulah lebih kurang. Seperti di dalam bahasa2 lain, kata soal bila ini agak mudah dan straightforward.

Oklah setakat ini saja untuk kali ini. Saya akan cuba update lagi dengan lebih kerap ya.

 Sampai jumpa lagi. 안녕하세요!





2 ulasan:

  1. An yang ha se yo. menarik. terima kasih ya.

    Kalau boleh, awak tulis pengalaman sikit dan cara sebut atau guna, sebab apa yang saya perhatikan orang Korea sebut perkataan cepat, macam satu perkataan sedangkan ianya panjang.

    Terima kasih sekali lagi =)

    BalasPadam
  2. annyong haseyo.

    terima kasih di atas komen cik.
    kalau tentang pengalaman, boleh dikatakan saya sangat tidak berpengalaman di dalam bahasa korea.

    namun begitu kalau tentang cara sebutan yang cepat itu, mmg kita boleh belajar sedikit sebanyak, cuma saya saja yg belum belajar tentangnya. jikalau saya tahu kelak saya pasti akan kongsikannya.

    :)

    BalasPadam