Yang sama-sama ingin belajar

Ahad, April 24, 2011

B.Korea : Kata soal ; Siapa?

TOP dan GD


Salam semua,

Apa khabar semua ? Sudah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa KL? Ya, ianya sedang berlangsung di PWTC sampai 1 Mei nanti. Jikalau ada masa, silalah jenguk2 ke sana ya. Sambil beli-beli buku, sambil memeriahkan pesta yang berlangsung.

Baiklah kembali kita ke pelajaran minggu ini. Selepas kita belajar kata soal siapa di dalam bahasa Jepun minggu lepas, minggu ini kita belajar di dalam bahasa korea pula ya.

Okay tanpa berlengah lagi mari lihat dialog di bawah.

A : Semalam aku jumpa penyanyi !
B : Siapa?
A : Penyanyi TOP.
B : Taulah tu. Tapi siapa?
A : TOP tu nama penyanyilah. Ahli kumpulan BigBang tu!
B : Oh yeke? TOP tu nama ke?
A : Iya..

A : 어제는 유명 가수 만났어요.  (eojae-neun yumyong kasu mannasso-yo)
B : 누구예요? (nugu-yeyo?)
A : TOP라고 가수 예요. (TOP ragu kasu yeyo)
B : 그것은 알아요. 근데, 누구예요? (keugos-un arra-yo. keundae, nugu-yeyo?)
A : TOP은 가수 이름이에요. BigBang의 맨바 예요. (TOP-eun kasu ireum-ieyo. BigBang ei memba yeyo)
B : 그런가요? TOP은 이름이에요? (keureon-gayo? TOP-eun ireum-ieyo?
A : 그래요.. (keurae-yo..)

Begitulah sedikit lebih kurang perbualan yang saya cuba kongsikan. Asik-asik pasal Big Bang saja kan.  Tak kisahlah, yang penting penggunaan 'siapa?' di dalam bahasa korea kita boleh lihat seperti di atas ini lah.

Seperti bahasa jepun juga, seboleh-bolehnya kita pakai dengan pelengkap kata sopan iaitu 'nugu-yeyo?' dan elakkan gunakan 'nugu?' sahaja kecuali dengan kawan-kawan rapat.

Selain daripada itu, kalau perasan perbualan saya semuanya menggunakan format sopan '~yo'. Ada beberapa jenis format lagi (~imnida dan ~ta) tapi yang ini paling mudah untuk dipelajari (pada sayalah).

Baiklah sampai di sini saja untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi di minggu hadapan, InsyaAllah.

안녕!

Perbendaharaan kata :

semalam : 어재 (eojae)
popular : 유명 (yumyong)
penyanyi : 가수 (kasu)
jumpa : 만나다 (man-na-da)
nama  : 이름 (ireum)
itu : 그것 (keugeot)
tapi : 근데 (keundae)

3 ulasan:

  1. tumpang tanya ye,kenapa x boleh gne "nugu"..
    saya baru lagi..heheh

    BalasPadam
  2. okey, di korea dan jepun, mereka ada tahap2 kesopanan di dalam pertuturan seharian. walaupun 'nugu' mmg bermaksud siapa, namun ianya adalah kata asas dan kalau digunakan begitu saja di dalam pertanyaan, akan kedengaran mcm biadap.
    kalau dlm b,melayu, kita ada ~kah utk skemakan ayat.
    cth sopan: siapakah dia?
    cth kurang sopan : siapa dia?

    gtula lebih kurang :)

    BalasPadam
  3. terima kasih banyak2 ye!saya dah phm skang!kamsahamnidah!

    BalasPadam