Salam semua,
こんにちは。
Hari ini mari kita belajar tentang kata soal lagi. Lama dahulu kita ada belajar kata soal "apa" di dalam bahasa Korea, dan saya cari pelajaran yang sama di dalam bahasa Jepun tapi tak jumpa. Rupa-rupanya saya tak buat lagi :p. Maaflah ya. Baiklah biar terlambat daripada tak ada (better late than never), jadi hari ini mari kita belajar tentang kata soal "apa" di dalam B.Jepun.
Seperti biasa, mari berdialog.
Bahasa Melayu
A : Apa tu ?
B : Ini?
A : Aah, itu. Apa tu?
B : Eh, tak tau ke?
A : Sebab taktau la tanya.
B : Ini epal lah.
A : Oh, begitu.
B : Kau OK ke ni?
Bahasa Jepun.
A: それは何ですか?(sore wa nan desuka?) [apa itu?]
B: これですか?(kore desuka?)[Ini ke?]
A: はい、それです。何ですか?(hai, soredesu. nandesuka?) [ya, itu. apakah ianya?]
B: え、知らないですか?(e, shiranaidesuka?)[eh, taktahu ke?]
A: 知らないから聞いています。(shiranaikara kiiteimasu)[sebab taktahulah tanya]
B: これはりんごですよ。(kore wa ringo desu yo)[ini epal lah]
A: なるほど。(naruhodo)[oh begitu ]
B: あなたは大丈夫ですか?(anata wa daijoubu desuka?) [kau ok ke?]
Secara amnya "apa" = なに (nani) di dalam hiragana atau 何 di dalam tulisan kanji.
Namun begitu, ianya hanya dibaca sebagai なに(nani) apabila ia berdiri sendiri, dan akan dibaca sebagai なん(nan) sekiranya di belakangnya bersambung dengan sukukata lain. Boleh kata 99% di belakangnya akan bersambung dengan sukukata2 lain. Mari lihat contoh .
何?=nani? (bahasa pasar dan kasar bermaksud "Apa??" untuk kegunaan di antara kawan2 rapat)
何ですか?=nandesuka? (bahasa sopan dan baik untuk kegunaan selain di atas)
何時ですか?=nanji desuka? = pukul berapa?
何個ですか?=nanko desuka? = berapa biji?
.. dan sebagainya lagi. Mudah bukan?
Baiklah, jika ada apa2 soalan sila jangan segan2 untuk bertanya ya.
Jumpa lagi di lain kali.
またね!
No comments:
Post a Comment