Yang sama-sama ingin belajar

Saturday, May 28, 2011

B.Korea : Kerja ke cuti?



Salam semua,
안녕하세요.

Apa khabar? Diharapkan semuanya sihat dan ceria pada hari sabtu ini.

Sudah hampir sebulan saya tidak menulis di sini. Maaf saya pinta kepada yang tertunggu-tunggu. Saya sedang sibuk dengan kerja dan urusan-urusan lain. InsyaAllah saya akan post lebih kerap lagi selepas ini.

Baiklah, hari ini saya ingin sambung pelajaran yang lepas tentang cuti dan kerja, kali ini di dalam b.korea pula.

Tanpa berlengah, mari kita lihat dialog di bawah.


B. Melayu  (말레이어)

F :  Esok awak datang?

A :  Tak. Esok saya cuti daripada bekerja.

F : Oh begitu. Baiklah saya balik dulu ya.

A : Ya, susah payah awak saja.

F : Susah payah awak juga.



B.Korea (한국어)

F :  내일은 옵니까? (ne-il-eun op[om]-ni-kka?)

A :  아니요. 내일은 쉽니다. (an-ni-o. ne-il-eun il-eul swip-ni-da)

F : 아,그래.그럼, 먼저 집에가요. (A, geu-rae. Geu-rom, monjo chib-e kayo)

A : 수고하셨습니다. (Su-go-ha-syoss-seup-nida)

F : 수고하셨습니다. (Su-go-ha-syoss-seup-nida)


Begitulah kira-kira dialog ringkas yang boleh kita lihat untuk pelajaran kali ini.  Beberapa perkataan yang ingin saya tekankan adalah seperti di bawah ini ya.

cuti/rehat =  쉬(swi)
kerja = 일 ( il )
susah payah awak saja = 수고하셨습니다.(su-goe-ha-syoss-seup-nida)

Yang ketiga tu sama maknanya dengan yang bahasa jepun yang telah dipelajari pada sesi lepas. Ianya diucapkan kepada rakan-rakan sekerja setelah sama-sama membanting tulang empat kerat.

Oklah itu saja untuk hari ini. Moga bertemu di lain masa. Selamat berhujung minggu!

안녕!

4 comments:

  1. salam nadd

    saya baru jumpa blog nadd. teruskan entri belajar hangul ni yek. tq

    ReplyDelete
  2. salam ida,

    terima kasih atas sokongan :)

    ReplyDelete
  3. Assalamua'alaikum.

    Rasanya 안니어 tak eja macam tu. 아니요. Itu ejaan yang betul.

    수고 많았습니다. 한번 한국에 놀러 오세요.

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam..

    terima kasih di atas teguran.
    saya sudah pun betulkan :)

    한국에는 한번도 갔던 적이 없어요. 기회가 있으면, 부디 놀러 가고 싶어요.

    ReplyDelete