Yang sama-sama ingin belajar

Saturday, April 16, 2011

B.Jepun : Kata Soal ; Siapa?



Salam semua,

Kita berjumpa lagi setelah dua minggu tak ada kelas. Maaflah ya sibuk sikit. Ini pun masih tak abis2 lagi sibuknya cuma saya curi masa sikit untuk berkongsi pelajaran bahasa jepun untuk hari ini.

Hari ini kita akan belajar tentang kata soal. Sebelum ini kita dah belajar kata soal 'Apa?'. Hari ini mari kita lihat kata soal  'Siapa' pula.

Mari layan dialog di bawah.

A : Wah! Berita hebat!
B : Apa dia?
A : Big Bang keluar lagu baru!
B : Siapakah?
A : Big Bang penyanyi korea tulah.
B : Tak kenal pun.
A : ^%*(*&^

Mari lihat di dalam bahasa jepun pula.

A : わ!すごいニュースです! (wa! sugoi nyu-su desu!)
B : 何ですか?(nandesuka?)
A : ビッグバングが新曲を出したそうです!(big bang ga shinkyoku wo dashita sou desu!)
B : 誰(だれ)ですか?(daredesuka?)
A : 韓国の歌手、ビッグバングですよ。(kankoku no kashu, big bang desuyo)
B : 知りませんね。(shirimasen ne)
A : %*&$%# (%&%&*)

Begitulah sedikit sebanyak contoh dialog yang saya dapat berikan. Secara asasnya,

siapa = 誰(だれ)(dare)

Perlu berhati-hati juga kerana kita tak boleh terus guna "dare?" (誰?) untuk bertanya "Siapa?" jika kita tidak rapat dengan seseorang itu. Ianya dianggap kurang sopan. Sebaiknya kita gunakan bentuk sopan iaitu "daredesuka?"(誰ですか?). Bila dah kawan rapat tu lain ceritalah.

Ok itu saja yang saya ingin kongsikan hari ini. Moga dapat memberi manfaat pada pelajaran anda semua. Jumpa lagi di lain kali.

またね!


perbendaharaan kata:

ニュース(にゅーす)nyu-su = news/berita
出す(だす)dasu = mengeluarkan
新曲(しんきょく)shin-kyoku = lagu baru
韓国(かんこく)kankoku = korea
歌手(かしゅ)kashu = penyanyi
知る(しる)shiru = tahu/kenal

3 comments:

  1. assalamualaikum....terima kasih kpd empunya blog...sy sgt suka blaja bahasa korea..terima kasih d atas info yg diberi..sgt2 bguna buat sy yg baru nk blaja..

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam.. baguslah jika apa yg saya kongsikan ini berguna.. sama2lah kita belajar ya.

    ReplyDelete
  3. saya nak tanya la..ad tak kelas belajar bahasa korea di kuala lumpur or melaka..sbb saya nak amik kursusu tu...nak sgt..tq ya

    ReplyDelete