Yang sama-sama ingin belajar

Sabtu, Februari 19, 2011

Salam Semua!



Salam semua,

Hari ini mari kita lihat bagaimana untuk menyapa atau memberi ucapan selamat pada penonton atau sekumpulan orang.

Macam yang selalu saya lakukan, saya akan mulakan dengan 'Salam semua' di dalam bahasa melayu. Mari kita lihat di dalam bahasa jepun dan korea pula.

b.m : Salam semua.

b.j : 皆さんおはようございます。(mina-san ohayougozaimasu)

b.k : 여러분 안녕하세요. (yorobun annyong-haseyo)
        

Di dalam bahasa jepun, 皆(みんな) dibaca 'minna' dan bermaksud 'semua' di dalam konteks manusia. Ianya tidak boleh digunakan untuk haiwan atau objek.

Untuk menyatakan rasa hormat, ~さん(~san) diletakkan di belakang seperti sewaktu kita memanggil seseorang. Namun apabila ada ~san di belakang, ianya disebut 'mina-san' dan bukan 'minna-san'.

Di dalam bahasa korea, 여러분(yorobun) digunakan dengan makna 'semua' dan juga terhad kepada manusia.

Mari lihat kombinasi2 yang sering digunakan seharian.

bm : Selamat datang semua!

bj : 皆さんようこそ!(mina-san yo-koso)

bk :여러분 어서 오십시오(yorobun oso-oship-shio)


bm : Apa khabar semua?

bj : 皆さん元気ですか?(mina-san genki desuka?)

bk : 여러분 잘 지내셨어요? (yorobun chal chine-shoss-o-yo?)


Ok itu saja untuk kali ini!

Jumpa lagi semua!

皆さん、またね!

여러분 안녕!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan