Yang sama-sama ingin belajar

Friday, April 06, 2012

B.Jepun : Dan lagi..(そして。。)

 gambar hiasan


As-salam dan selamat sejahtera,

Pada hari ini saya ingin berkongsi pelajaran di dalam bahasa jepun pula. Sebagai kesinambungan daripada topik yang lepas, saya ingin berkongsi cara untuk menyambung dua ayat dengan menggunakan kata penyambung 'dan'.

Seperti bahasa korea, di dalam bahasa jepun kita juga boleh memulakan ayat dengan perkataan 'dan'. Syaratnya perlu ada ayat di sebelumnyalah. Takkan tiba2 saja ayat bermula dengan 'dan' pulak kan.

Baiklah tanpa berlengah lagi mari lihat dialog di bawah di antara Hiro dan Takeshi di dalam bilik muzik.

B.Melayu

Takeshi : Azusa tu girlfriend kau ke?
Hiro : Bukanlah. Kami kawan baik saja.
Takeshi : Kenapa kawan baik saja?
Hiro : Sebab kami dah kenal lama. Dan, kami sahaja pelajar Malaysia di universiti ini.
Takeshi : Oh begitu.

B. Jepun

タケシ:アズサはお前の彼女か?(Azusa wa omae no kanojo ka? )
ヒロ:違いますよ。いい友達だけです。(Chigaimasuyo. Ii tomodachi dake desu.)
タケシ:どうしていい友達だけ?(Doushite ii tomodachi dake?)
ヒロ:長い付き合いだったからです。そして、この大学ではマレーシア留学生は私たちだけですから。(Nagai tsukiai datta kara desu. Soshite, kono daigaku dewa Mare-shia ryugakusei wa watashitachi dake desukara.)
タケシ:なるほど。(Naruhodo.)

Dialog panjang, tapi contohnya satu saja. Heheh takpelah ya, yang penting ada.

Ok, kalau kita lihat perkataan yang dimerahkan di atas ialah そして(soshite) yang bermaksud 'Dan lagi'.
Selalu dipakai untuk menambah ayat di dalam sesebuah perbualan atau penerangan.

***
update 4/6/2012

Secara maksudnya そして bermaksud "dan", namun ianya berubah sedikit mengikut jenis ayat. Saya ingin tambah beberapa contoh ayat agar lebih jelas lagi penggunaan そしてini.

1. Dia ke kedai. Dan dia terus ke sekolah. 
彼は店に行きます。そして直接学校に行きます。
(Kare wa mise ni ikimasu. Soshite chokusetsu gakkou ni ikimasu.)

2. Sila masukkan telur. Dan tepung.
卵を入れてください。そして小麦粉。
(Tamago wo iretekudasai. Soshite komugiko.

3. Esok hari ahad. Dan lusa hari isnin.
明日は日曜日です。そして、明後日は月曜日です。
(Ashita wa nichiyoubi desu. Soshite, asatte wa getsuyoubi desu)

4. Ada biru dan merah. Dan hitam juga.
青と赤があります。そして黒も。
(Ao to aka ga arimasu. Soshite kuro mo.

***

Baiklah itu saja yang saya ingin kongsikan untuk kali ini. Selain itu, di dalam perbualan di atas, ada juga beberapa perkataan baru yang sama-sama kita boleh pelajari.

girlfriend = 彼女(かのじょ)kanojo *sama dengan maksud 'dia' untuk perempuan
kawan = 友達(ともだち)tomodachi
kawan baik = いい友達(いいともだち)ii-tomodachi
universiti = 大学(だいがく) daigaku
pelajar asing = 留学生(りゅうがくせい) ryugakusei
kami = 私たち(わたしたち) watashitachi

OK jumpa lagi di lain kali. Jangan lupa ikuti kisah Lagu Cinta Osaka Bab 4 yang sudah pun disiarkan di penulisan2u. Linknya di sini.

またね!

Nash Azly

3 comments:

  1. そして boleh disamakan dengan "lagipun" tak

    ReplyDelete
  2. Ohno!!! : そして sedikit berlainan dengan "lagipun", walaupun "dan lagi" dan "lagipun" itu hampir sama. そしてitu lebih kepada "dan" daripada "lagi".

    Mungkin ayat contoh yang saya berikan di atas tak cukup untuk pemahaman. Saya tambah lagi sedikit ayat contoh.

    ReplyDelete
  3. Nash Azly... terima kasih banyak2... memang banyak membantu blog ni.

    ReplyDelete