Yang sama-sama ingin belajar

Saturday, November 19, 2011

B.Jepun : Hari di dalam seminggu.

Imej hiasan


Salam semua dan こんにちは、

Selamat datang saya ucapkan kepada para pembaca yang baru mengikuti blog ini. Dan selamat kembali kepada para pembaca yang setia mengikuti pelajaran2 di sini.

Sudah beberapa lama pelajaran di sini tertumpu kepada tatabahasa. Maka pada hari ini saya ingin berkongsi tentang kosa kata pula agar tatabahasa2 yang telah dipelajari boleh dipraktikkan.

Baiklah pada hari ini saya ingin berkongsi tentang nama-nama hari di dalam bahasa jepun.
Okey mari kita mulakan. Sila lihat jadual di bawah.




Jadual di atas menunjukkan secara mudah nama-nama hari di dalam seminggu. [Furigana] tu sebenarnya cara baca kanji, sepatutnya dia duduk atas kanji, kecil saja, tapi saya belum boleh buat begitu lagi buat masa ni. 

Cara baca :  月(getsu) 曜 (yo) 日(bi)  dan seterusnya.. 

Cara yang paling senang untuk hafal kesemuanya adalah dengan menghafal kolum [Akar]. Kerana itu saja yang berubah. Yang belakangnya (~youbi) tu semua sama. Cuma bila digunakan kenalah gunakan secara keseluruhan, baru orang faham. 

Mudah bukan? 

Oklah mungkin tak mudah sangat tapi bolehlah. Tinggal nak hafal saja. Mari saya tambah lagi sedikit. Selain nama-nama hari, berikut adalah beberapa perkataan lain yang berkaitan. 




Kalau kita lihat, semuanya ada kanji 日. Namun begitu bacaan semuanya tak sama dengan nama2 hari yang hujungnya ada 日(bi). Ini adalah kerana perkataan2 di atas ini sedikit istimewa dan kanjinya dibaca dengan cara berbeza daripada biasa. 

Dari segi penggunaannya, samalah seperti kita menggunakan perkataan tersebut di dalam bahasa kita. Marilah lihat satu dia contoh. 

contoh ayat : 

Hari ini hari Sabtu. 

今日は土曜日です。(kyou wa doyoubi desu)

Semalam hari Jumaat. 

昨日は金曜日でした。(kinou wa kinyoubi deshita)

Esok bukan hari Selasa. 

明日は火曜日ではありません。(ashita wa kayoubi dewa arimasen)

Kelmarin hari apa?

一昨日は何曜日でしたか?(ototoi wa nanyoubi deshita ka?)


Perhatikan penggunaan present tense dan past tense di dalam ayat2 contoh di atas. Ya untuk semalam dan kelmarin kita mesti guna past tense, walaupun di dalam soalan. Kalau nak ulangkaji pasal tense2 ni, boleh la search kat searchbar kat belah kanan tu untuk entri2 dulu. 

Oklah itu saja buat kali ini. Selamat menghafal dan berlatih ya. 

頑張りましょうね!
 Marilah berusaha! <-- trenslet direct je.. (-_-;)









3 comments: