Saturday, July 23, 2011
Mari berlatih. Alaaa malasnya.. tengok tv dululah..
Salam semua,
Saya dapat banyak pertanyaan dari pelbagai pihak tentang bagaimana untuk cepat mahir di dalam bahasa korea/jepun.
Seperti mana kita belajar semua perkara di dalam dunia ini, untuk mahir kita perlu berlatih. Untuk mahir bersilat kita perlu berlatih. Untuk mahir menaip kita perlu berlatih. Untuk maher zain, kita perlu berlatih (selingan lawak tak kelakar). Begitu juga untuk mahir di dalam bahasa asing. Kita perlu berlatih.
Berlatih apa?
Berlatih apa yang kita nak mahirkanlah. Kalau nak mahir berbual di dalam bahasa korea, kita perlu berlatih berbual. Takkan berlatih bola keranjang pulak. Bagaimana caranya nak berlatih tu? Caranya, carilah orang yang boleh diajak berbual. Berbual itu perbuatan yang dilakukan oleh dua orang. Macam main badminton lah. Perlu ada lontaran dan sambutan. Kalau sorang-sorang, pun boleh juga, tapi bukanlah berbual namanya, tapi bercakap sorang-sorang. Hasilnya nanti pun berat sebelah juga.
Berlatih ini sebenarnya memerlukan tenaga yang banyak. Itulah sebabnya kalau setakat 'nak' pandai cakap korea, semua orang 'nak'. Saya bukan setakat nak pandai cakap korea, saya nak jadi kaya, nak duit banyak, kereta besar dan banyak lagi. Tapi kalau disuruh berusaha dengan cara berlatih? Hmm tidur lagi best. Tengok tv lagi best. Tengok drama korealah, itu pun latihan juga. Latihan mendengar. Macam-macam alasan akan keluar.
Kenapa ya? Sebab berlatih ini perlu tenaga, tengok tv tak perlu perah tenaga. Perlu luangkan masa je. Masa banyak, tak abis punya. Tenaga terhad, bila pakai, jadi penat, takleh buat benda lain nanti. Maka tak ramai yang sanggup luangkan tenaga mereka untuk perkara2 yang mereka 'nak'. Kalau boleh rebus air tulisan dan minum terus jadi pandai. Saya pun nak kalau camtu.
Di sini kita kena sedar, hukum sains mengatakan tenaga itu abadi, ia hanya berubah bentuk. Jika kita perah tenaga untuk berlatih, contohnya berlatih bercakap bahasa korea. Penat sangat untuk sebut sepotong ayat penuh yang tak pernah kita sebut. Kenapa penat? Sebab badan kita pakai tenaga untuk menyambung synaps baru pada otak kita. Apa bende pulak synaps ni? Ala sambungan neuron2 otak tu la, ada belajar masa biologi dulu.
Ok, bila otak dah bina synaps, maka bila kita sebut lagi sepotong ayat lain dengan struktur yang serupa, maka synaps itu akan diperkuatkan lagi dan synaps baru akan dibina lagi untuk penyesuaian. Makin lama makin kuat dan stabil lah synaps kita, tu sebab makin lama kita semakin mahir. Ini adalah sains di belakang latihan. Supaya kita semua tahu yang penat itu mempunyai makna yang sangat besar. Berbaloi tak? Mesti punya..
Saya tak mahir bahasa Korea, masih peringkat belajar lagi. Saya perlukan banyak lagi latihan. Yang saya mahir adalah bahasa Jepun. Ini pun setelah latihan yang tidak terhingga banyaknya. Oh nak tahu bagaimana saya berlatih sehingga boleh mahir bahasa Jepun? Masa zaman belajar Hiragana Katakana, saya akan tulis setiap huruf sebanyak 100x dan diulang setiap hari selama seminggu. Confirm lepas tu hafal. Untuk kanji, setiap hari saya kena hafal 10 perbendaharaan kata siap dengan tulisannya. Berapa lama? Selama setahun. Penat? Heh toksah cakap, memang penat. Berbaloikah? Walaupun sekarang ni taklah ingat semuanya, tapi berbaloiii..
Untuk perbualan, yang ini tiada latihan khusus, lebih kepada pergaulan dengan rakan-rakan. Kenapa yang ini takde latihan khusus? Sebab bila dah belajar banyak2, nanti time berbual memang secara semulajadi akan keluar perkara2 yang dipelajari tu. Tapi kalau belajar pun tanak tapi nak pandai cakap terus, dari mana pulak otak tu nak cari perkataan untuk mulut kita sebut? Tu yang mulut 'a.. a..' tapi tak keluar apa-apa tu.
Oklah agak hardcore pulak topik saya pada hari ini. Kalau tengok entri2 blog saya ringan2 saja kan. Untuk medium blog, tak boleh nak bubuh pelajaran2 dan latihan2 hardcore, sebab tak sesuai. Blog ni untuk santai-santai saja, pelajaran pun santai saja. Jadi ambil masa lama sikitlah untuk mahir. Kalau nak cepat, terpulang pada diri dan betapa kuatnya kemahuan masing2.
Ingatlah, latihan adalah asas kemahiran. (Macam slogan IKBN je bunyinya..)
Ok jumpa lagi di lain entri. Jom berlatih.
Nad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam,,nak tanya....kat mane nak cari kelas belajar bahasa korea ek???nak sgt belajar nie...tq ya
ReplyDeletea'a saya pon nak gak...please
ReplyDelete