Yang sama-sama ingin belajar

Ahad, Julai 28, 2013

Bahasa Jepun : Berapa harganya?

Duit duit~



Salam semua,

Hari ini saya akan kongsikan cara untuk bertanya harga di dalam bahasa Jepun.

Pelajaran ini mudah saja.

Mari lihat dialog di bawah.

B.Melayu

H : Ada susu tak?
Z : Ada. 
H : Berapa harganya?
Z : 100 yen.
H : Kalau begitu beri saya satu botol ya.
Z : Baiklah.

B. Jepun

H : ミルクありますか?(Miruku arimasuka?)
Z : あります。(Arimasu.)
H : いくらですか?(Ikura desuka?)
Z : 百円です。(Hyaku-en desu)
H : それでは一本ください。(Soredewa ippon kudasai.)
Z : はい、分かりました。(Hai, wakarimashita.)

Frasa 'ikura' ini memang digunakan khas untuk bertanya tentang berapa nilai atau harga sesuatu benda.

Berikut adalah beberapa contoh lain gabungan frasa 'ikura' ini.

A : Yang ini sebotol berapa harganya? 
A : これ、一本いくらですか?(Kore, ippon ikura desuka?

B : Tahu tak berapa harganya? 
B : いくらかを知っていますか?(Ikura ka wo shitteimasuka? )

Mudah saja kan?

Baiklah itu saja untuk kali ini.
Selamat bersahur dan berpuasa!

Nash

1 ulasan: