Yang sama-sama ingin belajar

Monday, April 30, 2012

Pesta Buku Antarabangsa KL 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaflah kerana sudah lama tidak update pelajaran di sini. Entri kali ini pun bukan pelajaran, tapi pengumuman. Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan kepada pembaca sekalian, yang dua buah buku saya sudah pun diterbitkan dan boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC yang sedang berlangsung sekarang hinggalah 6 Mei (Ahad ni).


Buku yang pertama bertajuk 'KOLAGEN'. Ianya adalah antologi cerpen yang memuatkan 20 buah cerpen tulisan saya dan ayah saya di dalam genre urban dan moden. Buku ini boleh didapati di booth Lejen/Fixi yang terdapat di H27-H28 Dewan Tun Hussein Onn. Sila pergi beli cepat-cepat ya, cetakan pertama terhad dan ini dah hari ke-4 pesta (KolaGen adalah buku no 3 terlaris di booth Lejen untuk hari ke 4 - sumber : Lejen Press).

 KolaGen karya Nash Azly dan Sahlan Mohd Saman


Buku yang kedua pula bertajuk 'DONCHAN'. Buku ini adalah sebuah novel kanak-kanak berlatarkan negeri Pulau Timur yang macam ala-ala negara Jepun. Ceritanya mengisahkan seorang budak kampung bernama Donchan yang menjadi terkenal dengan bakatnya membuat tembikar sehingga disuruh oleh Raja untuk membina sebuah tembikar yang tidak masuk akal atau bakal berdepan hukuman berat. Mampukah Donchan menunaikan perintah Raja tersebut? Ha, nak tau kesudahannya kenalah baca dulu ya adik-adik (macam rancangan hari ahad pagi pulak).

Walaupun buku ini adalah novel kanak-kanak, ianya setebal lebih kurang 100ms (kira-kira 1/4 novel biasa) maka ianya sesuai menjadi bahan bacaan ringan untuk yang dewasa juga. Buku ini adalah terbitan Fajar Pakeer Junior dan boleh didapati di booth Fajar Pakeer di Dewan Tun Razak booth no 3237, 3238, 3259 dan 3261.


 DONCHAN karya Nash Azly


Sabtu 28hb hari tu saya dah pergi booth FP ni tapi Donchan masih belum kelihatan di rak. Katanya esok insyaAllah akan sampai di rak-rak Fakar Pakeer di PABKL. Maka siapa yang berkunjung esok (1 Mei) boleh dapatkannya panas-panas lagi baru keluar dari printing heheh.. (saya pun belum ada lagi tau!)

Baiklah, bagi yang ingin bertemu saya (owh segan plak tulis cmni), insyaAllah saya akan berada di booth Lejen/Fixi pada 5 hb Mei (Sabtu ni) pukul 4 - 5 petang untuk sesi ramah mesra bersama pembaca. Saya akan sediakan cenderahati kecil tanda terima kasih untuk pembeli-pembeli KolaGen mahupun Donchan yang datang bertemu saya pada hari tersebut. Terhad tau! Sebab takut takde orang datang pun so buat sikit je takmau membazir...(-.-;)

Ok itu saja update saya untuk kali ini. Maaf sekali lagi sebab hijack blog belajar bahasa ni untuk promo buku2 saya. Diharap anda semua dapat memberi sokongan kepada saya yang baru bertatih di dalam bidang penulisan ini. 

InsyaAllah semoga kita bertemu lagi di pelajaran seterusnya, dan juga di PWTC Sabtu nanti okey ;)
Soredewa, mata ne!
Annyeong!

Nash Azly



2 comments:

  1. Tahniah!!
    Semoga buku yang diterbitkan dapat sambutan dan murah rezeki

    ReplyDelete
  2. Ada tak jual kamus komunikasi korea..saya tengah cari?

    ReplyDelete