Yang sama-sama ingin belajar

Showing posts with label kosa kata. Show all posts
Showing posts with label kosa kata. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

어휘 Vocabulary 2



Tema hari ini ialah pakaian.
Kosa kata untuk hari ini :

1. Seluar
Eng : Pants
Jp : ズボン(zubon)
Kr : 바지 (baji)

2. Tali leher
Eng : Necktie
Jp : ネクタイ (nekutai)
Kr : 넥타이 (negtai)

3. Poket
Eng : pocket
Jp : ポケット (poketto)
Kr : 주머니 (jumeoni)

4. Panjang
Eng : Long
Jp : 長い(nagai)
Kr : 긴(gin)

5. Kemeja
Eng : Shirt
Jp : ワイシャツ(waishatsu)
Kr : 와이셔츠 (waisyeocheu)


Ok terima kasih.
안녕~~

nash 


Monday, July 13, 2015

어휘 Vocabulary 1

안녕하세요.

Hari ini saya ingin mulakan sesi pembelajaran kosa kata ataupun di dalam bahasa korea nya 어휘 (oehui).

Cara saya belum tetapkan, tapi setiap hari saya ingin belajar sekurang2nya 5 perkataan baru.

Saya menggunakan bantuan aplikasi android bernama Korean Fun Easy Learning.

Topik hari ini adalah organ dalaman badan. Hardcore gak nih, tapi whateverlah. Layankan je.

1. Organ dalaman.
English : Internal organs
일본어: 内臓 (naizou)
한국어: 내장 (naejang)

2.  Paru-paru
Eng : Lungs
Jp: 肺 (Hai) 
Kr: 폐 (pye)

3. Lidah
Eng : tongue
Jp: 舌 (shita)
Kr: 혀 (hyeo)

4. Perut
Eng : stomach
Jp: 胃 (i)
Kr: 위장 (wijang)

5. Saraf
Eng : nerve
Jp: 神経 (shinkei)
Kr: 신경 (singyeong)

Okay!
Sampai jumpa lagi!
안녕!!!


Friday, November 14, 2014

B.Korea : 니 마음 대로




Salam semua,

Hari ni nak share frasa yang selalu saya dengar di corong2 radio. Dengar radio la sangat.

Frasanya ialah :

니 마음 대로
(Ni maeum daero)

ataupun di dalam bahasa Jepunnya :

君の心通り
(Kimi no kokoro doori)

Maksud frasa ni adalah "ikut suka hati kau".

니 (ni): awak (punya) #berasal dari 너의 (noei) iaitu "awak punya"
마음(maem) : hati atau heart dalam bahasa inggeris
대로(daero) : seperti / ikut macam

Setakat yang saya perasan frasa ini banyak digunakan di dalam lirik2 lagu mahupun perbualan seharian.

Kalau di dalam perbualan frasanya berakhir dengan 해 iaitu kata kerja buat.
Cth 니 맘대로 해 (buat ikut sukahati kau la)

Satu contoh pengunaan di dalam Gag Concert

Okey itu je untuk kali ni.
Jumpa lagi bila2.
다음에 봐요~!

Nash
  


Friday, July 11, 2014

B.Korea : Susah dan senang.

Imej hiasan dari www.domaineq.com


Salam semua,

Setelah beberapa lama saya menyepi, kini saya kembali seketika dengan pelajaran baru. Simple saja hari ini. Kita sambung yang dah dimulakan oleh bahasa Jepun sebelum ni.

Hari ini nak kongsi tentang dua perkataan : susah dan senang.

Susah = 어렵다 (eolyeobda)

Senang = 쉽다 (swibda)


Mari lihat contoh penggunaannya pula.


Contoh 1

Bahasa Korea sangat susah.

한국어 는 너무 어려워요.

Hangug-eo neun neomu eolyeowoyo.





Contoh 2


Tapi, bahasa Jepun lagi susah.

근데, 일본어는 더 어려워요. 

Geunde, ilbon-eoneun deo eolyeowoyo.



Contoh 3

Bahasa Melayu bagaimana? Senang?

말레이어 는 어때요? 쉬워요?

Malleieo neun eottaeyo? Swiwoyo?



Contoh 4 

Bahasa Melayu sangat senang!

말레이어 는 너무 쉬워요!

Malleieo neun neomu swiwoyo!



Itu saja. 쉬웠지?
Baiklah sekian saja untuk kali ini.
Kita jumpa lagi nanti ya.

Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.
Semoga Ramadhan membawa berkat di dalam hidup kita, InsyaAllah.

Jumpa lagi!
안녕!!


Nash

Wednesday, March 19, 2014

B.Jepun : Senang dan susah

数学(Suugaku)


Salam semua,

Hari ini saya ingin update sedikit pelajaran bahasa Jepun dengan dua perkataan baru.

1. Senang, mudah

B.J  : 簡単 かんたん (kantan

2. Susah

B.J : 難しい むずかしい (muzukashii


Mari lihat contoh ayat.

BM :  Itu perkara mudah.
BJ : それは簡単なことです。
   Sorewa kantan na koto desu.

BM : Matematik adalah pelajaran yang susah.
BJ : 数学は難しい科目です。
      Suugaku wa muzukashii kamoku desu.


BM : Mudah kan?
BJ : 簡単でしょう?
       Kantan desho?

Yep, begitulah adanya.
Dan itu saja untuk kali ini.
Sampai jumpa lagi.
またね~

Nash

Wednesday, October 23, 2013

B. Jepun : Nombor belas-belas dan puluh-puluh

Siapa tau nama kereta ini?


Salam semua,

Hari ini saya nak kongsikan tentang nombor di dalam bahasa jepun. Sebelum ini saya dah kongsikan tentang nombor 1 sampai 10 di dalam entri di sini. Hari ini saya akan teruskan dengan nombor belas-belas dan puluh-puluh pula.

Okey kalau anda dan tahu nombor 1 sampai 10, anda pasti tahu yang nombor 10 adalah "jyu" atau "じゅう" dan ditulis sebagai di dalam tulisan kanji.

Untuk pengetahuan anda, nombor 10 ini juga digunakan sebagai "belas" dan juga "puluh" di dalam bahasa jepun. Mari lihat rajah di bawah.



Secara asasnya, untuk sebut nombor belas-belas di dalam bahasa jepun, kita sebut "sepuluh satu", "sepuluh dua", "sepuluh tiga" dan seterusnya. Dua puluh pula disebut "dua sepuluh", "dua sepuluh satu" dan seterusnya. Yang ini dah dekat dengan bahasa melayu dah, so rasanya lebih mudah lagi.

Jadinya kalau tiga puluh macam mana?

Betul. "San-jyu" atau 三十.

Begitulah seterusnya sampai 99 iaitu "kyu-jyu-kyu" atau 九十九.

Baiklah itu sahaja untuk hari ini. Kalau rasa senang sangat, sila hafal tulisan kanjinya pula okey. Kalau kanjinya pun dah hafal, bagitau saya, saya kongsikan ratus-ratus dan ribu-riban pulak.

Maka dengan ini, selamat mengira dan gambattekudasai~

また次の時にね~!
頑張ってください~

Nash Azly



Sunday, August 25, 2013

B.Korea : Berapa harga?


Lelaki dan LV
Salam semua,

Bertemu lagi di dalam sesi pelajaran bahasa korea bersama saya, Nash Azly.
Sebelum itu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog ini yang menyambut perayaan ini.

Dah puas beraya, mari kita sambung sikit pelajaran bahasa kita. Hari ini saya ingin berkongsi pelajaran tentang bagaimana menyebut frasa 'berapa harga?' di dalam bahasa korea.

Mari kita ikuti dialog ringkas di bawah.

Bahasa Melayu

S : Beg ni berapa harga?
N :Beg itu RM300.
S : Mahalnya! Beg itu berapa harga?
N :Yang ni RM30.
S : Murahnya. Baiklah, beri saya yang itu.



Bahasa Korea

 S :이 가방은 얼마예요?
      (I gabang-eun eolmayeyo?)

N : 그 가방은  RM300 입니다.
      (Geu gabang-eun RM300 ibnida.)

S : 너무 비싸요! 그 가방은 얼마예요?
      (Neomu bissayo! Geu gabang-eun eolmayeyo?)

N : 이건 RM30 입니다.
      ( Igeon RM30 ibnida.)

S : 싸네요. 그럼, 그것 주세요.
      (Ssa-neyo. Geuleom, geugeos juseyo.)


'Eolma' bermaksud 'berapa' dan boleh juga digunakan untuk pertanyaan atau ayat yang melibatkan jumlah.
 Buat masa ni kita belajar untuk harga saja dulu ya :)

Sedikit perkataan lain yang ada di dalam ayat di atas.

beg : 가방 (gabang)
mahal : 비싸다 (bissada)
murah : 싸다 (ssada)

Ok itu saja buat kali ini. Jumpa lagi di entri yang seterusnya k!

화이팅! Fighting!


Nash Azly


Tuesday, May 28, 2013

B.Korea : Bagaikan Dusta...

Salam semua,

Kita bertemu kembali di dalam pelajaran bahasa korea.

Hari ini saya bercadang untuk berkongsi sebuah lagu yang semenjak dua menjak ni saya suka sangat dengar. Di dalam lirik lagu ini, terkandung satu perkataan atau ungkapan yang saya ingin kongsikan iaitu 'bagaikan' ataupun 처럼 (cheoreom).

Bila saya suka dengar sesebuah lagu itu, maka saya pun akan cuba cari liriknya, dan akan cuba fahamkan maknanya.

Lagu yang ingin saya kongsikan adalah lagu daripada kumpulan duo Davichi (다비치) yang bertajuk "녹 는 중"(Nok neun jung) yang bermaksud "Be Warmed" di dalam bahasa orang putehnya.



Oh okay, nampaknya liriknya terlalu panjang untuk saya kopipes kat sini. Makanya saya akan petik bahagian yang saya suka. Apalagi kalau bukan korus. Jom kita tengok.

거짓말처럼
geojitmalcheoreom

차갑게 얼었던 나의 맘
chagapge eoreotdeon naui mam

네 앞에선 녹아내리는 걸
ne apeseon noganaerineun geol

추운 겨울에서
chuun gyeoureseo

봄으로 계절이 바뀌듯
bomeuro gyejeori bakkwideut

너 때문에 녹아내리는 중
neo ttaemune noganaerineun jung

Baiklah maknanya di dalam bahasa melayu adalah seperti di bawah ni : 

Bagaikan dusta, 
Dingin membeku hatiku ini,
Namun di depanmu ia mencair, 
Seperti kesejukan musim dingin, 
Yang berubah menjadi musim bunga, 
Ia mencair kerana kamu..

Ok jiwang tak jiwang lirik lagu ni?
Memang jiwang, ni baru sikit. Biasalah kalau tak jiwang, tak korealah kan.

Baiklah mari lihat ayat pertama chorus untuk lagu ini.

거짓말처럼
geojitmalcheoreom
Bagaikan dusta

 거짓말 (geojitmal) bermaksud dusta atau tipu dan saya rasa anda dah selalu dengar perkataan ni baik di dalam lirik lagu mahupun di dalam drama tv.

 처럼(cheoreom) pula bermaksud 'bagaikan' atau 'seperti' ataupun 'macam'. Macam yang selalu pakai dalam perumpaan kalau di dalam bahasa melayu.

Sebagai contoh : Bagaikan aur dengan tebing.
Okey yang ni jangan suruh saya trenslet pulak, saya pun taktau ada ke tak perumpaan korea yang membawa maksud yang sama dengan perumpaan ini.

Mari kita lihat contoh lain penggunaan 'cheoreom':

1. 바보 처럼(babo cheoreom) = Seperti orang bodoh.
 *frasa ini pun selalu digunakan di dalam lirik lagu. 

2. 아까 처럼 하세요 (akka cheoreom haseyo) = Sila buat macam tadi.

3.  아무것도 없는 처럼 하지마세요 (amugeos do obsneun cheoreom hajimaseyo) = Janganlah buat bagaikan tak ada apa-apa.

Boleh tangkap kan sedikit sebanyak makna dan penggunaan 'cheoreom' ni? 

Ianya satu ungkapan yang menarik dan mudah kita tangkap apabila kita mendengar perbualan atau lagu. Kalau tak pernah perasan, lepas2 ni harap2 boleh perasan ya. Terutamanya bila dengar lagu Davichi kat atas ni. 

Ok setakat itu saja. Ingat nak explain bait2 lirik yang lain, tapi nanti jadi panjang berjela pulak entri ni. Satu-satu dulu ya. 

Baiklah, jumpa lagi di entri seterusnya. 

안녕~~~^^

Nash Azly


Wednesday, April 24, 2013

B. Jepun : Makanan

チキンカレー(chikin kare)


Salam semua,

Hari ini saya akan berkongsi tentang makanan! Bukan berkongsi makanan ya, tapi berkongsi tentang bagaimana nak cerita pasal makan di dalam bahasa Jepun.

Hm, dah lama tak buat dialog. Oklah, hari ini mari kita tengok dialog di bawah.

B.Melayu
N :  Awak dah makan?
M : Dah.
N : Makan apa?
M : Malam ini saya makan nasi dan kari.
N : Kari apa?
M : Kari ayam.
N : Sedap tak?
M : Mestilah sedap!
N : Awak pandai masak ya.
M : Ya, saya suka memasak.
N : Awak pandai masak makanan yang bagaimana?
M : Saya pandai masak makanan Korea.
N : Wah, hebatnya.
M : Ya.

B. Jepun

N: もう食べましたか?(Mou tabemashitaka?)
M: はい。(Hai)
N: 何を食べましたか?(Nani wo tabemashitaka?)
M: 今夜はご飯とカレーを食べました。(Konya wa gohan to kare wo tabemashita)
N: 何のカレーでしたか?(Nan no kare deshitaka?)
M: チキンカレーでした。(Chikin kare deshita)
N: おいしかったですか?(Oishikattadesuka?)
M: もちろんおいしかったですよ!(Mochiron oishikattadesuyo!)
N: 料理は上手ですね。(Ryouri wa jouzu desune)
M: はい、料理が好きです。(Hai, ryouri ga sukidesu)
N: どんな料理が得意ですか?(Donna ryouri ga tokui desuka?)
M: 韓国料理が得意です。(Kankoku ryouri ga tokui desu)
N: すごいですね!(Sugoi desune!)
M: はい。(Hai)

Haa.. amacam? Sekali keluar panjang berjela. Tapi tak ada drama pun. Dialog biasa-biasa saja.

Ok back to the topic, di dalam dialog di atas ada beberapa jenis pertanyaan yang bolehlah kalau nak dipakai selepas2 ni kan. Dah makan, makan apa semua tu ayat standardlah untuk memulakan perbualan.

Di bawah ni saya tambahkan sedikit lagi kosa kata tentang makanan untuk telahan kita bersama.

Makan : 食べます(tabemasu)
Makanan : 食べ物 (tabemono)
Nasi : ご飯 (gohan) / ライス (rice)
Mi :  麺 (men)
Sup : スープ (su-pu)
Roti : パン (pan)
Ikan : 魚 (sakana)
Daging :  肉 (niku)
Ayam : 鶏 (tori) / チキン (chikin)
Pedas :  辛い (karai)
Manis :  甘い (amai)
Sedap :  美味しい (oishii)
Tak sedap :  まずい (mazui)

Hm, banyak lagi kalau nak bubuh ni, tapi karang bukannya boleh hafal semua ya tak. Biar takat ni sajalah dulu ya. Kalau nak lagi beritahulah, saya tambah lagi.

Dan banyak perkataan-perkataan di atas ni saya tulis di dalam tulisan Kanji. Kalau boleh hafal, hafal lah, tapi kalau susah tak perlu paksa diri dulu. Hafal lah furigana(sebutan)nya saja dulu.

Cerita pasal Kanji, saya baru kongsikan sekali saja ya pasal kanji nih. Hm, oklah saya akan cuba kongsikan lagi cara-cara nak tulis kanji yang lain2 pulak selepas ni. Sediakanlah penadol banyak-banyak ya nanti, heheh..

Baiklah, itu saja untuk kali ini. Hujung minggu ni akan bermulalah Pesta Buku Antarabangsa KL 2013, so saya akan busy sikitlah sepanjang minggu hadapan (uih awal2 dah bagi alasan). Jika ada kesempatan, saya buat satu entri, InsyaAllah. Oh ya untuk sesiapa yang pergi PABKL nanti, bolehlah usya-usya buku2 saya ya nanti. Kalau sudi beli, saya ucapkan terima kasih banyak2 :)

Hai, soredewa minasan, mata aimashou!
はい、それでは皆さん、また会いましょう!

Nash Azly





Sunday, March 17, 2013

B.Jepun : Lama tak jumpa!

Ohisashiburidesu!


Salam semua,
Konnichiwa!

Lama tak jumpa ya. Apa khabar semua agaknya? Harap semua baik2 saja kan.

Baiklah untuk pelajaran kali ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk mengucapkan ucapan "Lama tak jumpa" di dalam bahasa jepun. Mari ikuti dialog di bawah.

B.Melayu

N :  Lama tak jumpa!
M : Ya, lama tak jumpa.
N : Awak sihat?
M : Sihat saja. Awak?
N : Saya pun sihat. Sebab setiap hari saya ingat kat awak.
M : Ei bencinya.. Sebenarnya.. saya pun.

B.Jepun
 
N :  (ひさ)しぶりです。(Ohisashiburi desu.)
M : はい、お(ひさ)しぶりですね。 (Hai, ohisashiburi desune.)
N : あなたは元気(げんき)ですか?(Anata wa genki desuka?)
M : 元気(げんき)ですよ。あなたは?(Genki desuyo.Anata wa?)
N : (わたし)元気(げんき)ですよ。毎日(まいにち)あなたのことを(おも)っているからです。(Watashi mo genki desuyo. Mainichi anata no koto wo omotteiru kara desu.)
M:いやだ。。(じつ)。。あたしもですよ。(Iyada.. Jitsu wa.. Atashi mo desuyo.)

Okey tolong jangan muntah dulu ya. Ianya hanyalah dialog semata-mata, tak ada kaitan samada dengan yang hidup atau yang mati. Er.. atau ada? Ha.. ok takpe abaikan saja. Mari fokus kembali kepada pelajaran hari ini.

Ya, secara ringkasnya, ucapan ‘lama tak jumpa’ disebut ‘hisashiburi’.

(ひさ)しぶり(hisashiburi)lama tak jumpa

Kita tambah ‘desu’ di belakang untuk jadikannya ayat sopan.

(ひさ)しぶりです(ohisashiburidesu)Sudah lama tak berjumpa. lebih kurang macam ni la skemanya.

Versi sopan kita akan pakai terhadap orang yang lebih tua yang kita hormati seperti saudara mara, cikgu, dan rakan sekerja dan sebagainya.

Versi biasa tu pakai untuk kawan-kawan sajalah.

Oklah setakat itu saja pelajaran untuk hari ini. Kalau ada apa-apa soalan silakan bertanya ya.

Kalau saya boleh jawab saya jawablah. Kalau tak boleh pun, saya akan cuba cari jawapannya.

Semoga berjumpa lagi di lain masa!

また会いましょう!Mata aimasho!


Nash Azly




Tuesday, March 05, 2013

B.Korea : Lama tak jumpa!


Salam semua,
안녕하세요.

Lama tak jumpa ya!
Pada hari ini saya ingin berkongsi frasa di atas ini di dalam bahasa korea.
Boleh digunakan sewaktu bertemu rakan lama samada bertemu muka ataupun hanya bertemu di mukabuku.

Tanpa berlengah lagi, mari teruskan dengan dialog. Yeah dah lama tak keluar dialog kan.

B.Melayu

K : Lama tak jumpa!
R : Yalah, lama tak jumpa.
K : Hidup lagi kau ya? Ingatkan dah mati.
R : Apa?! Mamat ni..!
K : Hahaha!

B.Korea

K : 오랜만이에요! (oraenman-ieyo)
R :  그래! 오랜만이에요.. (geurae! oraenman-ieyo..)
K : 아직 살아? 벌써 죽었어 이라고 생각했어.. (ajig sal-a? beolsseo jug-eoss-eo ilago saeng-gaghaess-eo..)
R : 뭐? 이사람...! (mwo? isaram...!)
K: 하하하! (hahaha!)

Ok abaikan saja yang lain, tumpukan pada frasa yang pertama disebut mereka di dalam dialog di atas ya.

Lama tak jumpa  :  O-raen-man-ieyo (오랜만 이에요)

Kata akarnya ;  O-raen-man-ida (오랜만이다)

Sekian saja untuk kali ini.
Saya akhiri entri kali ini dengan sedikit hiburan iaitu lagu bertajuk "Lama tak jumpa".
Semoga terhibur dan jumpa lagi!
다시 만나요!!



Nash Azly 

Monday, February 18, 2013

B.Jepun : Sekali lagi..

Kuraki Mai : Mou Ichido



Salam semua,
こんばんは。

Terima kasih kerana masih sudi menjenguk blog ini. Pada hari ini saya akan menyambung pelajaran tentang apa yang telah kita pelajari pada entri yang lepas, iaitu bagaimana untuk menyebut frasa 'sekali lagi', kali ini di dalam bahasa jepun pula.

Sekali lagi : もう一度(もう いちど)mou ichido

Mari lihat contoh2 ayat di bawah :

Sekali lagi ingin kutatap wajahmu.
もう一度君の顔を見たい 
(mou ichido kimi no kao wo mitai )

Sekali lagi ingin kudengar suaramu.
 もう一度君の声を聞きたい
(mou ichido kimi no koe wo kikitai )

Sekali lagi aku ingin mencintaimu... 
もう一度君を愛したい。。。
(mou ichido kimi wo aishitai )



Selain daripada di atas, ada satu lagi cara untuk menyebut 'sekali lagi'.

Sekali lagi : もう一回(もう いっかい)mou ikkai 

Apa bezanya 度(do) dan 回(kai) ni?
度(do) adalah kata yang membawa makna kekerapan sesuatu perlakuan.
回(kai) pula ialah penjodoh bilangan untuk 'kali' iaitu bilangan sesuatu perlakuan.

Cuma 度 biasanya digunakan untuk satu kali atau dua kali saja. Setahu saya macam tak pernah digunakan untuk bilangan selain daripada itu. Untuk 回 pula memang digunakan untuk semua nombor sebagai penjodoh bilangan. Oleh sebab itu nilai estetiknya kurang dan tak berapa sesuai digunakan untuk ayat2 puisi seperti contoh2 ayat di atas.

Oklah tak payah fikir susah2 buat masa ni ya. Secara ringkasnya, untuk bilangan sekali, boleh gunakan dua2, namun untuk bilangan  kedua dan seterusnya, sila gunakan 回 sebagai penjodoh bilangan ok.

Baiklah itu saja untuk malam ini. Semoga jumpa lagi di lain masa.

またね。頑張ってください~

Nash Azly

Wednesday, January 23, 2013

B.Korea : Lagi sekali!

Miss A


Salam semua,

Yorobun annyeong haseyo,

Pada asalnya saya nak updet last week, tapi biasalah, tangguh tangguh hari ni baru dapat updet.

Ok saya nak tanya siapa minggu lepas pergi Golden Disc Award kat Sepang angkat tangan!

Best kan? Siapa yang dapat tengok artis pujaan hati memanglah best. Pada saya ok jelah... (sebenarnya geram sebab masuk lambat dan terlepas show Miss A! Argh!)

Anyway kepada yang tak pergi, tak apa lain kali boleh pergi. Simpanlah duit dari sekarang ya. Tiket mahal tu.. (saya amik yg murah je).

Saya pergi malam kedua, dan MCnya si Hongki (FTI), dan saya yang baru belajar bahasa korea ni memanglah tak faham apa yang dia kata. Ha, baru tahu level sendiri kat mana sebenarnya. Ok mari insaf dan belajar dengan lebih tekun lagi.

Walaubagaimanapun, malam tu saya tertarik dengan satu frasa ni yang selalu disebut oleh Hongki dan juga co-hostnya yang saya tak kenal (dan malas nak google, tau dia ahli kumpulan Sistar je).

Frasa tersebut ialah 'dashi hanbeon' yang bermaksud 'sekali lagi', atau 'lagi sekali' ikut sedap masing-masinglah. 

다시 한번 (dashi hanbeon)

Di sini 다시(dashi) bermaksud 'lagi' dan 한번 (hanbeon) bermaksud 'sekali'.

Mari lihat antara contoh-contoh penggunaannya.

1. Sila ulang (cakap) lagi sekali.

 다시 한번 말해 주세요.
(dashi hanbeon marhae juseyo)

2. Sekali lagi, sila beri tepukan gemuruh!

다시 한번 박수쳐 주세요!
 (dashi hanbeon bag su chyeo juseyo!)

Lebih kurang begitulah ya. Penggunaannya biasa di hadapan ayat, atau di hadapan perkara yang nak diulang tu. Lepas-lepas ni kalau tengok rancangan yang ada host2 ni kemungkinan akan dengar frasa ni adalah tinggi, so bila tengok tv tu jangan tengok kosong ya, kembang-kembangkan telinga dan dengar-dengarlah juga ya.

Oklah setakat itu saja untuk hari ini. Selain frasa ni, ada perasan frasa-frasa lain yang selalu disebut tak pada malam tu? Kalau ada bolehlah kongsikan di bahagian komen di bawah ya.

Jumpa lagi di lain masa! Mungkin di event K-Pop yang seterusnya? Heheh.. kita tunggu dan lihat.

Annyeong!!


Nash Azly


Tuesday, January 01, 2013

B.Jepun : Hari ini cerah!

Selamat Tahun Baru!


Salam semua,

Selamat Tahun Baru 2013!

明けましておめでとうございます!
Akemashite omedetou gozaimasu!
 
Saya membuka lembaran tahun baru kali ini dengan entri susulan daripada entri b.korea yang lepas iaitu tentang cuaca. Alhamdullillah cuaca hari ini baik, langit berawan dan tidak panas. Sekurang-kurangnya di tempat saya lah. Di tempat anda, bagaimana pun cuacanya, sama-sama kita bersyukur okey.

Baiklah mari kita teruskan dengan pelajaran hari ini iaitu bicara tentang cuaca. Seperti biasa kita lihat dialog ringkas di bawah.

B.Melayu
Bad : Selamat Tahun Baru.
Radin : Selamat Tahun Baru. Apa kau nak?
Bad : Cuaca hari ini baik kan.
Radin : Ya, hari ini memang cerah. Kenapa?
Bad : Aku ada sesuatu untuk kau.
Radin : Ye ke? Hadiah tahun baru ke?
Bad : Ya. Terimalah...

B.Jepun
バッド:明けましておめでとうございます。(Akemashite omedetou gozaimasu)
ラデン:明けましておめでとうございます。何だお前?(Akemashite omedetou gozaimasu. Nanda omae?)
バッド:今日はいい天気ですね。(Kyou wa ii tenki desune)
ラデン:そうだよ。今日は晴れているよ。何で?(Soudayo. Kyou wa hareteiruyo. Nande?)
バッド:あなたに贈り物があります。(Anata ni okurimono ga arimasu)
ラデン:マジで?もしかして新年のプレゼント?(Maji de? Moshikashite shin nen no purezento?)
バッド:そうです。受け取ってください。。(Soudesu. Uketottekudasai...)

Haa, kalau tengok dialog kat atas kenapa macam pelik sikit tu, yang tu ada sebab. Bad dan Radin adalah dua watak di dalam cerpen saya bertajuk "Belasah" yang termuat di dalam antologi cerpen terbaru "Main Gila" terbitan Lejen Press. Dalam cerpen tu diorang berdua ni taklah cakap bahasa jepun tapi perwatakan diorang memang macam tu. Kalau nak tahu hadiah apa yang Bad bawa untuk Radin, silalah dapatkan buku Main Gila yang bergenre psycho-killer ini. Kini berada di pasaran.

Ecewah sempat lagi promo buku. Ok kembali ke topik pelajaran, seperti di dalam b.korea juga, untuk memulakan bicara memang biasanya orang-orang jepun akan cerita pasal cuaca. Pasal hari cerah, pasal hujan, pasal sejuk, pasal panas. Ini kelebihan orang-orang di negara empat musimlah kan.

Tapi bukan nak kata kita tak boleh cerita pasal cuaca. Boleh sangat. Okey lepas ni kalau hari cerah sila gunakan ayat seperti di atas ya. Konfirm cepat je hafal sebab kat sini kebanyakan hari memang cerah saja (walaupun petang hujan).

Baiklah sampai di sini saja untuk kali ini. Kita jumpa lagi di entri seterusnya!

それでは、またね!

Nash Azly



Tuesday, November 27, 2012

B.Korea : Hari ini cuaca baik!

Cicak yang berHujan


Salam semua,

Buah delima gemuk berisi,
  Dibawa budak ke atas titi,
Sudah lama tidak berkongsi, 
  Harap tidak ternanti-nanti.


Ewah berpantun pula saya. Baiklah kita bertemu lagi di dalam ruangan... ok semua orang dah tahu ya. Baiklah pada hari ini saya ingin berkongsi ayat yang selalu dituturkan untuk memulakan perbualan.

Ya, ianya tentang cuaca. Mari lihat dialog ringkas di bawah.

BM

Bad : Selamat pagi.
Radin : Selamat pagi.
Bad : Hari ini cuaca baik.
Radin : Yalah. Minggu ini cuaca memang baik
Bad : Harapnya petang ni tak hujan.
Radin :Ya, harapnyalah.

BK

밧드 :안녕하세요. (annyeong haseyo)
라딘 : 안녕하세요. (annyeong haseyo)
밧드 : 오늘은 날씨좋아요. (oneul-eun nal-sshi ga joh-a yo)
라딘 : 네.이번주 날씨가 정말 좋아요. (ne. ibon ju nal-sshi ga jeong-mal joh-a yo)
밧드 :오후 가 내리지 않으면 좋아요. (o-hu bi-ga neriji-ahn-eumyeon joh-a yo)
라딘 :그렇네요. (keu-reon ne yo)

Ok begitulah ceritanya. Kalau kat Malaysia ni kita jarang buka perbualan dengan cuaca, tapi di negara-negara empat musim, ianya perkara biasa untuk memulakan perbualan dengan topik cuaca. Ianya disebabkan cuaca mereka yang agak ekstrim sampai boleh jadi topik perbualan.

Saja je saya timbulkan topik cuaca ni kerana sejak kebelakangan ni asik hujan saja kan petang-petang. Kalau tak kena gayanya tu sampai banjir2 kilat jadinya. Oleh sebab itu mungkin lepas-lepas ini kita pun boleh gunakan cuaca sebagai pembuka bicara di antara kita juga nanti kan.

Baiklah itu saja untuk hari ini. Ringkas saja kan. Jikalau ada apa-apa soalan silalah kongsikan bersama ok.
Sampai jumpa lagi!
다음에 보자! 안녕!

-나쉬
Nash Azly

Wednesday, October 17, 2012

B.Jepun : Awak OK tak?

Aku okey!!! (sumber)

Salam semua,

Kembali kita ke pelajaran bahasa jepun minggu ini. Lanjutan daripada pelajaran b.korea minggu lepas, minggu ini saya ingin terangkan perkara yang sama di dalam bahasa jepun pula iaitu tentang cara menyatakan 'saya okey' atau 'saya tak apa-apa'. 

Mari lihat dialog ringkas di bawah.

B.Melayu

Nenek Midori : Kenapa tu Donchan?
Donchan : Saya terjatuh nek.
Nenek Midori : Donchan tak apa-apa?
Donchan : Saya okey.

B.Jepun
ミドリばあさん: どうしたのどんちゃん?(Doushitano Donchan?)
どんちゃん: 私こけちゃった。(Watashi kokechatta.)
ミドリばあさん: どんちゃん大丈夫?(Donchan daijoubu?)
どんちゃん: 大丈夫だよ。(Daijoubu dayo)

Begitulah kira-kiranya. Secara ringkasnya :

大丈夫(だいじょうぶ)Daijoubu :  Okey, tak apa-apa, baik-baik saja.

'Okey' di sini bermaksud baik dari segi keadaan fizikal dan mental seseorang dan bukan untuk benda bukan hidup, namun begitu boleh juga digunakan sebagai persetujuan di dalam sesetengah keadaan.

Contoh :

A: Di sini okey tak?
B : Situ okey.

A: ここは大丈夫ですか?(Koko wa daijoubu desuka?)
B:そこは大丈夫です。(Soko wa daijoubu desu)

Walaupun ayat ini seseolah menyatakan 'okey' dari segi tempat, namun sebenarnya ia menunjukkan persetujuan diri orang yang ditanya terhadap tempat tersebut dan bukannya tempat itu yang baik atau bagus.

Walaupun perkataan 'okey' itu universal untuk apa saja, namun 'daijoubu' tidak boleh digunakan secara total sebagai 'okey'. Ada had-hadnya seperti yang telah saya jelaskan di atas. Tapi kalau tersalah pakai pun orang tetap faham, cuma kurang sesuailah.

Okey sampai sini saja ya buat hari ini (<--'Okey' di dalam ayat ni tak boleh diganti dengan 'daijoubu' ya ;) ).
Jumpa lagi di pelajaran yang seterusnya.

それでは、またね。
勉強頑張ってください。


Nash Azly



Thursday, October 11, 2012

B.Korea : Kau OK ke?

Aku okey bro!


Salam semua dan 안녕하세요!

Selamat bertemu lagi. Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu frasa yang seringkali digunakan di dalam perbualan seharian. Frasa tersebut adalah 'kau ok ke?' atau di dalam bahasa koreanya 'gwaen-chanh-a-yo?".

Barangkali sudah ramai yang tahu akan frasa ini. Baguslah, moga lepas ini akan lebih tahu lagi kan. Untuk yang baru tahu, saya akan kongsikan serba sedikit ya.

Perkataan akar untuk frasa ini ialah :

괜찮다 (gwaen-chanh-da)

baik, selamat, okey, tak apa-apa

Apabila digunakan di dalam ayat, bentuknya berubah mengikut jenis ayat dan tatabahasanya. Mari kita lihat contoh di bawah.

Ayat formal biasa

Awak okeykah?

괜찮으세요?(gwaen-chanh-eu-se-yo?)

Ayat sopan biasa

Awak okey?

괜찮아요? (gwaen-chanh-a-yo?)

 Ayat tak formal

Kau okey?

괜찮아? (gwaen-chanh-a?)

Kalau kita lihat, kata subjek seperti 'saya', 'awak', dan 'kau' sering digugurkan di dalam ayat. Ini adalah kerana apabila ianya sudah jelas yang perbualan itu ditujukan kepada seseorang, maka tidak perlu sebut subjeknya lagi. Ini sedikit berbeza dengan bahasa melayu yang biasanya kita sebut juga subjeknya walaupun dah jelas. 
 
Selain daripada bentuk-bentuk di atas, banyak lagi bentuk-bentuk lain yang boleh disesuaikan dengan perkataan ini. Boleh dikatakan yang ini di antara yang paling biasa digunakan. 

Sebelum kita berhenti, mari lihat penggunaan frasa ini di dalam dialog ringkas di bawah. 

B.Melayu

Hakimi : Kau tak apa-apa? 
Raina : Saya tak apa-apa.
Hakimi : Betul ni?
Raina : Betul, saya okey. Janganlah risau. 

B.Korea

하김이: 너 괜찮아? (neo gwaen-chanh-a?)
라이나: 제가 괜찮아요.  (je-ga gwaen-chanh-a-yo)
하김이: 정말?  (jeong-mal?)
라이나: 네, 정말 괜찮아요. 걱정하지마세요.  (ne, jeong-mal gwaen-chanh-a-yo. geog-jeong-hajimaseyo)

*Hakimi menggunakan bentuk tak formal manakala Raina menggunakan bentuk sopan biasa

Saya harap boleh faham ya. Kalau tak faham sila2kan bertanya. Kalau saya tak boleh jawab, mungkin ada pembaca2 lain yang lebih tahu boleh tolong jawabkan. 

Ok sampai di sini saja untuk kali ini. Semoga dipanjangkan umur untuk bertemu lagi ya. 
Sampai jumpa lagi. 

안녕히가세요!

Nash Azly

Monday, October 01, 2012

B.Jepun : Sakit!

Itai! Itai!

Salam semua dan konbanwa,

Selamat bertemu lagi di dalam pelajaran seterusnya. Pada hari ini kita akan belajar bahasa jepun pula dengan tajuk yang sama iaitu "sakit".

Di dalam bahasa jepun, sakit ada dua mengikut maksud.

1. Itai (痛い:いたい) - sakit (kata adjektif)

2. Byo-ki (病気:びょうき) - sakit (kata nama), juga bermaksud penyakit

Mari lihat ayat contoh untuk kedua-dua di atas.

1. Itai (kata sifat)

Dr Ali : Sakit tak sini?
Mamat : Sakitlah!

アリ先生:ここは痛いですか? (Koko wa itai desuka?)
ママット:痛いです! (Itai desu!)

2. Byo-ki (kata nama)

Mamat : Saya sakit apa doktor?
Dr Ali : Sakit jiwa.
Mamat : Ehhh?!

ママット: 私に何の病気ですか、先生? (Watashi ni nanno byouki desuka, sensei?)
アリ先生: 心の病気です。(Kokoro no byo-ki desu)
ママット: そんな!(Sonna!)


Begitulah lebih kurang. Jangan keliru pula ya dengan penggunaannya. Nanti tunggang terbalik jadinya.
Mari lihat satu dua ayat lagi(dalam kala lampau).

Jipez : Kenapa tak datang semalam?
Keripez : Saya sakit.

ジペス:昨日なぜ来なかったの?(Kinou naze konakatta no?)
ケリペズ:病気でした。(Byo-ki deshita)

Jipez : Sakit apa?
Keripez : Sakit perut!

ジペス:何の病気?(Nanno byo-ki?)
ケリペズ:お腹が痛かったです。(Onakaga itakatta desu)

Ok sampai sini saja dulu. Jikalau tak faham mana-mana bahagian tanyalah ya :)

*Maaf kerana dah lama tak update. Macam takde orang kisah je kalau tak updet pun (eh emo pulak dia :p)

Okey saya cuba updet lebih kerap dan lebih ringkas okey.

Sampai jumpa lagi!
 またね!

Nash Azly





Saturday, July 07, 2012

B.Jepun : Sekarang?

Foto hiasan


As-salam dan selamat sejahtera semua,

Bertemu kita sekali lagi di dalam pelajaran bahasa jepun di blog ini. Adakah anda rasa rate pelajaran di sini selow sangat? Setakat ini saya cuba post seminggu sekali. Maksudnya setiap bahasa dua minggu sekali. Sebenarnya saya pun rasa selow, tapi memang buat masa ini saya mampu sebegini saja. Kalau anda juga rasa selow, mungkin saya boleh fikirkan cara lain untuk tambah pelajaran kita ya.

Hari ini kita akan belajar tentang satu perkataan mudah di dalam bahasa jepun. Minggu lalu kita dah belajar perkataan ini di dalam bahasa korea, kalau tak ingat boleh rujuk sini.Minggu ini kita lihat perkataan yang sama di dalam bahasa jepun pula ok.

Sekarang  =  (いま) ima

Mari lihat dialog di bawah.

Raja : Beta nak Donchan buatkan beta sebuah mangkuk.
Donchan : Baiklah tuanku. Bila tuanku ingin saya siapkannya?
Raja : Sekaranglah!
Donchan : Eh, sekarang ke?
Raja : Yalah, sekarang. Boleh tak?
Donchan : Sudah tentu!
Raja : Bagus. Beta tahu Donchan pasti boleh.

B.Jepun

王様: ドンちゃんにお椀を作ってもらう。(Donchan ni o-wan wo tsukutte morau)
ドンちゃん: かしこまりました。完成はいつごろでよろしいでしょうか。(kashikomarimashita. kansei wa itsu goro de yoroshii deshouka)
王様: がよい。(ima ga yoi)
ドンちゃん: え、ですか?(e, imadesuka?)
王様: そのとおり、だ。できるのか?(sonotoori, ima da. dekirunoka?)
ドンちゃん: もちろんです。(mochiron desu)
王様: よかろう。ドンちゃんならできると。 (yokarou. Donchan nara dekiruto)

Begitulah perbualan yang berlangsung di antara Raja Pulau Timur dan Donchan, budak kecil pembuat tembikar. Kedua-duanya watak daripada novel kanak-kanak saya, Donchan. Dialog di atas ni bahasa jepunnya lain sedikit ya. Donchan pakai bahasa jepun biasa manakala Raja pakai bahasa lama.

Baiklah selain daripada penggunaan mudah di atas, perkataan 'ima' iaitu sekarang juga digunakan secara kombinasi  dengan kanji-kanji lain. Apabila dikombinasikan dan biasanya diletakkan di hadapan, cara bacanya bertukar menjadi 'kon'.

Mari kita lihat contoh :

今夜 (こんや)kon-ya = malam ini
今月 (こんげつ)kon-getsu = bulan ini
今後 (こんご)kon-go = selepas ini

Satu saja perkataan di mana sebutannya jadi lain iaitu untuk perkataan 'hari ini'. Yang ini kira spesial lah.

今日 (きょう)kyou = hari ini

Ok itu saja untuk kali ini ya. Jika ada apa-apa pertanyaan bolehlah ajukan di ruangan komen ataupun di ruang chatbox sebelah ni. Kalau segan nak komen, boleh juga tolong sharekan post hari ini ke FB atau Twitter masing2 dengan menekan button2 share di bawah post ini ya. Saya amat hargainya.

Oh ya, kalau nak cari saya di FB dan Twitter pun buleh.

FB : http://www.facebook.com/nash.azly
Twitter : @NashAzly

Terima kasih saya ucapkan. Jumpa lagi di lain kali.

ありがとうございます!
またね!

Nash Azly

Tuesday, June 26, 2012

B.Korea : Sekarang!

 Foto hiasan

As-salam dan selamat sejahtera,

Moga semuanya sihat menghadapi cabaran hidup hari ke hari. Jangan disesali perkara yang telah lepas dan jangan pula leka dibuai angan-angan yang belum tentu tiba. Nikmatilah masa sekarang, kerana setiap saat yang berlalu tidak akan kembali.

Dengan mukadimah tersebut, saya ingin berkongsi tentang satu perkataan yang mudah dan selalu digunakan di dalam bahasa korea, jepun mahupun apa-apa saja bahasa lain. Perkataan tersebut ialah 'sekarang'. Di dalam bahasa melayu ianya bolehlah ditafsir dengan makna 'pada saat ini' atau 'pada ketika ini'.

Mari kita lihat pula di dalam bahasa korea.

Sekarang  =  지금 (ji-geum)

Mari lihat contoh-contoh penggunaannya pula di dalam ayat.

B.Melayu

Takeshi : Hiro, sekarang kau sibuk tak?.
Hiro : Tak, kenapa?
Takeshi : Jom kuar jap.
Hiro : Bila?
Takeshi : Sekarang la, sekarang!
Hiro : Er..baiklah!

B.Korea

따깨시: 히로, 지금 바빠?  (Hiro, ji-geum pa-ppa?)

히로 : 아니오, 왜요? (anio, owe-yo?)

따깨시:좀 밖에 나가자. (jom pakk-e nakaja)

히로: 언제요? (on-jae yo?)

따깨시: 지금이야, 지금! (ji-geum iya, ji-geum!)

히로: 아,알겠습니다! (a, al-ge-sseum-nida!)


Okey begitulah lebih kurang. Harap-harapnya dialog kat atas ni taklah susah sangat untuk difahami.

Tentang perkataan 'sekarang' ni, kalau kita tengok di dalam bahasa lain ianya satu atau dua suku kata saja. Di dalam bahasa inggeris satu sukukata saja iaitu 'now'. Pada saya ianya bersesuaian dengan makna perkataan tersebut iaitu 'pada saat ini'.

Namun begitu kalau kita lihat b.melayu kita, ianya digambarkan dengan tiga sukukata (se-ka-rang). Bukanlah saya nak kutuk bahasa ibunda sendiri, cuma pada saya tiga sukukata adalah terlalu panjang untuk perkataan yang mempunyai maksud yang 'pinpoint' sebegini. Bayangkan bila kita habis sebut 'sekarang' saja, tika dan saat yang kita maksudkan tu dah pun berlalu. Itu sebab timbulnya singkatan untuk perkataan ini di dalam kamus anak muda iaitu 'skunk'. Yang ini saya tak bersetuju dengan caranya lah, tapi saya faham kenapa terjadi sebegini. Walaubagaimanapun, ini hanyalah pendapat saya saja. Mungkin ada sebab yang saya tak tahu tentang asal usul perkataan 'sekarang' itu kan.

Akhir kata, masa kini lebih cepat berlalu pergi, samada kita setuju atau tidak, samada kita sedar atau tidak. Oleh itu, janganlah bertangguh di dalam apa jua yang kita ingin lakukan. Kejarlah impian kita bermula dari sekarang!

Jumpa lagi sekarang! Er.. taklah, minggu depan pulak ya :p

안녕!

Nash Azly