Yang sama-sama ingin belajar

Showing posts with label tools dan tips. Show all posts
Showing posts with label tools dan tips. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Mari berlatih. Alaaa malasnya.. tengok tv dululah..



Salam semua,

Saya dapat banyak pertanyaan dari pelbagai pihak tentang bagaimana untuk cepat mahir di dalam bahasa korea/jepun.

Seperti mana kita belajar semua perkara di dalam dunia ini, untuk mahir kita perlu berlatih. Untuk mahir bersilat kita perlu berlatih. Untuk mahir menaip kita perlu berlatih. Untuk maher zain, kita perlu berlatih (selingan lawak tak kelakar). Begitu juga untuk mahir di dalam bahasa asing. Kita perlu berlatih.

Berlatih apa?

Berlatih apa yang kita nak mahirkanlah. Kalau nak mahir berbual di dalam bahasa korea, kita perlu berlatih berbual. Takkan berlatih bola keranjang pulak. Bagaimana caranya nak berlatih tu? Caranya, carilah orang yang boleh diajak berbual. Berbual itu perbuatan yang dilakukan oleh dua orang. Macam main badminton lah. Perlu ada lontaran dan sambutan. Kalau sorang-sorang, pun boleh juga, tapi bukanlah berbual namanya, tapi bercakap sorang-sorang. Hasilnya nanti pun berat sebelah juga.

Berlatih ini sebenarnya memerlukan tenaga yang banyak. Itulah sebabnya kalau setakat 'nak' pandai cakap korea, semua orang 'nak'. Saya bukan setakat nak pandai cakap korea, saya nak jadi kaya, nak duit banyak, kereta besar dan banyak lagi. Tapi kalau disuruh berusaha dengan cara berlatih? Hmm tidur lagi best. Tengok tv lagi best. Tengok drama korealah, itu pun latihan juga. Latihan mendengar. Macam-macam alasan akan keluar.

 Kenapa ya? Sebab berlatih ini perlu tenaga, tengok tv tak perlu perah tenaga. Perlu luangkan masa je. Masa banyak, tak abis punya. Tenaga terhad, bila pakai, jadi penat, takleh buat benda lain nanti. Maka tak ramai yang sanggup luangkan tenaga mereka untuk perkara2 yang mereka 'nak'. Kalau boleh rebus air tulisan dan minum terus jadi pandai. Saya pun nak kalau camtu.

Di sini kita kena sedar, hukum sains mengatakan tenaga itu abadi, ia hanya berubah bentuk. Jika kita perah tenaga untuk berlatih, contohnya berlatih bercakap bahasa korea. Penat sangat untuk sebut sepotong ayat penuh yang tak pernah kita sebut. Kenapa penat? Sebab badan kita pakai tenaga untuk menyambung synaps baru pada otak kita. Apa bende pulak synaps ni? Ala sambungan neuron2 otak tu la, ada belajar masa biologi dulu.

Ok, bila otak dah bina synaps, maka bila kita sebut lagi sepotong ayat lain dengan struktur yang serupa, maka synaps itu akan diperkuatkan lagi dan synaps baru akan dibina lagi untuk penyesuaian. Makin lama makin kuat dan stabil lah synaps kita, tu sebab makin lama kita semakin mahir. Ini adalah sains di belakang latihan. Supaya kita semua tahu yang penat itu mempunyai makna yang sangat besar. Berbaloi tak? Mesti punya..

Saya tak mahir bahasa Korea, masih peringkat belajar lagi. Saya perlukan banyak lagi latihan. Yang saya mahir adalah bahasa Jepun. Ini pun setelah latihan yang tidak terhingga banyaknya. Oh nak tahu bagaimana saya berlatih sehingga boleh mahir bahasa Jepun?  Masa zaman belajar Hiragana Katakana, saya akan tulis setiap huruf sebanyak 100x dan diulang setiap hari selama seminggu. Confirm lepas tu hafal. Untuk kanji, setiap hari saya kena hafal 10 perbendaharaan kata siap dengan tulisannya. Berapa lama? Selama setahun. Penat? Heh toksah cakap, memang penat. Berbaloikah? Walaupun sekarang ni taklah ingat semuanya, tapi berbaloiii..

Untuk perbualan, yang ini tiada latihan khusus, lebih kepada pergaulan dengan rakan-rakan. Kenapa yang ini takde latihan khusus? Sebab bila dah belajar banyak2, nanti time berbual memang secara semulajadi akan keluar perkara2 yang dipelajari tu. Tapi kalau belajar pun tanak tapi nak pandai cakap terus, dari mana pulak otak tu nak cari perkataan untuk mulut kita sebut? Tu yang mulut 'a.. a..' tapi tak keluar apa-apa tu.

Oklah agak hardcore pulak topik saya pada hari ini. Kalau tengok entri2 blog saya ringan2 saja kan. Untuk medium blog, tak boleh nak bubuh pelajaran2 dan latihan2 hardcore, sebab tak sesuai. Blog ni untuk santai-santai saja, pelajaran pun santai saja. Jadi ambil masa lama sikitlah untuk mahir. Kalau nak cepat, terpulang pada diri dan betapa kuatnya kemahuan masing2.

Ingatlah, latihan adalah asas kemahiran. (Macam slogan IKBN je bunyinya..)

Ok jumpa lagi di lain entri. Jom berlatih.

Nad

Friday, February 11, 2011

Cara sebutan Bahasa Korea dan Bahasa Jepun.

Ihsan daripada Peter Norvig. 

Salam semua, 

Entri ringkas sahaja untuk hari ini. 

Saya ada dapat beberapa soalan tentang bagaimana hendak sebut sesuatu perkataan di dalam bahasa korea mahupun jepun. 

Saya pun akui yang di blog ini saya hanya tunjukkan bagaimana nak sebut tapi itupun dengan tulisan jugak, dan bukan dengan bunyi, maka memang susah nak bayangkan bunyinya bagaimana. 

Di sini saya ingin memperkanalkan Google Translate. 




Ya, dah ramai yang tahu tentang Google Translate ini namun kalau anda perasan ada fungsi "Listen"  di bahagian bawah yang akan menyebut apa saja yang anda tuliskan di situ.

Gambar je ni, takyah nak klik2 ya

Saya dah test dan ya ianya memang sebut dengan sebutan yang betul. Cuma anda kenalah taip di dalam tulisan korea atau jepun yang betul kalau nak suruh dia baca kuat-kuat. Bagus untuk latihan tulisan anda semua heheh :)

Ok itu saja untuk hari ini. 

Selamat berlatih!

またね!


Saturday, January 08, 2011

Mari Menaip di dalam Bahasa Jepun dan Korea

Foto ihsan dari sini


Salam semua,

Ada yang bertanya bagaimana nak menaip di dalam bahasa Korea atau Jepun. Dah lama saya nak berkongsi perkara ini tapi sebab takde orang tanya jadi saya rasa semua orang dah tahu hehe. 

Namun begitu cara yang saya akan kongsikan ini hanyalah untuk komputer yang menggunakan Windows XP. Bagi yang menggunakan Vista atau windows 7, saya rasa konsepnya lebih kurang sama, cuma mungkin interfacenya berlainan. Coba2lah sendiri ya. 

Baiklah, kita mulakan dengan settings dulu.

1. Tekan butang 'Start' dan pergi ke 'Control Panel'.

2. Buka "Regional and Language Options'.

3. Pergi ke 'Language' tab, dan pastikan kotak pada 'Install files for East Asian Languages' sudah bertanda seperti di bawah.



4. Jika belum, maka tandakannya dan klik 'OK'. Windows akan install tulisan2 yang diperlukan. Di sini ada kemungkinan Windows akan meminta anda memasukkan CD Windows XP untuk installation, sila ikut arahannya. Jika tiada CD.. kenalah cari CD Windows Installer yang bersesuaian ya.
* Biasanya Windows XP sudah pun pre-install tulisan2 ini maka secara defaultnya kotak itu akan bertanda.

5. Jika ianya sudah bertanda, maka lihat bahagian atas yang bertulis 'Text services and input languages'. Sila klik pada 'Details'.

6. Secara defaultnya anda akan nampak skrin di bawah. Sila tekan butang 'Add'.



7. Sila pilih Japanese atau Korean mengikut citarasa anda daripada drop down menu seperti di bawah. Tekan 'OK'.


8. Anda akan lihat kemunculan seperti di bawah ini. Ini bermakna anda telah berjaya! Tekan 'Apply' dan kemudian 'OK'.


* Kalau nak tambah Korean lepas pilih Japanese, tekan 'Add' sekali lagi dan tambah Korean pula.



Ok itu baru install. Sekarang cara guna pula. Cara gunanya berbeza untuk kedua2 bahasa. Saya mulakan dengan bahasa Jepun dahulu.

1. Cuba lihat di taskbar, defaultnye EN, cuba klik dan pilih JP seperti di bawah.



* Kalau tiada EN tu kat taskbar, right-click di mana2 bahagian taskbar (celah2 ikon ke jam ke), dan pilih seperti di bawah. Pastikan ada tanda pada 'Language Bar' baru dia akan muncul.


2. Apabila dah keluar JP di bawah tu, kira persediaan dah mencapai 93.51% dah ni. Sekarang tinggal nak pilih jenis tulisan saja. Macam mana nak pilih? Tekan yang huruf 'A' di sebelah JP tu (ditulis sebagai 'Input Mode' ) dan pilih 'Hiragana'. Sila lihat di bawah kalau tak faham.



3. Sila pastikan taskbar anda kelihatan seperti di bawah.


Jika ya, maka saya ucapkan tahniah! Sekarang anda sudah boleh menaip di dalam bahasa jepun.

Cuba buka apa2 fail atau website dan taip 'watashi' dan huruf yang keluar sepatutnya わたし dengan garisan di bawahnya. Tekan enter dan garisan akan hilang dan akan jadi わたしsemula.

Kalau nak tulis Kanji pula, taip 'watashi', dan akan keluar わたし , tapi kali ini tekan spacebar dan わたし itu akan bertukar menjadi , dan tekanlah enter untuk menetapkannya. Jika mahu pilih kanji yang lain, tekan spacebar tu dua kali dan senarai kanji akan keluar dan boleh pilih mana yang sesuai. Ingat ya Spacebar – pilih, Enter – tetapkan.

Satu tips tambahan. Selain daripada klik 'input mode' dan pilih 'hiragana' seperti yang saya tunjukkan di atas, anda juga boleh gunakan hotkeys Left Alt + [~] untuk switching antara 'hiragana' dan 'direct input' (rumi). Lebih pantas :) Ok itu saja. がんばってください!


Dan sekarang untuk bahasa Korea pula.

1. Sila rujuk langkah no 1 di atas, dan pilih KO seperti rajah di bawah.


2. Taskbar anda akan kelihatan seperti di bawah.


3. Untuk menukar tulisan daripada rumi ke hangul, tekan butang Right-Alt.

Sekarang anda boleh cuba taip di dalam bahasa Korea. Namun begitu, ianya masih belum mencukupi.

Kalau bahasa Jepun, kita boleh eja saja 'watashi' atau 'aishiteru' dengan papan kekunci kita, namun untuk bahasa Korea, layout bagi papan kekuncinya berbeza.

Dan tiada cara lain (setakat ini) selain menghafal dari sampai (hujung ke hujunglah).

Saya terangkan secara ultra-ringkas ya. Kalau nak penerangan lanjut rajin2lah google sendiri :p

Layout papan kekunci Korea seperti di bawah.

Ihsan dari sini

Cara menaipnya ;

- Tangan kiri jaga belah kiri iaitu huruf konsonan dan tangan kanan jaga belah kanan iaitu vowel.

- Menaip mesti dengan rentak kiri-kanan-kiri-kanan.. kerana ejaan hangul mesti dengan konsonan-vowel-konsonan-vowel.

- Kalau sukukata dengan 3 huruf seperti 안녕, taip ㅇ ,ㅏ, ㄴ dan teruskan saja dengan ㄴ, ㅕ, ㅇ, dan tekan spacebar untuk tetapkan.

Menaip di dalam bahasa korea perlu belajar dan berlatih dan mengambil masa. Jangan pula anda expect hari ini juga boleh master. Berlatihlah perlahan2 ya. Lama2 nanti biasalah.

Tips menaip di dalam bahasa Korea : Sila google 'korean typing practice' dan anda akan jumpa website2 di mana kita boleh berlatih menaip. Sebagai contoh 


dan penerangannya boleh didapati di sini

Ini salah satu contoh saja. Cubalah cari yang mana sesuai dengan diri anda ya.

Oklah selamat berlatih!

Sampai jumpa lagi! 안녕!

またね!

* kalau ada yang dah boleh, silalah tinggalkan komen sikit barang sepatah dua di bawah ya ;)

Thursday, December 30, 2010

Belajar Bahasa Korea dengan lebih cepat!


Imej dari sini.


Salam semua,

Saya berterima kasih di atas kesudian anda semua menjengah ke sini dan bersama2 saya mempelajari Bahasa Korea dan Bahasa Jepun.

Namun begitu saya pasti ada di antara anda merasakan yang pelajaran yang saya kongsikan di sini terlalu asas atau terlalu lambat perjalanannya.

Mungkin ada yang sudah berasa letih ataupun kecewa kerana rasa2nya dah banyak dah belajar, tapi kenapa bila tengok drama korea atau jepun masih tidak dapat tangkap atau tidak faham, apatah lagi untuk bertutur di dalam kedua2 bahasa ini.

Di sini saya meminta maaf kerana pace atau langkah saya memang perlahan. Saya ada sebab2 saya tersendiri.

Namun begitu, saya juga suka jika ada yang bersemangat dan ingin kuasai dengan cepat. Untuk anda yang bersemangat ini, saya rekomen anda untuk melayari satu laman bernama TalkToMeInKorean .

Saya juga belajar di sini. Laman ini ada forum, pelajaran audio beserta nota pdf , video dan macam2 lagi. Memang sangat berguna. Yang bestnya, audio dan nota2 boleh dimuat turun dan semuanya adalah percuma! Cuma ianya dalam bahasa Inggeris, tapi saya rasa tiada masalah kan dengan bahasa Inggeris.

Nanti bila dah pandai, jangan lupa pula untuk bertandang ke sini lagi sekali sekala untuk berkongsi pendapat atau idea atau apa yang telah dipelajari ke ok. Saya tetap akan teruskan pelajaran di sini dan anda sentiasa dialu2kan :)

Yang penting di sini adalah kita sama-sama maju jaya, kan?

Ok jumpa lagi.

안녕!




Friday, July 16, 2010

Kamus Online


Salam semua,

Tak sah belajar bahasa kalau takde kamus kan. Rasa senak je bila kita nak tau apa terjemahan di dalam bahasa tertentu tapi tiada kamus di sisi.

Oklah, untuk kamus bahasa Korea, saya menggunakan kamus atas talian saja (gedik tulis je la online). Mungkin ada banyak versi online namun yang saya gunakan ialah dari website www.naver.com.

Naver ni kira macam Google versi Korea. Dalam ini boleh cari apa saja pasal Korea, tapi semuanya dalam tulisan robot2 kenit tu la, so kena bersusah payah sikit ya.

Ok saya tunjuk kat mana yang kamusnya. Sila tengok tanda bulat di bawah yang bertulis 사전(sajon) tu. Sila klik di situ.






Kemudian kita akan sampai ke page yang seperti di bawah ini pula. Sila isikan apa2 perkataan yang anda hendak cari di dalam petak seperti di bawah. Contoh carian di bawah adalah 'dictionary'.






Lepas dah isi perkataan yang nak dicari tu, tekanlah butang hijau belah kanan dia tu. Dan akan keluar page yang seperti di bawah. Anak panah tu menunjukkan terjemahan kata yang dicari, di dalam contoh ini ialah "사전" yang bermaksud "kamus".




*anak panah tu penunjuk saja, dalam website sebenar takde, janganlah cari anak panah tu pulak ya.

Di bawahnya ada juga disertakan ayat2 contoh untuk memudahkan pemahaman. Mungkin sedikit sukar untuk menggunakan kamus ini pada mulanya, namun saya pasti ianya satu latihan membaca yang bagus untuk kita.

Oh ya, jika nak cari perkataan di dalam korea pun boleh, taip saja di dalam kotak yang sama dan makna di dalam bahasa inggeris akan keluar.

Ok selamat mencuba!


Perkataan hari ini :

kamus : 사전 (sajon)
bahasa inggeris : 영어 (yong-o)
bahasa korea : 한국어 (hanguk-o)

Tuesday, June 29, 2010

Belajar sendiri di internet!

Salam semua,

Hari ini saya nak berkongsi sumber-sumber pelajaran saya di internet ini. Saya bermula dengan pelajaran2 percuma yang banyak terdapat di Youtube.

Dan daripada youtube, saya jumpa satu site yang banyak mengajar tentang tatabahasa Korea. Pada sesiapa yang berminat, bolehlah mengunjungi BusyAtom.com. Bagi saya ianya site yang bagus untuk belajar daripada awal mengenal huruf sehingga ke tatabahasa asas. Ada video dan juga pdf yang jelas.

Selain itu saya juga memuat turun podcast dan mendengarnya bila-bila saya ada masa terluang. Antara podcast2 yang saya dengari adalah Kimchigirls, SurvivalPhrases.com, dan KoreanClass101.

Untuk KoreanClass101, perlu bayar untuk melanggani podcast dan peralatan2 pembelajaran mereka yang banyak, namun ada juga podcast2 mereka yang percuma, jadi saya muat turun yang percuma sajalah :p

Selain daripada semua ini, saya juga menonton drama Korea untuk berlatih memahami percakapan. Sambil layan, sambil belajar kan. Takdelah rasa buang masa sejam untuk layan drama Korea yang panjang tu tanpa hasil apa2.

Namun begitu harus kita ingat yang ini semua adalah pembelajaran pasif iaitu masuk ke dalam. Untuk memahirkan diri kita juga perlu belajar secara aktif iaitu berlatih apa yang telah dipelajari. Bak kata pepatah omputeh, "practice makes perfect"!

Ok, selamat berlatih!

perkataan hari ini :

Berlatih : 연습하다 (yon-sep ha-da)