Yang sama-sama ingin belajar

Wednesday, January 23, 2013

B.Korea : Lagi sekali!

Miss A


Salam semua,

Yorobun annyeong haseyo,

Pada asalnya saya nak updet last week, tapi biasalah, tangguh tangguh hari ni baru dapat updet.

Ok saya nak tanya siapa minggu lepas pergi Golden Disc Award kat Sepang angkat tangan!

Best kan? Siapa yang dapat tengok artis pujaan hati memanglah best. Pada saya ok jelah... (sebenarnya geram sebab masuk lambat dan terlepas show Miss A! Argh!)

Anyway kepada yang tak pergi, tak apa lain kali boleh pergi. Simpanlah duit dari sekarang ya. Tiket mahal tu.. (saya amik yg murah je).

Saya pergi malam kedua, dan MCnya si Hongki (FTI), dan saya yang baru belajar bahasa korea ni memanglah tak faham apa yang dia kata. Ha, baru tahu level sendiri kat mana sebenarnya. Ok mari insaf dan belajar dengan lebih tekun lagi.

Walaubagaimanapun, malam tu saya tertarik dengan satu frasa ni yang selalu disebut oleh Hongki dan juga co-hostnya yang saya tak kenal (dan malas nak google, tau dia ahli kumpulan Sistar je).

Frasa tersebut ialah 'dashi hanbeon' yang bermaksud 'sekali lagi', atau 'lagi sekali' ikut sedap masing-masinglah. 

다시 한번 (dashi hanbeon)

Di sini 다시(dashi) bermaksud 'lagi' dan 한번 (hanbeon) bermaksud 'sekali'.

Mari lihat antara contoh-contoh penggunaannya.

1. Sila ulang (cakap) lagi sekali.

 다시 한번 말해 주세요.
(dashi hanbeon marhae juseyo)

2. Sekali lagi, sila beri tepukan gemuruh!

다시 한번 박수쳐 주세요!
 (dashi hanbeon bag su chyeo juseyo!)

Lebih kurang begitulah ya. Penggunaannya biasa di hadapan ayat, atau di hadapan perkara yang nak diulang tu. Lepas-lepas ni kalau tengok rancangan yang ada host2 ni kemungkinan akan dengar frasa ni adalah tinggi, so bila tengok tv tu jangan tengok kosong ya, kembang-kembangkan telinga dan dengar-dengarlah juga ya.

Oklah setakat itu saja untuk hari ini. Selain frasa ni, ada perasan frasa-frasa lain yang selalu disebut tak pada malam tu? Kalau ada bolehlah kongsikan di bahagian komen di bawah ya.

Jumpa lagi di lain masa! Mungkin di event K-Pop yang seterusnya? Heheh.. kita tunggu dan lihat.

Annyeong!!


Nash Azly


3 comments:

  1. Kalau ejaan saya suka awak dalam bahasa korea chuahaeyo ke choahaeyo?

    ReplyDelete
  2. kalau nak eja dengan tulisan rumi mengikut aliran korea yang biasa, ejaannya 'joh-a-hae-yo'.
    Kalau ikut sedap mulut saya, saya suka tulisnya sbg 'cho-a-heyo' sebab bunyinya kedengaran sebegitu. Tapi tulisan sebegini boleh menimbulkan kekeliruan sbb maknanya boleh jadi macam2.. oleh sebab itu kalau utk tunjukkan macam mana bunyinya, bolehla pakai. Kalau tak, pakai yang pertama tu, atau lebih baik lagi, tulis dalam hangul terus :)

    ReplyDelete