Yang sama-sama ingin belajar

Showing posts with label kata kerja. Show all posts
Showing posts with label kata kerja. Show all posts

Friday, July 11, 2014

B.Korea : Susah dan senang.

Imej hiasan dari www.domaineq.com


Salam semua,

Setelah beberapa lama saya menyepi, kini saya kembali seketika dengan pelajaran baru. Simple saja hari ini. Kita sambung yang dah dimulakan oleh bahasa Jepun sebelum ni.

Hari ini nak kongsi tentang dua perkataan : susah dan senang.

Susah = 어렵다 (eolyeobda)

Senang = 쉽다 (swibda)


Mari lihat contoh penggunaannya pula.


Contoh 1

Bahasa Korea sangat susah.

한국어 는 너무 어려워요.

Hangug-eo neun neomu eolyeowoyo.





Contoh 2


Tapi, bahasa Jepun lagi susah.

근데, 일본어는 더 어려워요. 

Geunde, ilbon-eoneun deo eolyeowoyo.



Contoh 3

Bahasa Melayu bagaimana? Senang?

말레이어 는 어때요? 쉬워요?

Malleieo neun eottaeyo? Swiwoyo?



Contoh 4 

Bahasa Melayu sangat senang!

말레이어 는 너무 쉬워요!

Malleieo neun neomu swiwoyo!



Itu saja. 쉬웠지?
Baiklah sekian saja untuk kali ini.
Kita jumpa lagi nanti ya.

Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.
Semoga Ramadhan membawa berkat di dalam hidup kita, InsyaAllah.

Jumpa lagi!
안녕!!


Nash

Thursday, October 11, 2012

B.Korea : Kau OK ke?

Aku okey bro!


Salam semua dan 안녕하세요!

Selamat bertemu lagi. Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu frasa yang seringkali digunakan di dalam perbualan seharian. Frasa tersebut adalah 'kau ok ke?' atau di dalam bahasa koreanya 'gwaen-chanh-a-yo?".

Barangkali sudah ramai yang tahu akan frasa ini. Baguslah, moga lepas ini akan lebih tahu lagi kan. Untuk yang baru tahu, saya akan kongsikan serba sedikit ya.

Perkataan akar untuk frasa ini ialah :

괜찮다 (gwaen-chanh-da)

baik, selamat, okey, tak apa-apa

Apabila digunakan di dalam ayat, bentuknya berubah mengikut jenis ayat dan tatabahasanya. Mari kita lihat contoh di bawah.

Ayat formal biasa

Awak okeykah?

괜찮으세요?(gwaen-chanh-eu-se-yo?)

Ayat sopan biasa

Awak okey?

괜찮아요? (gwaen-chanh-a-yo?)

 Ayat tak formal

Kau okey?

괜찮아? (gwaen-chanh-a?)

Kalau kita lihat, kata subjek seperti 'saya', 'awak', dan 'kau' sering digugurkan di dalam ayat. Ini adalah kerana apabila ianya sudah jelas yang perbualan itu ditujukan kepada seseorang, maka tidak perlu sebut subjeknya lagi. Ini sedikit berbeza dengan bahasa melayu yang biasanya kita sebut juga subjeknya walaupun dah jelas. 
 
Selain daripada bentuk-bentuk di atas, banyak lagi bentuk-bentuk lain yang boleh disesuaikan dengan perkataan ini. Boleh dikatakan yang ini di antara yang paling biasa digunakan. 

Sebelum kita berhenti, mari lihat penggunaan frasa ini di dalam dialog ringkas di bawah. 

B.Melayu

Hakimi : Kau tak apa-apa? 
Raina : Saya tak apa-apa.
Hakimi : Betul ni?
Raina : Betul, saya okey. Janganlah risau. 

B.Korea

하김이: 너 괜찮아? (neo gwaen-chanh-a?)
라이나: 제가 괜찮아요.  (je-ga gwaen-chanh-a-yo)
하김이: 정말?  (jeong-mal?)
라이나: 네, 정말 괜찮아요. 걱정하지마세요.  (ne, jeong-mal gwaen-chanh-a-yo. geog-jeong-hajimaseyo)

*Hakimi menggunakan bentuk tak formal manakala Raina menggunakan bentuk sopan biasa

Saya harap boleh faham ya. Kalau tak faham sila2kan bertanya. Kalau saya tak boleh jawab, mungkin ada pembaca2 lain yang lebih tahu boleh tolong jawabkan. 

Ok sampai di sini saja untuk kali ini. Semoga dipanjangkan umur untuk bertemu lagi ya. 
Sampai jumpa lagi. 

안녕히가세요!

Nash Azly

Friday, February 24, 2012

B.Korea : Tak nak balik!



As-salam semua dan selamat sejahtera,
안녕하세요.

Pada hari ini kita akan sambung pelajaran sebelum ini. Kalau dah lupa boleh rujuk di sini ya. Jikalau sebelum ini kita dah belajar tentang bagaimana untuk menyatakan yang 'saya nak buat.. sesuatu' di dalam b.korea, maka pada hari ini mari kita belajar tentang cara untuk menyatakan 'saya TAK nak buat.. sesuatu'.

Ok tanpa berlengah lagi mari kita mulakan. Seperti biasa kita lihat dialog yang di bawah ini.


B.Melayu
H : Aku nak baliklah.  
R : Tunggulah kejap. 
H : Kau tak nak cepat balik ke?
R : Aah tak nak. Kenapa?
H : Taklah, aku cuma rasa pelik je.
R : Kita kan kat kubur, biasalah tu rasa pelik.
H : Takutlah!

B.Korea.  

H : 집에 가고 싶어요. (chip-e ka-go ship-o-yo)

R : 조금더 기다리세요. (jo-geum toe kidari-seyo)

H : 빨리 집에 가고싶지안해요? (ppal-li chip-e ka-go ship-ji an-heyo?)

R : 그래, 집에 가고싶지안해요. 왜요? (keu-rae, chip-e ka-go ship-ji an-heyo. oue-yo?)

H : 아니오. 조금 이상해요. ( anio. jo-geum isang-heyo)

R : 묘지에 있는 때문에, 이상한 것은 당연해요. (myoji-e iss-neun ttaemun-e, isang han goet-seun tang-yon he-yo)

H : 정말 무서워요! (jeong-mal musoe-woyo!)

Haa, begitulah sedikit sebanyak dialog yang dipersembahkan. Di mana dialog ini dituturkan? Yang itu saya serahkan pada imaginasi masing2 ya di malam2 jumaat begini.

Adeh penat juga tulis dialog simple macam yang di atas ni. Ok secara asasnya kalau nak sebut tak nak di dalam b.korea, ada perubahan terhadap kata kerja.

Kata kerjanya mesti ditukar bentuk sedikit.

cth : nak pergi  : 가고 싶다 (kago shipta)---> 가고 싶지 않다 (kago ship-ji anh-ta)
                      
Mari lihat beberapa contoh lain :

nak mandi :받고싶다(pat-go shipta) --> 받고싶지 않다 (pat-go ship-ji anh-ta)
nak tidur : 자고싶다(ja-go shipta) --> 자고싶지 않다 (ja-go ship-ji anh-ta)
nak tengok : 보고싶다(po-go shipta) --> 보고싶지않다 (po-go ship-ji anh-ta)

Kata-kata kerja contoh di atas ni di dalam bentuk kamus ya. Yang penting, kita tahu bagaimana kata kerja ini berubah untuk menunjukkan makna yang dikehendaki.

Ok kalau boleh faham baguslah. Kalau kurang faham tanyalah ya. Memang saya pun akui bentuk negatif ni agak mengelirukan lagi memenatkan. Namun begitu, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Baiklah, sampai berjumpa lagi. Selamat berlatih!

안녕히 계세요!





Saturday, February 11, 2012

B.Jepun : Taknak buat apa-apa!



As-salam dan おはようございます。

Selamat datang hujung minggu! Bestnya golek-golek atas katil. Tak nak buat apa-apa? Hm.. terpulanglah. Tapi macam mana nak cakap tanak buat tu di dalam b. Jepun?

Ok di dalam pelajaran lepas, kita dah belajar camne nak cakap nak buat sesuatu, so hari ini kita tengok camne nak cakap taknak pula di dalam b. jepun.

Macam biasa mari lihat dialog di bawah :



F : Nak pergi mana-mana? 
G : Tak nak pergi mana-mana.
F :  Nak belajar?
G : Tak nak belajar.
F : Habis tu, nak buat apa?
G : Tak nak buat apa-apa.
F : Bestnye!

F : どこかに行きたいですか?(doko ka ni ikitai desuka?)
G : どこにも行きたくないです。(doko ni mo ikitakunai desu)
F : 勉強したいですか?(bengkyou shitai desuka?)
G : 勉強したくないです。(bengkyou shitakunai desu)
F : じゃ、何をしたいですか?(ja, nani wo shitai desuka?)
G : 何もしたくないです。(nani mo shitakunai desu)
F : いいね(ii ne)


Secara mudahnya, untuk menjadikan 'nak' kepada 'taknak', hanya tukarkan ~tai kepada ~takunai.
Contoh : 

Nak pergi : 行きた ikita-i
Tak nak pergi : 行きたくないikita-kunai

Maka jadilah dia bentuk negatif yang bermaksud tidak mahu. Mudah saja kan? 
Sebagai latihan, cuba tukarkan kata-kata kerja di bawah ni kepada bentuk negatif 'taknak'. Boleh? 

1. tabetai(食べたい) nak makan ==>
2. ikitai(行きたい) nak pergi ==>
3. nomitai (飲みたい) nak minum ==>
4. kaitai (買いたい) nak beli ==>
5. mitai(見たい)  nak tengok ==>
6. kikitai (聞きたい) nak dengar ==>

Boleh lah cut n paste dan jawab di ruangan komen ya :)
Kalau taknak jawab, boleh juga komen sebegitu heheh.. 

Oklah setakat itu saja untuk hari ini. Rajin-rajinlah berlatih ya.
Jumpa lagi nanti.
またね。

Sunday, January 29, 2012

B.Korea : Nak pergi tandas!



Salam semua dan 안녕하세요,

Kita bertemu kembali untuk pelajaran yang seterusnya di dalam bahasa korea. Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang perkara yang sama yang kita telah pelajari di dalam entri b.jepun yang lalu, iaitu bagaimana untuk berkata 'saya nak buat sesuatu'. Kali ini di dalam bahasa korea pula.

Mungkin ramai yang sudah pernah dengar ungkapan 'nak' ini. Mari kita lihat lebih lanjut di dalam dialog di bawah.

R : Kenapa ni?
S : Nak pergi tandas.
R : Oh, ok.
S : Tandas kat mana?
R : Lah, tak tahu ke? Kat sana lah.
S : Terima kasih.

R : 왜 그래요? (ouae geu-rae yo?)
S : 화장실에 가고 싶어요. (hwa-jang-sil e ka-go ship-o-yo)
R : , 그래. (a, geu-rae)
S : 화장실은 어디있어요? (hwa-jang-sil eun oe-di iss-o-yo?)
R : 모릅니까? 저기 있어요. (bo-reup-ni-kka? Cho-gi iss-o-yo)
S : 감사합니다. (kam-sa-hap-ni-da)

Ok sorrylah takde idea yang bersih sikit, tapi oklah kot boleh gak belajar cara nak tanya tandas kat mana sekali. 

So kalau kita lihat dialog di atas, cara nak menyatakan kehendak untuk berbuat sesuatu adalah dengan menambahkan '~go ship~' di belakang kata kerja. Contoh di atas adalah kata kerja pergi iaitu 가다 (ka-da) yang menjadi 가고 싶다 (ka-go ship-da).

Mari lihat beberapa contoh lain.


makan : 먹다 >>> 먹고 싶다 (mok-da >>> mok-go shipda)
beli : 사다 >>> 사고 싶다 (sa-da >>> sa-go shipda)
baca : 읽다 >>> 읽고 싶다 (ilg-da >>> ilg-go shipda)
jalan : 걷다 >>> 걷고싶다 (geot-da >>> geot-go shipda)
balik rumah : 집에 가다 >>> 집에 가고 싶다 (chib-e kada >>> chib-e ka-go shipda)
cakap : 말하다 >>> 말하고 싶다 (mal-hada >>> mal-ha-go shipda )

 Contoh-contoh di atas semuanya di dalam dictionary form (bentuk kamus) oleh itu tidak boleh digunakan terus. Untuk digunakan di dalam ayat, perlu ditukarkan kepada bentuk ~ship-o-yo seperti di dalam dialog di atas sana.

Oklah setakat itu saja untuk kali ini. Maaf jika ada kekurangan. Selamat berlatih!
Bye! 안녕히 계세요!

Kosa kata :
tandas = 화장실 (hwa-jang-sil)