Yang sama-sama ingin belajar

Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

B.Jepun : Lama tak jumpa!

Ohisashiburidesu!


Salam semua,
Konnichiwa!

Lama tak jumpa ya. Apa khabar semua agaknya? Harap semua baik2 saja kan.

Baiklah untuk pelajaran kali ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk mengucapkan ucapan "Lama tak jumpa" di dalam bahasa jepun. Mari ikuti dialog di bawah.

B.Melayu

N :  Lama tak jumpa!
M : Ya, lama tak jumpa.
N : Awak sihat?
M : Sihat saja. Awak?
N : Saya pun sihat. Sebab setiap hari saya ingat kat awak.
M : Ei bencinya.. Sebenarnya.. saya pun.

B.Jepun
 
N :  (ひさ)しぶりです。(Ohisashiburi desu.)
M : はい、お(ひさ)しぶりですね。 (Hai, ohisashiburi desune.)
N : あなたは元気(げんき)ですか?(Anata wa genki desuka?)
M : 元気(げんき)ですよ。あなたは?(Genki desuyo.Anata wa?)
N : (わたし)元気(げんき)ですよ。毎日(まいにち)あなたのことを(おも)っているからです。(Watashi mo genki desuyo. Mainichi anata no koto wo omotteiru kara desu.)
M:いやだ。。(じつ)。。あたしもですよ。(Iyada.. Jitsu wa.. Atashi mo desuyo.)

Okey tolong jangan muntah dulu ya. Ianya hanyalah dialog semata-mata, tak ada kaitan samada dengan yang hidup atau yang mati. Er.. atau ada? Ha.. ok takpe abaikan saja. Mari fokus kembali kepada pelajaran hari ini.

Ya, secara ringkasnya, ucapan ‘lama tak jumpa’ disebut ‘hisashiburi’.

(ひさ)しぶり(hisashiburi)lama tak jumpa

Kita tambah ‘desu’ di belakang untuk jadikannya ayat sopan.

(ひさ)しぶりです(ohisashiburidesu)Sudah lama tak berjumpa. lebih kurang macam ni la skemanya.

Versi sopan kita akan pakai terhadap orang yang lebih tua yang kita hormati seperti saudara mara, cikgu, dan rakan sekerja dan sebagainya.

Versi biasa tu pakai untuk kawan-kawan sajalah.

Oklah setakat itu saja pelajaran untuk hari ini. Kalau ada apa-apa soalan silakan bertanya ya.

Kalau saya boleh jawab saya jawablah. Kalau tak boleh pun, saya akan cuba cari jawapannya.

Semoga berjumpa lagi di lain masa!

また会いましょう!Mata aimasho!


Nash Azly




Tuesday, March 05, 2013

B.Korea : Lama tak jumpa!


Salam semua,
안녕하세요.

Lama tak jumpa ya!
Pada hari ini saya ingin berkongsi frasa di atas ini di dalam bahasa korea.
Boleh digunakan sewaktu bertemu rakan lama samada bertemu muka ataupun hanya bertemu di mukabuku.

Tanpa berlengah lagi, mari teruskan dengan dialog. Yeah dah lama tak keluar dialog kan.

B.Melayu

K : Lama tak jumpa!
R : Yalah, lama tak jumpa.
K : Hidup lagi kau ya? Ingatkan dah mati.
R : Apa?! Mamat ni..!
K : Hahaha!

B.Korea

K : 오랜만이에요! (oraenman-ieyo)
R :  그래! 오랜만이에요.. (geurae! oraenman-ieyo..)
K : 아직 살아? 벌써 죽었어 이라고 생각했어.. (ajig sal-a? beolsseo jug-eoss-eo ilago saeng-gaghaess-eo..)
R : 뭐? 이사람...! (mwo? isaram...!)
K: 하하하! (hahaha!)

Ok abaikan saja yang lain, tumpukan pada frasa yang pertama disebut mereka di dalam dialog di atas ya.

Lama tak jumpa  :  O-raen-man-ieyo (오랜만 이에요)

Kata akarnya ;  O-raen-man-ida (오랜만이다)

Sekian saja untuk kali ini.
Saya akhiri entri kali ini dengan sedikit hiburan iaitu lagu bertajuk "Lama tak jumpa".
Semoga terhibur dan jumpa lagi!
다시 만나요!!



Nash Azly 

Tuesday, January 01, 2013

B.Jepun : Hari ini cerah!

Selamat Tahun Baru!


Salam semua,

Selamat Tahun Baru 2013!

明けましておめでとうございます!
Akemashite omedetou gozaimasu!
 
Saya membuka lembaran tahun baru kali ini dengan entri susulan daripada entri b.korea yang lepas iaitu tentang cuaca. Alhamdullillah cuaca hari ini baik, langit berawan dan tidak panas. Sekurang-kurangnya di tempat saya lah. Di tempat anda, bagaimana pun cuacanya, sama-sama kita bersyukur okey.

Baiklah mari kita teruskan dengan pelajaran hari ini iaitu bicara tentang cuaca. Seperti biasa kita lihat dialog ringkas di bawah.

B.Melayu
Bad : Selamat Tahun Baru.
Radin : Selamat Tahun Baru. Apa kau nak?
Bad : Cuaca hari ini baik kan.
Radin : Ya, hari ini memang cerah. Kenapa?
Bad : Aku ada sesuatu untuk kau.
Radin : Ye ke? Hadiah tahun baru ke?
Bad : Ya. Terimalah...

B.Jepun
バッド:明けましておめでとうございます。(Akemashite omedetou gozaimasu)
ラデン:明けましておめでとうございます。何だお前?(Akemashite omedetou gozaimasu. Nanda omae?)
バッド:今日はいい天気ですね。(Kyou wa ii tenki desune)
ラデン:そうだよ。今日は晴れているよ。何で?(Soudayo. Kyou wa hareteiruyo. Nande?)
バッド:あなたに贈り物があります。(Anata ni okurimono ga arimasu)
ラデン:マジで?もしかして新年のプレゼント?(Maji de? Moshikashite shin nen no purezento?)
バッド:そうです。受け取ってください。。(Soudesu. Uketottekudasai...)

Haa, kalau tengok dialog kat atas kenapa macam pelik sikit tu, yang tu ada sebab. Bad dan Radin adalah dua watak di dalam cerpen saya bertajuk "Belasah" yang termuat di dalam antologi cerpen terbaru "Main Gila" terbitan Lejen Press. Dalam cerpen tu diorang berdua ni taklah cakap bahasa jepun tapi perwatakan diorang memang macam tu. Kalau nak tahu hadiah apa yang Bad bawa untuk Radin, silalah dapatkan buku Main Gila yang bergenre psycho-killer ini. Kini berada di pasaran.

Ecewah sempat lagi promo buku. Ok kembali ke topik pelajaran, seperti di dalam b.korea juga, untuk memulakan bicara memang biasanya orang-orang jepun akan cerita pasal cuaca. Pasal hari cerah, pasal hujan, pasal sejuk, pasal panas. Ini kelebihan orang-orang di negara empat musimlah kan.

Tapi bukan nak kata kita tak boleh cerita pasal cuaca. Boleh sangat. Okey lepas ni kalau hari cerah sila gunakan ayat seperti di atas ya. Konfirm cepat je hafal sebab kat sini kebanyakan hari memang cerah saja (walaupun petang hujan).

Baiklah sampai di sini saja untuk kali ini. Kita jumpa lagi di entri seterusnya!

それでは、またね!

Nash Azly



Tuesday, November 27, 2012

B.Korea : Hari ini cuaca baik!

Cicak yang berHujan


Salam semua,

Buah delima gemuk berisi,
  Dibawa budak ke atas titi,
Sudah lama tidak berkongsi, 
  Harap tidak ternanti-nanti.


Ewah berpantun pula saya. Baiklah kita bertemu lagi di dalam ruangan... ok semua orang dah tahu ya. Baiklah pada hari ini saya ingin berkongsi ayat yang selalu dituturkan untuk memulakan perbualan.

Ya, ianya tentang cuaca. Mari lihat dialog ringkas di bawah.

BM

Bad : Selamat pagi.
Radin : Selamat pagi.
Bad : Hari ini cuaca baik.
Radin : Yalah. Minggu ini cuaca memang baik
Bad : Harapnya petang ni tak hujan.
Radin :Ya, harapnyalah.

BK

밧드 :안녕하세요. (annyeong haseyo)
라딘 : 안녕하세요. (annyeong haseyo)
밧드 : 오늘은 날씨좋아요. (oneul-eun nal-sshi ga joh-a yo)
라딘 : 네.이번주 날씨가 정말 좋아요. (ne. ibon ju nal-sshi ga jeong-mal joh-a yo)
밧드 :오후 가 내리지 않으면 좋아요. (o-hu bi-ga neriji-ahn-eumyeon joh-a yo)
라딘 :그렇네요. (keu-reon ne yo)

Ok begitulah ceritanya. Kalau kat Malaysia ni kita jarang buka perbualan dengan cuaca, tapi di negara-negara empat musim, ianya perkara biasa untuk memulakan perbualan dengan topik cuaca. Ianya disebabkan cuaca mereka yang agak ekstrim sampai boleh jadi topik perbualan.

Saja je saya timbulkan topik cuaca ni kerana sejak kebelakangan ni asik hujan saja kan petang-petang. Kalau tak kena gayanya tu sampai banjir2 kilat jadinya. Oleh sebab itu mungkin lepas-lepas ini kita pun boleh gunakan cuaca sebagai pembuka bicara di antara kita juga nanti kan.

Baiklah itu saja untuk hari ini. Ringkas saja kan. Jikalau ada apa-apa soalan silalah kongsikan bersama ok.
Sampai jumpa lagi!
다음에 보자! 안녕!

-나쉬
Nash Azly

Tuesday, January 03, 2012

Selamat Tahun Baru 2012!

 Orang jepun makan 'toshi-koshi soba' untuk menyambut kedatangan tahun baru. Anda bagaimana?


As-salam semua,

Walau pun dah masuk 3 hb Januari, namun saya tetap ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua.

Di dalam bahasa koreanya;

새해 복 많이 받으세요!
(Se he bok manh i pat eu seyo!)

Di dalam bahasa jepunnya ;

あけましておめでとうございます!
(akemashite omedetou gozaimasu!)


Sempena tahun baru ini juga, saya perasan pada kaunter pageviews di sebelah ni,
kebetulan kaunter sampai ke nombor....jeng jeng..


Hebat kan?! Heheh jakun sekejap.. bukan senang nak timing nih.. kalau terlepas bukan buleh nak pusing2 balik.. penat saya refresh ni.. heheh takdelah kebetulan je. tu yang siap amik printscreen nih.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi mentelaah blog ini sampai pageviews macam kat atas tu. Semoga apa yang telah saya kongsikan setakat ini telah dapat memberi manfaat kepada semua, dan segala kekurangan yang ada saya minta maaflah ya. Saya pun sama-sama baru belajar.

Moga tahun 2012 ini memberi kemajuan di dalam diri kita! Yang penting...usaha! Yeah gambarimashou!

Oklah sampai sini saja dulu!

またね!

안녕히 계세요!


Saturday, December 31, 2011

B. Korea : Nombor 1 - 10




As-salam kepada semua dan 안녕하세요!

Hari ini adalah hari terakhir sebelum kita meninggalkan tahun 2011. Esok kita akan mengucapkan selamat datang kepada tahun 2012 pula. Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan untuk update juga blog ini sementara tahun ini masih berbaki beberapa jam ini.

Di samping itu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pembaca-pembaca baru, semoga semangat belajar anda kekal sehingga tahun hadapan dan hadapan lagi dan lagi dan lagi..

OK, pada entri yang lepas kita sudah lihat bagaimana untuk menyebut nombor 1 hingga 10 di dalam bahasa Jepun, maka hari ini mari kita belajar sebutnya di dalam bahasa korea pula.

Di dalam bahasa korea, ada dua jenis sebutan untuk nombor, iaitu nombor korea dan nombor sino-korea. Ada kalanya pakai yg korea punya, dan ada kalanya pakai yang sino-korea punya. Buat masa ini, kita tak perlu fikir nak pakainya bila, kita cuma kena hafal saja dulu nombor2 ini.


Nombor Korea

 (klik untuk besarkan)

Nombor Sino-Korea

  (klik untuk besarkan)
 
Mungkin untuk permulaan ni agak susah untuk hafal sebab ada dua set kan. Kedua-duanya pun penting dan selalu digunakan. Cuma mungkin nombor Sino-Korean lebih mudah untuk dihafal kerana ianya berasal daripada China, seperti juga nombor di dalam bahasa Jepun yang kita telah pelajari sebelum ini. 

Ok, kalau rasa bila nak pakai nombor2 ni semua..? Ingatlah, malam ini dah malam tahun baru. So kalau dah hafal nombor-nombor dari satu hingga sepuluh ini, malam ni boleh lah pergi menyambut tahun baru dan masa countdown nanti boleh jerit di dalam bahasa korea pula ya tak? Berlatih untuk countdown, yeah!

Baiklah setakat itu saja untuk hari ini, kita jumpa lagi di tahun hadapan, insyaAllah.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012!

새해 복 많이 받으세요!
(Se-he bok man-i pat-eu-se-yo!)



Sunday, July 17, 2011

B. Jepun : Lama tak berjumpa!



Salam semua,

Salam nisfu syaaban kepada yg beragama Islam.
Pada hari ini saya ingin berkongsi satu frasa bahasa jepun yang bermaksud "Lama tak jumpa!".
Seperti bahasa melayu juga, ianya digunakan sewaktu kita bertemu dengan seseorang yang kita kenal setelah beberapa lama tidak bertemu. Saya rasa semua faham hal ini.

Okey tanpa berlengah lagi mari kita ke dialog.

B.Melayu

Roy : Salam tengahari, lama tak jumpa.
Gan : Yalah, awak sihat?
Roy : Saya sihat. Awak ingat saya lagi tak?
Gan : Er..tak ingat. Maaflah..
Roy : Laa...

B.Jepun

ロイ: こんにちは。お久(ひさ)しぶりですね。 (Konnichiwa. Ohisashiburi-desune.)
ガン: そうですね。お元気(げんき)ですか? (Sou-desune. Ogenki-desuka?)
ロイ: 私は元気です。 (Watashi-wa genki-desu)
           私のことまだ覚(おぼ)えていますか? (Watashi-no koto mada oboeteimasuka?)
ガン: ええと、覚えていません。すみません。 (Ee-to, oboeteimasen. Sumimasen)
ロイ: あらら。。(Arara..)

Begitulah cara kita menyatakan lama tidak berjumpa sesama kawan dan taulan. Ada beberapa bentuk panjang mahupun ringkas mengikut kesesuaian situasi.

Sopan dan formal (terhadap yang lebih tua, pergaulan pejabat etc ): O-hisashiburi-desu ; お久しぶりです。
Sopan biasa (dengan orang yang tak berapa rapat) : Hisashiburi-desune ; 久しぶりですね。
Informal (dengan kawan2 yang dah biasa) : Hisashiburi ;  久しぶり。

Kata akarnya adalah 久しぶり yang bermaksud "dah lama tak melakukan sesuatu itu" di dalam konteks perbuatan. Berikut adalah contoh-contoh lain :

映画を久しぶりに見ました。(eiga-wo hisashiburi-ni mimashita) -- tengok wayang setelah sekian lama tak tengok.
久しぶりにKFCを食べました。(hisashiburi-ni KFC-wo tabemashita) -- makan KFC setelah sekian lama tak makan.


Ok setakat itu saja untuk kali ini. Sila tanya jikalau ada apa2 kemusykilan ya.
Happy weekend!

またね!

Thursday, June 30, 2011

B. Korea : Lama tak jumpa!



Salam semua,

Lama tak jumpa! Kita bertemu semula di dalam pelajaran B.Korea selepas er... sebulan daripada pelajaran terakhir bahasa korea. Heheh.. maaflah ya lama tak post. Ok2 kalau dah lama tak jumpa seseorang itu, apa kita akan cakap? Sudah tentulah "Lama tak jumpa!" kan. Dan itulah yang akan kita pelajari hari ini.

Tanpa berlengah lagi, mari lihat perbualan di bawah.

B.Melayu

Amat : Selamat pagi.
Usin : Selamat pagi.
Amat : Lama tak jumpa. 
Usin : Ya, saya baru2 ni sangat sibuk.
Amat : Oh, begitu.

B. Korea

아마드 : 안녕하세요. (annyeong-haseyo)
우신 : 안녕하세요. (annyeong-haseyo)
아마드 : 오랜만이에요. (o-ren-man-i-e-yo)
우신 : 네,저는 요즈음에 너무바빠요. (ne, cho-neun yojeueum e nomu pappa yo)
아마드 : 아,그래. (a, geurae)


Di dalam perbualan ringkas di atas, ucapan 'lama tak nampak' akan diucapkan samada selepas ucapan selamat ataupun sebagai ucapan pertama apabila bertemu setelah sekian lama tak berjumpa.

오  랜   만   이  에  요
 o  ren man   i   e  yo


Biasanya ucapan ini akan dijawab dengan ucapan yang sama sebab biasanya kedua2 pihak yang lama tak nampak masing-masing. Tapi di zaman facebook ini kadang2 sorang saja yang rasa macam lama tak nampak kawan dia, tapi yang sorang lagi selalu je stalk member dia kat fb, so di dalam kes seperti itu sorang sajalah yang ucap seperti di atas.

Ok setakat itu saja untuk kali ini. Jika ada peluang, amal2kanlah walaupun bukan dengan orang korea. Sebut je biarlah orang nak kata poyo ke apa ke. Untuk kita juga. Hanya dengan berlatih kita akan dapat kuasai sesuatu itu.

Jumpa lagi di lain kali.
안녕!





Tuesday, December 21, 2010

Keputusan Pengundian

Imej dari sini


Salam semua,

Terima kasih kepada yang telah meluangkan masa mengundi. Keputusan pengundian adalah seperti di bawah :

Senang dan mudah difahami.
3 (30%)
Perlu baca beberapa kali baru faham.
4 (40%)
Agak susah difahami, perlu dipermudah lagi.
2 (20%)
Tak faham langsung.
0 (0%)
Keliru mana satu Jepun mana satu Korea
1 (10%)

Memang memberangsangkan. Tapi tak kisahlah. Asalkan ada yang beri feedback pun saya dah berterima kasih.

Ok kalau mengikut keputusan di atas, saya pun tak pasti apa yang boleh saya simpulkan. Kalau beri pada pelajar UPSR suruh buat rumusan pun pening kepala mereka nak buat kesimpulan. Mungkin poll saya sendiri yang mengelirukan kot. Kesimpulan mudah daripada saya, pelajaran2 yang saya kongsikan boleh difahami sebab ditulis di dalam bahasa Melayu, namun isinya sedikit sukar difahami kerana ada tulisan2 bahasa lain di situ.

Saya pun tak pasti lagi bagaimana untuk menambahbaik (perkataan ni macam popular pulak baru2 ni kan) pelajaran2 di blog ini, namun dari semasa ke semasa saya akan cuba memperbaiki ke arah yang lebih mudah tapi berkesan. Ya, kata kuncinya mudah tapi berkesan.

Saya juga terima jika ada sebarang cadangan. Pandangan dari pasang mata yang lain pastinya akan dapat melihat apa yang saya tidak nampak selama ini. Moga kita sama2 dapat manfaat daripada perkongsian ilmu ini, insyaAllah.

Oklah takat ini saja. Jumpa di entri selepas ini ya. またね!

Friday, September 24, 2010

Bahasa Jepun : Ucapan Asas 2

Salam semua,

Hari ini saya hendak berkongsi sedikit lagi ucapan2 asas di dalam bahasa Jepun. Nak kata asas pun taklah jugak, tapi mungkin kerap digunapakai di dalam banyak situasi.

Ok mari kita mulakan.

1. Selamat berkenalan  はじめまして (Hajimemashite)

Ayat pertama di dalam memulakan perkenalan dengan seseorang. Diikuti dengan pengenalan diri.

2. Minta tolong/Minta tunjuk ajar よろしく おねがいします (Yoroshiku onegaishimasu)

Ucapan yang sentiasa meniti di bibir penutur bahasa Jepun. Digunakan untuk menunjukkan rasa hormat dengan menyatakan pergantungan harapan kepada pihak kedua. Juga menjadi ayat penutup standard sewaktu berkenalan. Sering dipendekkan kepada "yoroshiku" apabila digunakan di antara rakan2.

3. Selamat berusaha  がんばってください (Ganbattekudasai)

Sering juga disebut ringkas hanya dengan "gambatte!". Digunakan untuk memberi semangat kepada pihak kedua atau diri sendiri bergantung kepada penggunaan. Bacaan "gan" akan dibaca "gam", biasalah ia hanya penyesuaian untuk keselesaan lidah.

*Jika anda perasan, tulisan ばって (batte) itu ada つ di tengah2 tapi ditulis dengan kecil dan dibunyikan dengan bunyi "tsu" yang tertahan menjadi "t" sahaja. Oleh itu ia tidak disebut "Ba-Tsu-Te" tetapi "Ba-t-Te"

4. Terima kasih  ありがとうございます (Arigatougozaimasu)

Ucapan terima kasih. Juga dipendekkan kepada "arigatou" saja jika dengan kawan2. Ada juga versi panjang atau versi super-sopan iaitu "Doumo arigatougozaimashita". Di sini hujungnya jadi "~mashita" apabila diucapkan setelah menerima budi baik (past-tense).

Oklah setakat ini saja dulu, selamat berlatih ya!





Sunday, September 19, 2010

Bahasa Jepun : Ucapan Asas

Salam semua,

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin saya ucapkan kepada semua. Dah lebih seminggu kita berhari raya maka saya rasa eloklah kita sambung sedikit pelajaran bahasa kita ya.

Hari ini saya cuma ingin perkenalkan beberapa ucapan asas di dalam Bahasa Jepun. Oleh kerana sebelum ini kita dah belajar jenis2 tulisan Jepun, maka tiba masanya kita menggunakannya. Walaupun ada tulisan rumi namun cubalah baca di dalam tulisan jepun yang saya paparkan ya.

Ok, seperti biasa, kita mulakan dengan ucapan-ucapan selamat.

Selamat pagi  :  おはようございます (Ohayougozaimasu)

Cara sebutannya di dalam lidah melayu ialah "ohayogozaimas", di sini dua perkara yang perlu kita beri perhatian ;
1. Jika ada huruf yang diikuti dengan う seperti contoh よう, bacaannya bukanlah "yo-u" tapi sedikit dipanjangkan menjadi "yo~", tp saya akan tulis "yo" saja sebab pemanjangan ini tidak ada di dalam bahasa melayu. Jadi sila rujuk bacaan di dalam tulisan Jepun untuk mengetahui sebutan yang betul ya.
2. Penghujung ~ます sentiasa dibaca sebagai "mas" walaupun bacaan sebetulnya adalah "masu"(tidak salah dibaca dengan "masu" jika mahu). Ini adalah kebiasaan kerana ketiadaan konsonan di dalam bahasa Jepun selain huruf ん (N).

Selamat Tengahari :  こんにちは (Konnichiwa)

Yang ini pula kita lihat hujungnya ditulis は tapi dibaca sebagai わ. Pengecualian ini ujud untuk huruf ini saja, tapi bukan setiap kali, ikut kes atau case by case kata omputihnya.

Selamat Malam :  こんばんは (Konbanwa)

Yang ini pun serupa seperti di atas bacaan はnya. Ucapan ini jangan dikeliru dengan 'selamat malam' yang kita ucap sebelum tidur tu ya. Ini adalah ucapan selamat sewaktu bertemu di waktu malam.

Selamat Malam (tidur) :  おやすみなさい (Oyasuminasai)

Yang ini ucapan selamat malam untuk tidur.

Jumpa lagi :  またね (mata-ne)

また bermaksud lagi di dalam konsep berulang, dan ね itu pengakhiran untuk ayat kasual dengan maksud meminta reaksi daripada pihak kedua. Lebih kurang macam "~kan" di dalam bahasa melayu.

Baiklah setakat ini sahaja untuk kali ini ya. Saya akan perkenalkan beberapa ucapan yang lain di dalam entri seterusnya.

またね!


Saturday, July 24, 2010

B.Korea : Minta maaf!

Salam semua,

Hari ini kita belajar pasal ucapan maaf pula ya. Ada beberapa jenis ucapan maaf di dalam bahasa Korea bergantung kepada situasi. Mari lihat di bawah.

1. Sewaktu memohon kemaafan.
I'm sorry.
미안해요..
(mi-an-heyo..)

2. Ini pun sama macam di atas, cuma lebih sopan dan formal.
Forgive me.
죄송합니다.
(jhoi-song-hapnida) <-- kalau dengan telinga melayu, akan dengar macam chue-song-hamnida pun ada.. 

3. Yang ini pula biasanya disebut sebelum melakukan sesuatu untuk menunjukkan hormat terhadap orang lain. Contohnya sebelum nak masuk bilik guru, sebelum mencelah perbualan etc.
Excuse me.
실례합니다.
(shil-ley-hamnida)


Dan stail2 -heyo dan -hamnida di atas boleh dicampur2 mengikut kesesuaian masing2. Ok, selamat berlatih!


*pembetulan pada 31/5/2012


Friday, July 09, 2010

Terima kasih!

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi ucapan asas iaitu 'terima kasih'.

Di dalam bahasa korea, terima kasih disebut sebagai :

감사합니다 (Kam-sa-ham-ni-da)


Ini adalah yang biasa dituturkan. Selain itu kita juga akan dengar

고맙습니다 (ko-map-sum-ni-da)

yang lebih sopan dan juga

고마워 (ko-ma-wo)

yang lebih kasual dan selalu dituturkan sesama rakan.


Pilihlah yang mana satu untuk digunakan mengikut dengan siapa yang kita hendak berterima kasih. Jika keliru, maka gunalah yang paling asas iaitu 감사합니다(kamsahamnida).

Sampai sini saja, selamat berlatih!

Perkataan hari ini :

1. penghargaan : 감사 (kam-sa)